Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.ke.lu] | ترکلو

Definisi : tidak terkata-kata, terdiam (tidak dapat berkata-kata); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.ke.lu] | ترکلو

Definisi : terdiam tidak berkata-kata. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kelu (adjektif)
1. Bersinonim dengan kemab: diam, bisu, bungkam, senyap, gagu,

2. Bersinonim dengan bingung: sangat bodoh, bahlul,

Kata Terbitan : mengelukan, terkelu, kekeluan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Angamah --------- setelah mendapat berita kematian ayahnya. a. terkelu b. terkedu c.terkilan d. tergamam Yg mana satukah yg betul?Angamah tergamam setelah mendapat berita kematian ayahnya.Tatabahasa14.05.2008
kedu/terkedu - dalam kamus membawa erti lentik ke belakang atau terkedik soalan : kedu/terkedu bolehkah digunakan bagi maksud terdiam atau termangu contoh : berita itu membuatkan dia terkedu.....Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, perkataan terkedu yang membawa maksud terdiam atau termangu tiada, tetapi perkataan kelu atau terkelu yang mempunyai maksud demikian. Kemungkinan perkataan terkedu tersebut merupakan slanga, bahasa percakapan dan bukan bahasa baku.Makna16.01.2009
Saya baru-baru ini menggunakan perkataan kelu untuk jari yang tak mampu meluahkan kata-kata melalui tulisan. Bagi saya, perkataan kelu sudah wajar diperluaskan untuk maksud hajat meluahkan kata-kata yang tertahan baik dari segi lisan mahupun penulisan. Memandangkan zaman sekarang media elektronik sudah semakin berpengaruh, penyampaian kata-kata dan perhubungan sudah semakin digital dan melebihkan tulisan berbanding lisan. Keadaan kelu tak mampu berkata sepatutnya turut boleh digunapakai untuk jari yang tak mampu menaip atas sebab hati yang tak yakin.Kami menerima pandangan tuan. Sehingga hari ini, kami masih memegang Kamus Dewan sebagai panduan iaitu kelu bermaksud . tidak dapat berkata-kata (kerana ketakutan, terkejut, dll): mendengar kata-katanya itu, ~lah lidah saya; 2. Kl sangat bodoh, bingung: jangan disuruh budak yang ~ itu; mengelukan menjadikan kelu, menyebab­kan tidak dapat berkata-kata; ~ diri men­diamkan diri (tidak berkata-kata); terkelu tidak terkata-kata, terdiam (tidak dapat berkata-kata); kekeluan perihal atau keadaan kelu: setiap kali mulutnya berkumat-kamit hendak berkata, setiap kali pula ~ timbul.

Tatabahasa20.07.2013

Kembali ke atas