Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ka.wan] | برکاون

Definisi : 1. = berkawan-kawan, berka­wanan berkelompok-kelompok atau ber­kumpulan-kumpulan (bkn binatang atau manusia), beramai-ramai, bergerombolan: dia terpandang-pandang ikan kecil dan besar berkawan-kawan; orang telah ramai datang berpasang-pasang, berkawan-kawan; burung pipit yg berterbangan berkawanan dr dahan ke dahan; 2. bergaul dan berbaik-baik dlm hubungan sehari-hari, menjadikan (menganggap atau melayani sbg) kawan, bersahabat, berteman: tidak pernah ia menolak orang-orang yg mahu ~ dengannya; tak usah ~dgn dia; 3. mempunyai pasangan hidup (suami atau isteri), sudah berkawan (bersuami atau beristeri); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ka.wan] | برکاون

Definisi : 1 = berkawan-kawan berkelompok-kelompok; beramai-ramai: Gajah biasanya hidup ~ di dlm hutan. 2 bersahabat; berteman: Dia jahat, tak usah ~ dgn dia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kawan (kata nama)
1. Bersinonim dengan sahabat: rakan, teman, kenalan, handai, taulan, konco, pengikut, sekutu, penyokong, kumpulan, pasangan, kelompok, geng, komrad,
Berantonim dengan musuh

2. Bersinonim dengan aku: saya, kami, beta, hamba, kita, teman,

3. Bersinonim dengan pasangan: suami, isteri, teman hidup,

4. Dalam konteks makanan
bersinonim dengan judu, jodoh,

Kata Terbitan : berkawan, kawanan, mengawani, memperkawankan,

Puisi
 

Berkawan melayang ke kuala,
     Hinggap mari di dahan duku;
Manakala dikenang hatiku gila,
     Cintakan puteri belahan jiwaku.


Lihat selanjutnya...(16)
Peribahasa

Bagai bersahabat dengan ular bisa.

Bermaksud :

Berkawan dengan orang yang jahat.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
BerkawanKam Su PingDewan Pelajar1 July 1975
BerkawanHiew Mu HsienDewan Pelajar1 August 1973
Berkawan secara bijaksanaRohman ShaaryDewan Siswa1 August 1994
Jalan BerkawanShymala DeviDewan Pelajar1 July 1973
Siri Cacibar: Terbang Berkawan [ Lukisan kulit hadapan ]Maamor JantanDewan Sastera1 March 2008
Mahayuddin Haji Abd. Rahman: penting berkawan dengan mediaTiadaDewan Masyarakat1 April 2000

Kembali ke atas