Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tu.dung] | تودوڠ

Definisi : sesuatu yg digunakan utk menutup bahagian sebelah atas (kepala, lubang, dll), tutup, penutup: maka tuan puteri pun segera­lah menarik ~ ke atas hulunya berselubung muka; kain ~ kain penutup kepala atau muka perempuan, selendang; tali ~ bulu (rambut) di pipi, cambang, jambang; ~ belanga penutup belanga; ~ kepala a) penutup kepala (songkok, topi, dll); b) = ~ muka kain selubung (utk menutup kepala atau muka); ~ lampu penutup lampu, terendak lampu; ~ lingkup kain penutup kepala dan muka (bagi perempuan); ~ meja kain alas meja; ~ rahap kain penutup mayat sebelum ia dimandikan; ~ saji = ~ hidang = ~ sarang Sr = ~ tapak penutup makanan (drpd pandan dll) supaya jangan dihinggapi lalat; bertudung memakai tudung, bertutup dgn tudung: gadis-gadis itu ~ lingkup dgn kain berwarna pinang masak; bertudungkan memakai atau menggunakan sesuatu sbg tudung: wanita itu hanya sempat ~ sehelai tuala mandi utk menyelamatkan diri dr rumah yg sedang terbakar itu; menudung menutup dgn tudung, memberi bertudung: dia ~ mukanya dgn tangannya; keris itu dibubuh di atas ceper perak dan ditudung dgn tetampan; menudungi menjadi sbg tudung pd, menutupi; menudungkan menutupkan sesuatu sbg tudung: kain itu ditudungkan pd mukanya; tertudung tertutup dgn tudung: mukanya tidak kelihatan kerana ~ dgn kain; penudungan perihal menudung (menudung­kan); penudung sesuatu yg dipakai utk menudung (menudungi), penutup. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tu.dung] | تودوڠ

Definisi : ; ~ periuk = ~ tempayan sj ikan laut, Platacidae. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tu.dung] | تودوڠ

Definisi : ; ~ roman sj tumbuhan (pokok), guriam, lampin budak, penculam, puding, seleguri (betina), selulang bukit, unting-unting, Clerodendron disparifolium. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tu.dung] | تودوڠ

Definisi : sesuatu yg digunakan utk me­nutup: ~ kepalanya berwarna merah. kain ~ kain penutup kepala atau kain penutup muka orang perempuan; selendang. ~ belanga penutup belanga. ~ kepala a. penutup kepala (songkok, topi dll). b. = ~ muka kain selubung utk menutup kepala atau muka. ~ lampu penutup lampu; terendak lampu. ~ saji penutup makanan yg dibuat drpd mengkuang dll. bertudung memakai tudung; ber­tutup dgn tudung. menudung menutup dgn tudung; memberi bertutup. me­nudungi menjadi sbg tudung pd; menutupi: Tudung saji yg ~ hidangan itu dibuat drpd mengkuang. menudungkan menggunakan sesuatu utk menudung atau sbg tudung: Ia ~ piring pd mangkuk itu. penudungan perbuatan (hal dsb) menudung atau menudungkan. penu­dung sesuatu yg digunakan utk me­nudung; penutup. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tudung (kata nama)
1. Bersinonim dengan tutup: penutup, sungkup, penyungkup, sahap,

2. Bersinonim dengan selendang: kerubung, purdah, mini telekung, kelumbung, selubung, selayah, layah, burka, berguk, merguk, cedak, undung-undung, tukup, tutup kepala, skarf,

Kata Terbitan : bertudung, menudung, menudungi, tertudung,

Puisi
 

Sayang Musalmah memakai tudung,
     Tudung dipakai sebelah kiri;
Apa dikenang kepada untung,
     Untung tak untung diri sendiri.


Lihat selanjutnya...(27)
Peribahasa

Bagai cembul dapat tutupnya.

Bermaksud :

Sesuai benar. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai dulang dengan tudung saji, b. Cembul dengan tutupnya, c. Seperti telap dengan tudungnya).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
lidn 1. cover for a container, tudung, tutup: the ~ of a tin, tudung tin; a saucepan ~, tudung periuk; 2.>/b> eyelid, kelopak mata;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
lidn 1. cover for a container, tudung, tutup: the ~ of a tin, tudung tin; a saucepan ~, tudung periuk; 2.>/b> eyelid, kelopak mata;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
top14. lid or stopper, tudung, tutup: a bottle with a screw ~, botol yg tutupnya berskru; the ~ of the box is difficult to remove, tudung kotak itu susah utk dibuka;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
coifn tudung kepala rahib.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
unveilvi membuka tudung: she refused to ~ in front of strangers, dia enggan membuka tudungnya di hadapan orang yg tdk dikenali;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
hub-capn /tudung, tutup/ hab.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
uncovervt 1. remove cover from, membuka /tudung, tutup/: she ~ed the box to see what was inside it, dia membuka tutup kotak itu utk melihat apa yg ada di dalamnya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
filmyadj (of cloth) jarang: a ~ veil, tudung muka yg jarang.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
kerchiefn (old use) cloth to cover head, kain tudung.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
lidlessadj 1. without a lid, tdk /bertudung, bertutup/, tanpa /tudung, tutup/; 2. without an eyelid, tdk berkelopak.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
1234

Kembali ke atas