Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[u.mur]/[Öu.mur] | عمور

Definisi : 1. jangka masa hidup atau hayat seseorang (sesuatu) mulai dilahirkan (diada-kan dsb), jangka waktu sejak dilahirkan (diadakan dsb), usia: ~ budak ini baharu enam tahun; cukup (sampai) ~ sudah dewasa; di bawah ~ belum dewasa; dimakan ~ sudah tua; dlm ~ tuanya pd ketika dia telah tua; lanjut (lewat) ~ sudah tua; panjang ~ lama hidupnya; pendek (singkat) ~ tidak lama hidupnya (mati semasih muda); 2. ki hidup, hayat, nyawa: kalau ada ~, kita akan bertemu lagi; ~ setahun jagung (darah setampuk pinang) prb seseorang yg masih muda, kurang berakal dan belum berpendapat; seumur 1. sama umurnya (dgn), sama tua, sebaya: budak itu ~ dgn adik saya; 2. sama lamanya, sama lama adanya, selama; ~ hidup selama hidup; ~ jagung a) setahun jagung, (jangka masa) tiga atau empat bulan; b) tidak lama, sekejap sahaja; berumur 1. mempunyai umur, berusia: tiap-tiap ahli Dewan Negara mestilah ~ tidak kurang drpd tiga puluh tahun; puisi Melayu moden telah ~ lima dekad; 2. sudah agak tua (lanjut) umurnya, tidak dapat dianggap muda lagi; penuntut-penuntut itu termasuk orang-orang muda dan juga yg sudah ~, dan drpd berbagai-bagai lapangan hidup. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.mur]/[Öu.mur] | عمور

Definisi : 1 lama masa sejak dilahirkan (diadakan dsb); usia: ~ anaknya sudah empat tahun. panjang ~ lama hidupnya; pendek ~ tidak lama hidupnya. 2 nyawa, hayat: Ada ~ ada rezeki. berumur 1 mempunyai umur; umurnya; usianya. 2 sudah agak tua atau sudah dewasa. seumur sama umurnya; sebaya: ~ hidup selama hidup. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
umur (kata nama)
1. Bersinonim dengan jangka masa hayat: usia, baya,

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan hidup, hayat, nyawa, jiwa, roh,

Kata Terbitan : berumur,

Puisi
 

Bunga melur berjinjang-jinjang,
     Bunga mawar dalam raga;
Minta doa umur panjang,
     Lambat laun bertemu juga.


Lihat selanjutnya...(26)
Peribahasa

Ada umur ada rezeki.

Bermaksud :

Asal masih hidup, tentu akan beroleh rezeki. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Ada hari, ada nasi, b. Ada nyawa ada rezeki).

 

Lihat selanjutnya...(11)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
age compositionpemeringkatan umurPerhutananPengurusan HutanProses mengumpulkan dan mengasingkan pokok dalam sesuatu dirian mengikut kelas umur. penggredan umur.
age at retirementumur bersara/umur pencenKependudukanTiadaTiada
age classkelas umurPerhutananPengurusan HutanSatu kategori pokok atau dirian yang dikumpulkan berdasarkan umur atau julat umur; contohnya seua pokok yang ditnam dalam tahun yang sama dikelompokkan bersama untuk mendapatkan hasil yang berkekalan.
age at sexual maturityumur kematangan seksPenternakanGenetik dan PembiakbakaanPeringkat umur bagi haiwan jantan atau betina yang sudah bersedia dan mampu untuk membiak. Umur kematangan seks setiap haiwan berbeza-beza mengikut jenis dan baka. Umur ini mungkin dicapai melalui dorongan tumbesaran atau pertukaran fizikal lain yang boleh membezakan haiwan matang dengan tidak matang. Contohnya, umur kematangan seks lembu betina ialah 9 - 22 bulan manakala lembu jantan 9 - 10 bulan.
age (of ground water)umur (air tanah)HidrogeologiTiadaMasa terakhir air bersentuhan dengan atmosfera bumi. (Dimensi: T) Ruj.: Chow 1965 Air tanah mungkin dapat ditentukan umurnya dari pengurangan radioisotop persekitaran seperti 3H atau 14C, dengan melibatkan perbezaan antara umur nyata dan umur yang disesuaikan. Misalnya �umum 14C nyata� ialah umur yang dihitung dari kandungan 14C yang sama dengan 100 peratus daripada masa kini (keadaan ini tidak pernah tercapai untuk jenis karbonat lain yang terlarut dalam air); manakala �umur 14C yang disesuaikan� ialah umur yang dihitung dari kandungan 14C dalam sampel dan dari kandungan awal 14C yang dinilai berdasarkan suatu kaedah pembetulan tertentu. Kebanyakan penulis, mendasarkan perhitungan atas nilai 13C jenis karbonat terlarut (IAEA).
even-aged standdirian sebayaPerhutananPengurusan HutanDirian yang mempunyai pokok-pokok daripada kelas umur yang sama. Kelas umur dianggap sama sekiranya perbezaan umur antara pokok tertua dengan termuda tidak melebihi 20% jangka masa giliran tebangan.
height-for-agetinggi untuk umurMakanan dan PemakananPemakananKetinggian yang sesuai bagi kumpulan umur 5 hingga 19 tahun dalam penilaian status pemakanan. Tinggi untuk umur digunakan untuk menganggar status pemakanan yang lalu. Umur individu dibandingkan dengan nilai piawai WHO (2007) untuk menentukan sama ada individu tersebut terbantut atau tidak.
issue ageumur penyertaaninsuransTiadaUmur insured yang ditetapkan oleh syarikat sama ada umur pada tarikh lahir yang terdekat atau tarikh lahir yang lepas untuk menetapkan kadar premium.
issue ageumur penyertaanPentadbiran PerniagaanTiadaUmur insured yang ditetapkan oleh syarikat sama ada umur pada tarikh lahir yang terdekat atau tarikh lahir yang lepas untuk menetapkan kadar premium.
issue ageumur penyertaanPentadbiran PerniagaanTiadaUmur insured yang ditetapkan oleh syarikat sama ada umur pada tarikh lahir yang terdekat atau tarikh lahir yang lepas untuk menetapkan kadar premium.
12345678910...

Kembali ke atas