Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kain] | کاءين

Definisi : 1 barang yg ditenun drpd benang kapas, bulu kambing dsb secara umum: ~ bulu kambing kain kasar yg dibuat drpd buku kambing. 2 barang yg ditenun yg digunakan utk sesuatu tujuan. ~ baju pakaian (spt baju, seluar). ~ basahan a. kain yg selalu atau sering dipakai (sehari-hari). b. kain yg dipakai ketika mandi. ~ cadar kain utk menutup tilam. ~ cita kain kapas yg halus, berbunga-bunga dan berwarna. ~ kaca ist kain bersalut serbuk kaca yg digunakan utk melicinkan atau menggilap sesuatu. ~ kasa kain yg halus dan jarang tenunannya (biasanya digunakan utk membuat kelambu dsb). ~ lampin kain utk membedung anak kecil. ~ selimut kain utk menutup tubuh ketika tidur; gebar. ~ sutera kain yg halus yg dibuat drpd (benang) sutera. ~ tudung kain yg dipakai utk menutup kepala. berkain memakai kain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Encik Andak menjual kain,
     Kain sutera dari seberang;
Walaupun banyak sahabat yang lain,
     Manakan sama tuan seorang.


Lihat selanjutnya...(368)
Peribahasa

Biar mati berkapankan kain cindai,
     jangan kain kadut.

Bermaksud :

Lebih baik mati daripada merosakkan nama baik. (Peribahasa lain yang sama makna: Mati berkapan cindai). kadut = kain karung.

 

Lihat selanjutnya...(74)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Kain PercaAs SyramyMingguan Wanita2 March 2007
Kain Tenun PahangNor Sazila SamatDewan Budaya1 October 2005
Kain TelepukTiada PengarangDewan Budaya1 December 2001
Kain Tenun PahangTiada PengarangDewan Budaya1 November 2001
Kain Iklan Istimewa!Ismail AhmadPelita Bahasa1 December 2002
Kain cindaiMohd. Nasir AhmadDewan Budaya1 November 1997
Kain Tudung KasihSambugiin BadraaDewan Sastera1 September 1998
Kain putih di kampus ITBA.F. YassinDewan Masyarakat15 July 1979
Kain songket: seni tenunan bermutu tinggiAlias Haji YusufDewan Budaya1 July 1979
Kain karingkamnya penyeri majlis persandinganRatnawati JamilMastika1 September 1994
1234

Kembali ke atas