Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tu.dung] | تودوڠ

Definisi : sesuatu yg digunakan utk menutup bahagian sebelah atas (kepala, lubang, dll), tutup, penutup: maka tuan puteri pun segera­lah menarik ~ ke atas hulunya berselubung muka; kain ~ kain penutup kepala atau muka perempuan, selendang; tali ~ bulu (rambut) di pipi, cambang, jambang; ~ belanga penutup belanga; ~ kepala a) penutup kepala (songkok, topi, dll); b) = ~ muka kain selubung (utk menutup kepala atau muka); ~ lampu penutup lampu, terendak lampu; ~ lingkup kain penutup kepala dan muka (bagi perempuan); ~ meja kain alas meja; ~ rahap kain penutup mayat sebelum ia dimandikan; ~ saji = ~ hidang = ~ sarang Sr = ~ tapak penutup makanan (drpd pandan dll) supaya jangan dihinggapi lalat; bertudung memakai tudung, bertutup dgn tudung: gadis-gadis itu ~ lingkup dgn kain berwarna pinang masak; bertudungkan memakai atau menggunakan sesuatu sbg tudung: wanita itu hanya sempat ~ sehelai tuala mandi utk menyelamatkan diri dr rumah yg sedang terbakar itu; menudung menutup dgn tudung, memberi bertudung: dia ~ mukanya dgn tangannya; keris itu dibubuh di atas ceper perak dan ditudung dgn tetampan; menudungi menjadi sbg tudung pd, menutupi; menudungkan menutupkan sesuatu sbg tudung: kain itu ditudungkan pd mukanya; tertudung tertutup dgn tudung: mukanya tidak kelihatan kerana ~ dgn kain; penudungan perihal menudung (menudung­kan); penudung sesuatu yg dipakai utk menudung (menudungi), penutup. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tu.dung] | تودوڠ

Definisi : ; ~ periuk = ~ tempayan sj ikan laut, Platacidae. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tu.dung] | تودوڠ

Definisi : ; ~ roman sj tumbuhan (pokok), guriam, lampin budak, penculam, puding, seleguri (betina), selulang bukit, unting-unting, Clerodendron disparifolium. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tu.dung] | تودوڠ

Definisi : sesuatu yg digunakan utk me­nutup: ~ kepalanya berwarna merah. kain ~ kain penutup kepala atau kain penutup muka orang perempuan; selendang. ~ belanga penutup belanga. ~ kepala a. penutup kepala (songkok, topi dll). b. = ~ muka kain selubung utk menutup kepala atau muka. ~ lampu penutup lampu; terendak lampu. ~ saji penutup makanan yg dibuat drpd mengkuang dll. bertudung memakai tudung; ber­tutup dgn tudung. menudung menutup dgn tudung; memberi bertutup. me­nudungi menjadi sbg tudung pd; menutupi: Tudung saji yg ~ hidangan itu dibuat drpd mengkuang. menudungkan menggunakan sesuatu utk menudung atau sbg tudung: Ia ~ piring pd mangkuk itu. penudungan perbuatan (hal dsb) menudung atau menudungkan. penu­dung sesuatu yg digunakan utk me­nudung; penutup. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tudung (kata nama)
1. Bersinonim dengan tutup: penutup, sungkup, penyungkup, sahap,

2. Bersinonim dengan selendang: kerubung, purdah, mini telekung, kelumbung, selubung, selayah, layah, burka, berguk, merguk, cedak, undung-undung, tukup, tutup kepala, skarf,

Kata Terbitan : bertudung, menudung, menudungi, tertudung,

Puisi
 

Sayang Musalmah memakai tudung,
     Tudung dipakai sebelah kiri;
Apa dikenang kepada untung,
     Untung tak untung diri sendiri.


Lihat selanjutnya...(27)
Peribahasa

Bagai cembul dapat tutupnya.

Bermaksud :

Sesuai benar. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai dulang dengan tudung saji, b. Cembul dengan tutupnya, c. Seperti telap dengan tudungnya).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
tudung sajitudung sajiKesenianTiadaAlat menutup sajian daripada daun sal atau tal, berbentuk kerucut, beranyam mata punai sebagai dasar atau rangka, disisip tiga penjuru menghasilkan anyam gila, berbingkai rotan yang beranyam insang pari atau gigi yu.
tudung duang Bj.tudung duang Bj.KesenianTiada, berbentuk kubah dan berwarna-warni.
cloud captudung awanMeteorologiMeteorologi PerhubunganSama dengan awan tudung.
head clothkain tudung kepala; serban; tengkolokPentadbiran PerniagaanTiada1. Kain tudung kepala: Kain yang dipakai untuk menutupi dan melindungi kepala seperti selendang.,2. Serban: Kain yang diikat di kepala seperti yang dipakai oleh jemaah haji.,3. Tengkolok: Sejenis kain penutup kepala.
cap binding proteinprotein ikatan tudungBiologiGenetikProtein yang mengikat kepada tudung mRNA eukariot dan menyebabkan sintesis polipeptida bermula dengan betul; juga menstabilkan mRNA.
cap sitetapak tudungBiologiGenetikTapak pada DNA yang bersamaan dengan nukleotida pada mRNA yang terdapat tudung.
sebeniatudung sebeniaKesenianTiadaFabrik buatan Fez, Maghribi, mempunyai jalur warna jingga dan hitam, diperbuat daripada sutera tempatan dan digunakan sebagai tudung kepala oleh wanita tempatan.
pakakas (Bj.)pakakas (Bj.)KesenianTiadaBahagian permukaan atas dan mulut tudung duang yang berupa lilitan anyaman rantai, berfungsi sebagai penambah seri dan penutup jahitan pada permukaan tudung duang.
operculumoperkulumBiologiHistologi dan Sitologi1. Tudung atau penutup, seperti ada mercu askus, atau kapsul lumut, dan pada kudup sepal atau petal bunga Eucalyptus. 2. Penutup insang ikan. 3. Penutup nostril dan telinga sesetengah burung. 4. Struktur bak tudung yang menutupi mulut cangkerang gastropod. epifragma.
vlvelidtudung injapKejuruteraanTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas