Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.ma.su/] | ترماسوق

Definisi : 1. sudah masuk; ~ di hati ki dapat diterima, dipercayai; 2. tergolong (terhitung dll) dlm: labah-labah tidak ~ dlm kumpulan serangga; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.ma.su/] | ترماسوق

Definisi : 1 sudah masuk: ~ di hati dpt dipercayai; dpt diterima akal. 2 telah masuk dlm sesuatu kiraan; terhitung; tergolong: Kami tidak ~ dlm senarai orang yg mencuaikan pekerjaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
masuk (kata kerja)
1. Bersinonim dengan pergi ke dalam: datang ke dalam
Berantonim dengan keluar

2. Dalam konteks matahari
bersinonim dengan terbenam, tenggelam, turun, meruyup, terpuruk,
Berantonim dengan terbit

3. Bersinonim dengan pergi: hadir di, berada di,

4. Bersinonim dengan menganut: memeluk

5. Dalam konteks peperiksaan
bersinonim dengan mengambil, menduduki, menghadiri, menyertai, mengikuti,

6. Bersinonim dengan telap: bobos, telus, lut, tembus,

Kata Terbitan : memasuki, memasukkan, termasuk, kemasukan,

Peribahasa

Walau ikan diam di dalam tujuh lautan sekalipun,
     termasuk ke dalam pukat juga.

Bermaksud :

Sepandai-pandai orang, ada kalanya salah juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Belut kena ranjau [= getah], b. Ikan yang di dalam lautan yang besar-besar sekalipun, termasuk juga ke dalam pukat, c. Sepandai-pandai tupai melompat, sekali gawal [= terjatuh] juga).

 

Lihat selanjutnya...(9)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat pagi. Apakah terdapat perbezaan anatar "termasuk" dan "termasuklah"? Misalnya, dalam ayat di bawah, adakah kedua-dua "termasuk/termasuklah" boleh digunakan? Perbezaannya adalah kali ini, bukan sahaja pengurus besar, tetapi rakan-rakan lain termasuk/termasuklah pekerja kesatuan pekerja semuanya sudi bekerjasama. Terima kasih.Lah ialah partikel atau kata tugas yang digunakan untuk menegaskan kata yang mendahuluinya serta terikat dengannya. Kedua-dua perkataan, termasuk atau termasuklah boleh digunakan dalam ayat yang dikemukakan tersebut. Tatabahasa22.08.2021
Yang mana betul: 1 "merujuk kepada" atau "merujuk pada" atau "merujuk"? 2 "...adalah termasuk" atau "...ialah termasuk"? 3 "...menjurus kepada" atau "...menjurus pada"?
Merujuk data kami, frasa yang betul ialah "merujuk". Untuk makluman, ialah dan adalah merupakan kata pemeri. kata pemeri ialah menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama, manakala kata pemeri adalah menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 263. Pihak kami tidak dapat memberikan penerangan yang terperinci bagi soalah yang ketiga kerana kedua-dua perkataan "kepada" dan "pada" boleh digunakan dalam ayat dan bergantung kepada konteks. Oleh itu, sila berikan keseluruhan ayat untuk penerangan.
Lain-lain28.06.2016
Terbaca tajuk berita "6 termasuk 5 sekeluarga maut dalam nahas 3 kenderaan". Frasa "enam termasuk lima" memang wujud dalam tatabahasa Bahasa Melayu?

Frasa “enam termasuk lima” merupakan contoh frasa dalam Tatabahasa Melayu yang dapat dirujuk sebagai frasa nama yang terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan yang boleh berfungsi sebagai satu konstituen dalam binaan ayat dan berfungsi sebagai predikat dalam pola FN+FN (Frasa Nama+Frasa Nama).

 

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 359-362.

Tatabahasa02.09.2023
Indonesia termasuk dalam kepulauan melayu Yang menjadikan bahasa melayu sebagai bahasa pertuturan namun sekarang Indonesia menekankan bahawa negara Indonesia menggunakan bahasa indonesia.adakah bahasa melayu dan bahasa Indonesia berasal dari salah silah yang sama dan sekiranya bahasa Indonesia dari Salah silah bahasa melayu, mengapa Indonesia tidak mengiktirah bahasa melayu di Indonesia

Bahasa Melayu dan  bahasa Melayu Indonesia  dikatakan berasal daripada rumpun bahasa yang sama, iaitu Austronesia. Rumpun bahasa Austronesia ini pula terbahagi kepada empat, iaitu Polinesia, Melanesia, Mikronesia dan Nusantara.

Walau bagaimanapun, persoalan berkaitan dengan Indonesia tidak mengiktiraf bahasa Melayu di Indonesia bukanlah persoalan tentang bahasa dan pihak kami tidak dapat memberikan maklum balas berkaitan dengan perkara tersebut.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 3 – 40 berkaitan dengan sejarah dan variasi bahasa.
Lain-lain24.08.2023
Kata "mula" termasuk dalam golongan perkataan yang mana? Saya hanya mengetahui kata "bermula" tergolong dalam kelompok kata kerja, kan?Dalam buku Tesaurus Bahasa Melayu, mula ialah kata keterangan dan bermula kata kerja.Tatabahasa22.02.2015
Adakah 'adik-beradik' termasuk pengarang sendiri ? Seperti contoh: Saya Ai Ling. Keluarga saya terdiri daripada 6 orang, iaitu ayah, ibu, kakak, abang, adik dan saya. Soalan : Berapa orangkah adik-beradik Ai Ling ? Apakah jawapannya? 3 orang atau 4 orang ( termasuk Ai Ling) ? Sekian, terima kasih.Adik-beradik termasuk diri orang yang bercakap.Tatabahasa25.06.2012
Assalamualaikum.. 1) Adakah "usaha tangga kejayaan" termasuk dalam kumpulan peribahasa, bidalan, perumpamaan atau pepatah? Setakat pengetahuan saya, slogan tersebut termasuk dalam kata-kata hikmat..Minta pencerahan dari pihak tuan. Terima kasih
"Usaha tangga kejayaan" bukan termasuk dalam golongan peribahasa, bidalan, perumpamaan atau pepatah. Frasa ini merupakan kata-kata slogan atau moto atau kata-kata perangsang atau kata-kata motivasi yang mempunyai makna di sebaliknya.
Lain-lain16.08.2017
Assalamualaikum.. 1) Adakah "usaha tangga kejayaan" termasuk dalam kumpulan peribadi, bidalan, perumpamaan atau pepatah? Setakat pengetahuan saya, slogan tersebut termasuk dalam kata-kata hikmat..Minta pencerahan dari pihak tuan. Terima kasih
"Usaha tangga kejayaan" bukan termasuk dalam golongan peribahasa, bidalan, perumpamaan atau pepatah. Frasa ini merupakan kata-kata slogan atau moto atau kata-kata perangsang atau kata-kata motivasi yang mempunyai makna di sebaliknya.
Lain-lain16.08.2017
Assalamualaikum, 1. Adakah kata ganda semu termasuk dalam kategori kata ganda dalam Tatabahasa Dewan

Kata ganda semu termasuk dalam kategori penggandaan penuh dalam Tatabahasa Dewan.

Tatabahasa25.04.2010
Salam, Saya ingin tenya tentang nama golongan haiwan. Adakah "ternakan darat" termasuk ayam dan itik? Adakah "haiwan peliharaan" termasuk haiwan untuk kegemaran dan juga ternakan di ladang sekali? Adakah "binatang jinakan" merangkumi haiwan untuk kegemaran dan haiwan untuk ekonomi sekali? Terima kasihDalam Kamus Dewan ternakan sama maksudnya dengan binatang ternakan seperti kuda, lembu, kerbau, kambing dan lain-lain. Walau bagaimanapun tidak ada pengelompokan haiwan tersebut sama ada untuk peliharaan di rumah, ladang dan sebagainya. Tambahan maklumat dalam pengiklanan, lazimnya dalam keterangan aktiviti syarikat/kedai haiwan peliharaan di rumah ditulis sebagai "Kedai Haiwan Kesayangan".Makna03.05.2012
12345678910...

Kembali ke atas