Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
umur (kata nama)
1. Bersinonim dengan jangka masa hayat: usia, baya,

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan hidup, hayat, nyawa, jiwa, roh,

Kata Terbitan : berumur,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ADAT PERKAHWINAN TEMIAR

ADAT PERKAHWINAN TEMIAR, adat perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat Temiar di Semenanjung Malaysia. Masyarakat Temiar tidak mempunyai istilah khusus untuk merujuk kepada perkahwinan kecuali perkataan ‘seklog’ yang bermaksud tidur atau tidur bersama. Masyarakat Temiar tidak membenarkan perkahwinan antara ahli keluarga dan saudara sedarah. Perkahwinan antara ahli keluarga yang rapat seperti sepupu juga tidak digalakkan.

1">            Secara umumnya masyarakat Temiar mengutamakan perkahwinan monogami, tetapi poligami khususnya poligini masih diterima oleh masyarakat ini. Perkahwinan secara endogami juga banyak berlaku berbanding dengan eksogami. Dari segi umur, orang lelaki biasanya berumur 16 tahun manakala orang perempuan lebih muda daripada itu. Selepas berkahwin, pasangan suami isteri biasanya akan membentuk keluarga asas sendiri.

 

BUDAYAKonsep
ADAT PERKAHWINAN MELAYU SARAWAK

ADAT PERKAHWINAN MELAYU SARAWAK, adat perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat Melayu Sarawak di Kuching, Seri Aman, Miri, Sibu, Bintulu dan Limbang. Adat perkahwinan dan peraturan kekeluargaan penduduk Melayu Sarawak tertakluk kepada Undan-undang Mahkamah Melayu Sarawak yang mula dilaksanakan pada tahun 1910 di bawah pentadbiran Majlis Islam.

1">            Perkahwinan di kalangan masyarakat Melayu Sarawak terbahagi kepada lima. Pertama, ‘nikah benar’ iaitu perkahwinan yang biasa berlaku dan mengikut segala peraturan hukum dan adat yang biasa. Kedua, ‘nikah salah’ iaitu perkahwinan setelah melakukan perbuatan yang curang atau sumbang. Ketiga, ‘nyerah diri’ dan keempat, ‘ngekot’, serta kelima, ‘basuh kaki’. Nyerah diri berlaku jika lelaki menyerahkan dirinya kepada keluarga perempuan yang berada kerana tidak mampu untuk berkahwin mengikut adat. Keluarga perempuan boleh menghalau atau menolaknya secara lembut dengan mengenakan syarat yang ketat. Ngekot pula berlaku jika perempuan lari dari rumah untuk mengikut kekasihnya. Basuh kaki ialah perkahwinan yang sebahagian besar belanjanya ditanggung oleh pihak perempuan.

 

Merisik1">           Mencari jodoh dilakukan melalui keserasian antara pasangan lelaki dan perempuan. Apabila ibu bapa merasakan anak lelaki mereka sudah cukup umur untuk berkahwin, mereka akan mencadangkan nama beberapa orang gadis daripada saudara dekat dengan mengambil kira persamaan status dalam masyarakat. Anak lelaki dibenarkan membuat pilihannya sendiri dan pemilihannya itu diuji melalui ‘berugam’. Upacara menguji keserasian ini dijalankan oleh orang perempuan sahaja. Barang yang digunakan dalam upacara ini ialah ‘turak’ (alat penenun yang bulat), beras, tepung tawar iaitu tepung beras yang dicampur dengan limau, sirih tiga kapur dan tiga gulung rokok.

1">           

BUDAYAKonsep

Kembali ke atas