Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
uzur (adjektif)
1. Bersinonim dengan sakit: berpenyakit, gering, terlalu tua,
Berantonim dengan sihat

2. Bersinonim dengan aral: halangan, rintangan, gendala,

3. Bersinonim dengan datang bulan: datang kotor, datang haid, sakit bulanan,

4. Bersinonim dengan usang: buruk, lama, lapuk, lasam, terlalu tua,

Kata Terbitan : menguzurkan, keuzuran,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
uzur1 sesuatu yg menyebabkan seseorang tidak dpt bekerja (berjalan dll); aral: Kalau tidak ada ~, lusa saya akan ke Singapura. 2 lemah badan; sakit: Badannya sudah ~. 3 ki datang bulan atau haid: Ia tidak boleh bersembahyang kerana ~. 4 ki mengandung; hamil. ~ syarii uzur yg dibenarkan oleh syarak dlm melakukan sesuatu ibadah, kewajipan dsb. menguzurkan mengadakan halangan (utk tidak ikut serta): ~ diri. keuzuran keadaan atau hal uzur: ~nya menyebabkan dia bersara awal.Kamus Pelajar Edisi Kedua
uzur1. lemah badan, berpenyakitan, sakit: ia tidak dapat berjalan kerana ~; orang tua ~ orang yg sudah tua dan tidak berdaya bekerja berat (selalu sakit-sakit); 2. sesuatu yg menyebabkan tidak dapat bekerja (berjalan dll), aral, halangan: kalau tidak ~, saya akan datang juga; 3. ki a) datang bulan, haid; b) mengandung, hamil; 4. ki, bp terlalu buruk keadaannya (barang-barang), hampir tidak boleh dipakai lagi: jala abang ini telah ~ benar, hendak digantikan dgn yg baharu, tidak ada modal pula; ~ syarii uzur yg dibenarkan oleh syarak dlm melakukan sesuatu ibadah, kewajiban dsb;menguzurkan membuat halangan, meng-halangkan (diri); jangan hendaknya encik ~ diri jangan hendaknya encik berhalangan; keuzuran perihal uzur: kalau jiran kita itu mendapat ~, wajib kita memberi pertolongan kepadanya.Kamus Dewan Edisi Keempat
uzur1 sesuatu yg menyebabkan seseorang tidak dpt bekerja (berjalan dll); aral: Kalau tidak ada ~ lusa saya akan ke Singapura.Kamus Pelajar
afiatAr 1. pulih, sihat; sihat dan ~ = sihat wal ~ sihat (tidak uzur); 2. kesihatan; mengafiatkan sl memulihkan, menyihatkan; keafiatan keadaan sihat, kesihatan: dlm ~ dan keselamatan yg sempurna.Kamus Dewan Edisi Keempat
sakit 1 berasa tidak sihat tubuh atau bahagian-bahagiannya kerana sesuatu sebab; uzur: Dia tidak dpt bekerja hari ini kerana ~ perut.Kamus Pelajar
geringbd sakit, uzur; ~ bersalin sakit hendak bersalin; ~ hulu pening kepala; ~ tengah sakit perut; kegeringan perihal gering; penggering 1. sentiasa sakit; 2. mantera utk menyakitkan orang.Kamus Dewan Edisi Keempat
syarii1 berkaitan dgn syariah: peguam ~; hukum ~. 2 bersandar pd atau mengikut hukum Islam: Mereka tidak boleh menunaikan ibadat puasa atas sebab uzur ~.Kamus Pelajar Edisi Kedua
syariiAr 1. berkaitan dgn syariah: peguam ~; hakim ~; 2. bersandar pd atau mengikut hukum Islam: mereka tidak boleh menu­naikan ibadat puasa atas sebab uzur ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
pendek(péndék) 1. tidak panjang, tidak tinggi, pandak, rendah, ringkas: mereka memakai seluar kain kapas yg ~ dgn baju singlet; 2. tidak lama, singkat: dlm waktu yg ~; umur semakin ~, badan semakin uzur; ~ akal = ~ fikiran = ~ ingatan = ~ kira-kira sempit, tidak luas fikiran (ikhtiar, pengetahu­an, dll), picik; ~ kata (cakap) = ~ kaji = ~nya dgn ringkas, ringkasnya: ~nya segala hukum Islam telah lengkap dan sempurna pd masa baginda masih hidup; ~ nafas tidak tahan berlari jauh, mudah tercungap, sesak nafas; ~ permintaan pendek umur; memendek menjadi pendek: otot itu ~ dan menggemuk apabila digerakkan; memendekkan 1. menjadikan pendek, me­motong dll supaya pendek: Muda ~ langkahnya sambil menoleh ke belakang; sama ada masa penjara itu hendak dipanjangkan atau dipendekkan terserah kpd pertimbangan hakim; 2. mengikhtisarkan, menying­katkan, meringkaskan: guru melatih kanak-kanak ~ sebutan itu; dipendekkan cerita, jadilah keluargaku dan keluarga Pak Hamid jiran yg paling baik dan ikrab; kependekan 1. perihal pendek: pergerakan semua haiwan itu adalah hasil drpd ~ dan kegemukan gentian otot; 2. ringkasan (perkataan, kumpulan perkataan, dll), singkatan: PBB adalah ~ Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu; pemendekan perihal (perbuatan dsb) me­mendekkan atau menyingkatkan: ujaran spt ini menunjukkan ciri-ciri ~ spt yg berlaku pd pesanan telegram.Kamus Dewan Edisi Keempat
sakit1 berasa tidak sihat tubuh atau bahagian-bahagiannya kerana sesuatu sebab; uzur: Dia tidak dpt bekerja hari ini kerana ~ perut. 2 ki berasa sedih (susah); sengsara. ~ akal (fikiran, otak) gila. ~ hati berasa marah kerana dihina dll. ~ jiwa tidak berapa siuman kerana ada sesuatu yg menekan jiwanya. ~ kepala berasa pening kepala. ~ kuning penyakit yg disebabkan oleh gangguan pd hempedu dan menjadikan tubuh dan mata berwarna kuning. ~ mata a. sakit pd mata. b. tidak suka atau tidak berkenan melihat sesuatu yg tidak digemari. ~ mental tidak siuman, gila. ~ telinga a. sakit pd telinga. b. sakit hati (perasaan) kerana mende­ngar kata-kata yg tidak digemari. ber­­s­akit menahan rasa sakit: kuat ~ kuat menahan rasa sakit. bersakit-sakit 1 berusaha dgn tidak mengenal jerih dan payah; berusaha sungguh-sungguh (utk mencapai se­­suatu): ~ dahulu, bersenang-senang ke­mudi­an. 2 menanggung ke­susahan (kesulitan dsb): Kalau tidak sanggup ~, janganlah hidup di rantau orang. 3 kerap jatuh sakit; selalu menderita sakit: Sejak dua tahun yg lalu, dia ~ saja. menyakiti 1 menyebabkan orang berasa sakit: Sebenarnya polis tidak boleh ~ orang-orang tahanan. 2 menjadikan sakit: Kata-katanya ~ hatiku. menyakitkan menimbulkan rasa sakit; mendatangkan sakit: Hulu kikir yg bujur akan ~ tangan ketika menggunakannya. kesakitan 1 menderita sakit: Anak itu menjerit-jerit ~ kerana dipukuli ayahnya. 2 keadaan atau hal sakit; kesukaran hidup; kesengsara­an. penyakit sesuatu yg menyebabkan badan atau bahagian badan menjadi sakit: ~ malaria sudah berkurang sekarang ini. ~ berjangkit penyakit (spt kurap) yg mudah berjangkit. ~ masyarakat (sosial) sesuatu amalan atau per­lakuan yg menimbulkan masalah dan melemahkan masyarakat, spt masa­lah penagihan dadah dan rasuah. berpenyakit 1 ada penyakitnya. 2 = penyakitan selalu menderita sakit; selalu sakit: Pengemis itu sudah tua dan ~. pesakit orang yg sakit. ~ luar pesakit yg hanya diberi rawatan di hospital atau klinik tetapi tidak dimasukkan ke (dlm) wad.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12

Kembali ke atas