Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tu.dung] | تودوڠ

Definisi : sesuatu yg digunakan utk menutup bahagian sebelah atas (kepala, lubang, dll), tutup, penutup: maka tuan puteri pun segera­lah menarik ~ ke atas hulunya berselubung muka; kain ~ kain penutup kepala atau muka perempuan, selendang; tali ~ bulu (rambut) di pipi, cambang, jambang; ~ belanga penutup belanga; ~ kepala a) penutup kepala (songkok, topi, dll); b) = ~ muka kain selubung (utk menutup kepala atau muka); ~ lampu penutup lampu, terendak lampu; ~ lingkup kain penutup kepala dan muka (bagi perempuan); ~ meja kain alas meja; ~ rahap kain penutup mayat sebelum ia dimandikan; ~ saji = ~ hidang = ~ sarang Sr = ~ tapak penutup makanan (drpd pandan dll) supaya jangan dihinggapi lalat; bertudung memakai tudung, bertutup dgn tudung: gadis-gadis itu ~ lingkup dgn kain berwarna pinang masak; bertudungkan memakai atau menggunakan sesuatu sbg tudung: wanita itu hanya sempat ~ sehelai tuala mandi utk menyelamatkan diri dr rumah yg sedang terbakar itu; menudung menutup dgn tudung, memberi bertudung: dia ~ mukanya dgn tangannya; keris itu dibubuh di atas ceper perak dan ditudung dgn tetampan; menudungi menjadi sbg tudung pd, menutupi; menudungkan menutupkan sesuatu sbg tudung: kain itu ditudungkan pd mukanya; tertudung tertutup dgn tudung: mukanya tidak kelihatan kerana ~ dgn kain; penudungan perihal menudung (menudung­kan); penudung sesuatu yg dipakai utk menudung (menudungi), penutup. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tu.dung] | تودوڠ

Definisi : ; ~ periuk = ~ tempayan sj ikan laut, Platacidae. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tu.dung] | تودوڠ

Definisi : ; ~ roman sj tumbuhan (pokok), guriam, lampin budak, penculam, puding, seleguri (betina), selulang bukit, unting-unting, Clerodendron disparifolium. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tu.dung] | تودوڠ

Definisi : sesuatu yg digunakan utk me­nutup: ~ kepalanya berwarna merah. kain ~ kain penutup kepala atau kain penutup muka orang perempuan; selendang. ~ belanga penutup belanga. ~ kepala a. penutup kepala (songkok, topi dll). b. = ~ muka kain selubung utk menutup kepala atau muka. ~ lampu penutup lampu; terendak lampu. ~ saji penutup makanan yg dibuat drpd mengkuang dll. bertudung memakai tudung; ber­tutup dgn tudung. menudung menutup dgn tudung; memberi bertutup. me­nudungi menjadi sbg tudung pd; menutupi: Tudung saji yg ~ hidangan itu dibuat drpd mengkuang. menudungkan menggunakan sesuatu utk menudung atau sbg tudung: Ia ~ piring pd mangkuk itu. penudungan perbuatan (hal dsb) menudung atau menudungkan. penu­dung sesuatu yg digunakan utk me­nudung; penutup. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tudung (kata nama)
1. Bersinonim dengan tutup: penutup, sungkup, penyungkup, sahap,

2. Bersinonim dengan selendang: kerubung, purdah, mini telekung, kelumbung, selubung, selayah, layah, burka, berguk, merguk, cedak, undung-undung, tukup, tutup kepala, skarf,

Kata Terbitan : bertudung, menudung, menudungi, tertudung,

Puisi
 

Sayang Musalmah memakai tudung,
     Tudung dipakai sebelah kiri;
Apa dikenang kepada untung,
     Untung tak untung diri sendiri.


Lihat selanjutnya...(27)
Peribahasa

Bagai cembul dapat tutupnya.

Bermaksud :

Sesuai benar. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai dulang dengan tudung saji, b. Cembul dengan tutupnya, c. Seperti telap dengan tudungnya).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
mengikut hukum DM perkataan manakah yang betul 'anak tudung' atau 'tudung anak'Dalam konteks ini, anak tudung ialah istilah yang betul kerana kita merujuk kepada jenis tudung yang dipakai di dalam. Contoh lain seperti anak baju.Tatabahasa16.02.2012
Mohon pengesahan bagi ayat yang betul: a) Tudung empat segi b) Tudung segi empatFrasa yang betul ialah tudung segi empat.Tatabahasa23.01.2014
Tudung sutera yang dihadiahkan oleh Karina ini memang___________. A lembut B halus (tuan, jawaban ialah A..tetapi saya kekeliruan kerana halus juga membawa maksud 3. tidak kesat (kasap), lembut, licin) TQKedua-dua perkataan, iaitu halus dan lembut boleh digunakan dalam ayat tersebut. Makna22.08.2011
Apakah terjemahan bagi perkataan TUDUNG dalam Bahasa Inggeris?Perkataan "tudung" yang puan tanyakan terlalu umum.  Jika "tudung" yang dimaksudkan ialah kain yang digunakan untuk menutup kepala dan aurat wanita padanan bahasa Inggeris yang sesuai ialah "head-cloth".  Ada beberapa padanan lagi yang berbeza yang boleh digunakan. Puan boleh merujuk laman web kami prpm.dbp.gov.my (istilah bahasa Malayu) untuk maklumat lanjut.Lain-lain16.05.2017
penjodoh bilangan yang tepat untuk tudung saji apa?Tidak semua benda diberikan penjodoh bilangan. Penjodoh bilangan lazimnya mengikut bentuk atau konsep sesuatu benda. Penjodoh bilangan yang hampir bagi tudung saji ialah sebuah.Tatabahasa02.07.2013
Apakah padanan yang sesuai bagi perkataan "the cap or crown of such bottle" dalam ayat di bawah ini, adakah "tutup atau tudung botol" atau "penutup atau penudung botol" atau terdapat padanan lain yang lebih sesuai. 360.(2) In the case of soft drink in bottles with applied ceramic labelling, the requirements of regulations 11 and 14 may be printed in a reduced size of not smaller than 2 point lettering on the cap or crown of such bottle. (2) Dalam hal minuman ringan dalam botol yang menggunakan label seramik, kehendak peraturan 11 dan 14 bolehlah dicetak dalam penghurufan daripada saiz yang lebih kecil yang tidak kurang daripada 2 poin pada tutup atau tudung botol itu.Istilah yang betul ialah 'tudung botol' atau 'penutup botol'.  Kedua-duanya boleh digunakan dalam bahasa Melayu.Istilah18.07.2021
apakah makna perkataan 'terendak'.Jika ia sejenis benda,apakah kegunaannyaMaknanya ialah sj penutup kepala atau tudung yg lebar tepinya (dibuat drpd anyaman buluh, rotan, dll). Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Makna15.10.2008
1)Produk itu telah dipasarkan secara berluas di seluruh negara. 2)Peristiwa letupan reaktor nuklear di Chernobyl telah menyedari semua pihak agar lebih berhati-hati dalam aspek keselamatan. 3)Semua makanan di bawah tudung saji itu pagi tadi dihidangkan oleh ibu. TOLONG BETULKAN.1. Produk itu telah dipasarkan secara meluas di seluruh negara.
2. Peristiwa letupan reaktor nuklear di Chernobyl telah menyedarkan semua pihak agar lebih berhati-hati dalam aspek keselamatan.
3. Semua makanan di bawah tudung saji itu dihidangkan oleh ibu pagi tadi.
Tatabahasa21.07.2012
Tukar ayat bersusunan biasa di bawah ini kepada ayat songsang tanpa mengubah maksud asalnya. i. Semua pelajar berdiri apabila lagu “Negaraku” dinyanyikan. ii. Air teh itu perlulah ditapis dahulu sebelum diminum. iii. Siapa wanita yang memakai tudung biru itu? iv. Pengguna haruslah berhati-hati ketika memuat naik gambar ke laman sosial. v. Rumah keluarga Fahrimi telah dipecah masuk ketika mereka pulang ke kampung.i. Apabila lagu “Negaraku” dinyanyikan semua pelajar berdiri.
ii. Sebelum diminum air teh itu perlulah ditapis dahulu.  
iii. Wanita yang memakai tudung biru itu, siapa?  
iv. Ketika memuat naik gambar ke laman sosial pengguna haruslah berhati-hati.
v. Telah dipecah masuk rumah keluarga Fahrimi ketika mereka pulang ke kampung.
Tatabahasa18.05.2016
Adakah perkataan rekreasi boleh dimasukkan dalam golongan kata nama tunggalKata nama tunggal ialah perkataan yang terdiri daripada satu morfem bebas sahaja, dan perkataan yang demikian boleh masuk ke dalam ayat sebagai perkataan lengkap dan menjadi inti pada frasa nama. Contohnya tudung, wanita, bumi dan lain-lain. Oleh itu, perkataan rekreasi adalah tergolong dalam kata nama tunggal.Tatabahasa01.04.2010
12

Kembali ke atas