acute physiological and chronic health evaluation (APACHE) score | skor evaluasi kesihatan kronik dan fisiologi akut (APACHE) | Perubatan | Tiada | Sistem penilaian yang digunakan untuk menentukan tahap ketenatan pesakit yang dirawat di unit rawatan rapi. Sistem ini mempunyai dua tahap penilaian, iaitu APACHE I dan APACHE II. APACHE I mempunyai 12 variabel manakala APACHE II mempunyai 17 variabel hasil pengubahsuaian daripada APACHE I. Skor yang tinggi menunjukkan pesakit berada pada tahap ketenatan yang lebih teruk. |
ergot alkaloid | alkaloid ergot | Farmasi | Farmakologi | Satu daripada kumpulan besar alkaloid yang diperoleh daripada kulat biasa, Claviceps purpurea.Alkaloid jenis ini terdiri daripada tiga k:umpulan, iaitu: i. Alkaloid yang mengandungi asid amino. Contohnya, ergotamina; ii. Alkaloid yang mengandungi asid amino dehidrogenat. Contohnya, dehidroergotamina; iii. Alkaloid amina. Contohnya, ergonovina. Alkaloid ergot (terutamanya ergonovina) mempunyai kesan oksitosik, iaitu membantu mempercepat kelahiran bayi dengan merangsang pengecutan otot uterus. Kini,ergonovina digunakan dalam bidang obstetrik untuk merawat kelemahan otot rahim selepas bersalin, melengkapkan pengguguran yang tidak lengkap atau pengguguran terlepas. Keracunan alkaloid ergot boleh berlaku mlDlgkin disebabkan oleh penggunaannya yang berpanjangan, berlebihan atau pengambilan secara tidak sengaja bijirin yang tercemar. Kesan arteri koronari.Antara tanda ketoksikannya ialah dahaga, cirit-birit, pening, kadar pengecutan jantung yang tidak normal, mual dan muntah, kekejangan yang teruk serta sawan. |