Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.rang.te.rang] | ترڠ٢

Definisi : tidak berselindung (terlin­dung) lagi, nyata (jelas) sekali, ketara (sesuatu perbuatan): bukan sedikit pula orang kam-pung itu yg ~ hendak mengambil Zainal menjadi menantu mereka; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.rang.te.rang] | ترڠ٢

Definisi : tidak berselindung; nyata atau jelas (ttg perbuatan); ketara: Dgn ~, dia telah menipu kawannya itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
terang
1. Bersinonim dengan cahaya
( sinar, kilau, )
(kata nama:)

2. Bersinonim dengan terang
( cerah, jelas, nampak, )
(adjektif:)
Berantonim dengan kelam

3. Dalam konteks hari
bersinonim dengan siang, cerah,
(adjektif:)
Berantonim dengan gelap

4. Dalam konteks bunyi
bersinonim dengan nyata, jelas, ketara, tegas, kuat,
(adjektif:)
Berantonim dengan redam

5. Bersinonim dengan benar
( betul, pasti, tepat, sahih, sah, nyata, terbukti, )
(adjektif:)

6. Dalam konteks hutan
bersinonim dengan sudah ditebang, sudah dibersihkan,
(kata kerja:)

Kata Terbitan : terang-terang, berterang-terang, berterang-terangan, menerangi, menerangkan, keterangan, penerangan, penerang,

Puisi
 

Terang bulan terang di kali,
     Buaya timbul disangka mati;
Jangan percaya mulut lelaki,
     Lain di mulut lain di hati.


Lihat selanjutnya...(48)
Peribahasa

Terang kabut,
     teduh hujan.

Bermaksud :

Telah mendapat kesenangan sesudah menderita kesusahan. (Peribahasa lain yang sama makna: Hilang kabus, teduh hujan).

 

Lihat selanjutnya...(30)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
red handedterang-terangSejarahTiadaPerbuatan melakukan atau menunjukkan sesuatu bukti sewaktu sesuatu jenayah itu sedang berlaku.
corak terang bulancorak terang bulanKesenianTiadaCorak batik berunsur tumbuhan dan diselitkan motif seakan-akan bulan berwarna kuning emas, lazimnya warna di kepala lebih tua daripada warna di tubuh dan terdapat pada batik sarung atau batik lepas.
snow blinkkilau saljiMeteorologiMeteorologi PerhubunganKilau putih terang yang terdapat pada bahagian bawah awan, yang terhasil akibat pembalikan cahaya daripada permukaan bumi yang dilitupi salji. Kilau salji lebih terang daripada kilau ais, dan jauh lebih terang daripada langit tanah atau langit air.
fade inresap terangKesenianDrama dan TeaterPengolahan cahaya daripada gelap kepada terang untuk memulakan adegan atau babak dalam pementasan.
geraniumgeraniumKimiaTiadaWarna merah terang ke warna merah jambu sederhana atau terang.
bright bandsjalur terangMeteorologiMeteorologi PerhubunganKawasan empingan salji yang mencair menjadi titis hujan. Pencairan empingan salji ini bermula dari luar ke dalam, dan ini menyebabkan pantulan yang dihasilkan begitu terang kerana lapisan air yang menyaluti empingan salji lebih kuat memantulkan isyarat radar daripada ais.
Ramsden�s circlebulatan RamsdenFizikOptikBulatan cahaya yang cukup terang, yang dapat dilihat pada sekeping kertas putih, terletak berhampiran dengan kanta mata suatu teleskop yang difokus pada infiniti dan diarahkan ke langit terang. cakera Ramsden.
quiescentterangKejuruteraanTiada4. Sistem yang menanti untuk dikendalikan, seperti injap yang bersedia untuk menguatkan atau tiub nyahcas gas yang bersedia untuk meletus. [KE],5. Keadaan pegun atau tak aktif, seperti cecair tak terganggu dalam bekas storan atau keadaan litar apabila tiada isyarat masukan dikenakan padanya.
clearterangSainsHidrometeorologiKeadaan atmosfera yang lutsinar (bertentangan dengan berjerebu, berkabut) dan hampir tiada awan. Dalam istilah ramalan cuaca, keawanan maksimum yang diambil kira ialah 0.2.
light (tone)terangKomunikasiTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas