Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : = ~ dapur = batu ~ batu dll yg diletakkan sbg tempat memasak (dapur, keran): dapur minyak sudah meng­gantikan ~ dan kayu api; ~ kera (pelanduk) sarang sj serangga (kiak-kiak). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
tungku (kata nama)
Bersinonim dengan dapur, keran, anglo, kompor, tempat memasak, ketuhar, perapian, penyalai, pemanas, penunu.,

Peribahasa

Apakah gunanya kemenyan disimpan sebesar tungku,
     kalau tidak dibakar.

Bermaksud :

Kepandaian hendaklah diajarkan kepada orang lain, kerana kalau disimpan ia akan hilang begitu saja. (Peribahasa lain yang sama makna: Kemenyan sebesar lutut jika tiada dibakar manakan berbau).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. “Ali mencucuhkan tungku dapur gas itu”,”Ali menyalakan tungku gas itu”. Ayat manakah yang betul? 2. “Aini menjirus lantai dengan air”,”Aini menyiram lantai dengan air”.Ayat manakah yang betul? 3. Apakah perbezaan antara “mengintai” dengan “mengintip”? 4. Apakah perbezaan antara “deret” dengan “baris”? 5. “Seekor bangkai itik”. Adakah “seekor” sesuai untuk dijadikan penjodoh bilangan kepada bangkai binatang? 6. “Perutusan Hari Guru dibaca oleh Cikgu Jamal di sekolah”,”Perutusan Hari Guru di sekolah dibaca oleh Cikgu Jamal”. Ayat manakah yang betul? Terima kasih.

1. Ayat yang betul ialah <i style="mso-bidi-font-style: normal">Ali mencucuh dapur gas itu.i>  

2. Kedua-dua ayat dikemukakan betul, cuma lewah kerana aspek makna bagi kata <i style="mso-bidi-font-style: normal">menjirusi> dan <i style="mso-bidi-font-style: normal">menyirami> sememangnya dengan air.

3. Kata <i style="mso-bidi-font-style: normal">mengintai i>dan<i style="mso-bidi-font-style: normal"> mengintipi> sama maksud. Kata deret dan baris mempunyai aspek persamaan makna. Sila rujuk Kamus Dewan untuk membandingkan aspek persamaan dan perbezaan makna kata.

4. Tidak perlu penjodoh bilangan ‘seekor’ untuk binatang yang telah mati.

5. Ayat yang lebih gramatis ialah <i style="mso-bidi-font-style: normal">Perutusan Hari Guru di sekolah dibaca oleh Cikgu Jamal.i>

Tatabahasa23.11.2014
Salam sejahtera, Adakah "cooktop" boleh diterjemahkan kepada "alat memasak"? Jika tidak, sila berikan cadangan anda. Mohon bantuan pihak DBP. Terima kasih."Cooktop" juga dikenali sebagai "hob". Dalam bahasa Melayu perkataan 'hob' boleh digunakan yang juga sama erti dengan perkataan 'tungku'.Istilah22.02.2019

Kembali ke atas