Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[u.sang] | اوسڠ

Definisi : 1. kering dan tidak berisi (padi), kersang (rambut, tembakau, dll); 2. sudah lama benar, lama terpakai atau tersimpan: tikar meng-kuang yg sudah begitu ~; 3. sudah tidak biasa lagi dipakai (perkataan, barang, dll), kuno: kata-kata ini memang kedengaran sangat gagah, tetapi telah terasa hampa, kerana ertinya sudah tidak lagi dikenal atau sudah ~; pendapat demikian sudah ~, tidak lagi sesuai sekarang; 4. tidak subur lagi (bkn tanah), kehabisan baja (bkn tanah); ~-~ dibaharui ki membaharui adat lama yg sudah lemah dgn menyesuaikannya dgn keadaan baru; adat lama pusaka ~ Mn adat yg sudah turun-temurun; mengusang menjadi usang; mengusangkan membiarkan sesuatu men-jadi usang (tidak subur lagi dsb): katanya, cadangan ~ kawasan kelapa menyebabkan negara terpaksa bergantung kpd kelapa import; keusangan perihal (keadaan, sifat) usang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.sang] | اوسڠ

Definisi : 1 kering dan tidak berisi (bkn padi dll). 2 kering dan tidak terurus (bkn rambut); kersang. 3 lama terpakai atau lama tersimpan (bkn sesuatu barang): Ia berbaring di atas sehelai tikar yg sudah ~. 4 tidak dipakai atau tidak digunakan lagi (bkn adat, perkataan dll); kuno: adat yg ~. 5 tidak subur lagi (bkn tanah). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
usang (adjektif)
1. Bersinonim dengan kuno: lama, lapuk, terlalu tua, buruk, uzur, lasam, tidak berguna lagi, bahari,
Berantonim dengan baru

2. Bersinonim dengan kering: kersang, gersang, kersul, kasang, cerin, dengkel,

3. Bersinonim dengan tidak subur lagi: kehabisan baja, saka, keras, mengkal, dangkal,
Berantonim dengan subur

Kata Terbitan : mengusang, keusangan,

Peribahasa

Usang dibarui,
     lapuk dikajangi.

Bermaksud :

Kebiasaan lama yang baik sudah dilupai orang dihidupkan kembali, mana-mana yang kurang baik diperbaiki.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
perbilanganperbilanganKesusasteraanPuisiSusunan bentuk kata, frasa mahupun baris yang mengisahkan sesuatu maksud. Walaupun bentuk perbilangan berangkap tetapi biasanya tidak terikat dengan jumlah kata dalam setiap baris. Ada kalanya berirama dan ada kalanya tidak. Kebiasaannya setiap rangkap yang dibina itu dapat memancarkan keseluruhan pemikiran. Contohnya, perbilangan adat di bawah. Usang-usang diperbaharui Lapuk-Iapuk dikajangi Yang elok dipakai Yang buruk dibuang Kalau singkat mintak disambung Kalau panjang mintak dikerat Kalau koyak mintak ditampal
planned obsolescenceusang terancangPentadbiranTiadaStrategi membuat sesuatu keluaran itu menjadi usang dengan menghasilkan keluaran baharu.
derelictusang (bangunan),EkonomiTiadaTiada
obsoleteusangEkonomiTiadaTiada
obsoleteusangPertanianTiadaTiada
dilapidateusangSosiologiTiadaKeadaan bangunan, perabot, dan peralatan rumah yang lain yang sangat buruk, lusuh atau rosak.
obsoleteusangPerubatanTiadaTiada
obsoleteusangKejuruteraanTiadaTiada
derelictusang (bangunan), kaparanGeografiTiadaTiada
derelictusang (bangunan), terbiarKesenianTiadaTiada
12345678

Kembali ke atas