Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[wa.ta/] | واتق

Definisi : 1. sifat (seseorang) yg zahir dan batin (merangkumi budi pekerti dan tabiatnya, tingkah lakunya, jiwanya, pemikirannya, dsb): kesopanan dan ketenangan mereka menggambarkan ~ orang yg berpendidikan; 2. tokoh atau pelaku dlm karya sastera atau seni (spt novel, cerpen dan drama, dsb): penulis itu memberikan personaliti kpd tiaptiap ~nya; berwatak mempunyai watak, berbudi pekerti, berkeperibadian: dia sendiri memang sudah ~ seniman; berwatakkan mempunyai atau mengguna­kan sesuatu sbg watak: nama Parameswara tidak pernah disebut dlm Sejarah Melayu, tetapi yg disebut ialah Raja Iskandar Syah yg tentunya ~ Islam; memperwatakkan membentuk watak (sese­orang pelaku dlm cerita), menggambarkan (memaparkan dsb) watak: ketaralah bahawa kejadian-kejadian dlm drama “Tamu di Bukit Kenny” tertumpu kpd fikiran, kelakuan, dan tindakan Si Pegawai yg diperwatakkan sbg manusia yg agak baik; perwatakan 1. watak (seseorang) keseluruhan­nya, keseluruhan watak: ~ Panji Semirang pd keseluruhannya tidak lari drpd sifat asasinya sbg seorang perempuan; 2. pembentuk­an watak, penggambaran (pemaparan dsb) watak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[wa.ta/] | واتق

Definisi : 1 sifat batin seseorang yg mempengaruhi tingkah lakunya atau fikirannya. 2 tokoh dlm sesuatu cerita atau novel. berwatak berbudi pekerti; mempunyai sifat keperibadian. berwatakkan mempunyai sesuatu watak: Lakonannya yg ~ pendakwah sungguh berkesan. perwatakan perihal watak seseorang atau watak dlm sesuatu cerita: ~ Hang Jebat telah banyak dibincangkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
watak (kata nama)
1. Bersinonim dengan sifat: perangai, kelakuan, tingkah laku, budi pekerti, moral, akhlak, tabiat, khalikah, pembawaan, tanjak,

2. Bersinonim dengan tokoh: pelaku

Kata Terbitan : perwatakan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
scheme of characterskema watakKesenianDrama dan TeaterKategori watak yang terlibat dalam lakonan atau penulisan skrip mengikut keperluan dan kepentingan watak. Watak-watak yang terlibat biasanya dikategorikan mengikut kepentingan peranan yang dibawa.
black and white characterwatak hitam putihKomunikasiTiadaWatak-watak yang digambarkan sebagai jahat atau baik. Perbezaan antara watak-watak ini ditunjukkan secara berbeza dan lazimnya, watak jahat akan mendapat balasan yang buruk dan watak baik akan mendapat balasan yang baik.
foilwatak lawanKesusasteraanTiadaWatak yang ditonjolkan secara kontra bagi menyerlahkan sifat, ciri atau aksi yang bertentangan pada watak protagonis (watak utama dalam sesuatu cerita). Watak ini digunakan dalam naratif atau drama. Contohnya, watak pasif akan menyebabkan sifat dinamik watak aktif lebih nyata dan ketara. Lihat juga watak bundar, watak pipih.
fictionalitycerekaanKesusasteraanTiadaBerkaitan dengan watak-watak atau cerita rekaan cadangan.
dramatic ironyironi dramatikKesusasteraanTiadaKeadaan atau situasi dalam persembahan (drama, teater) yang diketahui oleh penulis atau penonton, tetapi watak-watak yang menjayakan persembahan itu mungkin tidak mengetahuinya. Persembahan menggunakan kaedah plot yang membolehkan penonton mengetahui lebih banyak tentang situasi sesuatu watak berbanding apa yang disedari oleh watak itu sendiri. Watak bertindak bertentangan dengan apa yang sewajarnya, aksinya memberikan makna yang berlainan kepada penonton. Ramalan boleh meningkatkan kesan ironi dramatik. Contohnya, dalam drama Oedipus Rex, Oedipus mendesak agar mencari pembunuh Creon, tetapi sebenarnya dialah pembunuhnya. Oedipus dapat melihat dengan jelas ketika buta, tetapi semasa celik, dia sebenarnya buta. Lihat juga ironi.
sentimental novelnovel sentimenKesusasteraanTiadaNovel yang menggambarkan watak-watak yang memberikan tindakan begitu emosional terhadap peristiwa, aksi dan sentimen.
dialogusdialogKesusasteraanTiadaPerbualan atau percakapan di antara watak-watak dalam karya sastera.
comic filmfilem komikKomunikasiTiadaFilem yang menggunakan watak-watak popular dalam bentuk cerita kartun yang disiarkan dalam media cetak.
dialoguedialogKesusasteraanTiada1. Perbualan atau percakapan di antara watak-watak dalam karya sastera.
personae dramatispara pelakonSejarahTiadaOrang yang dapat melakonkan watak-watak tertentu yang dapat melindungi kedudukan sosial dan diri individunya yang sebenarnya.
12345678910...

Kembali ke atas