Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ju.ju.ran] | کجوجورن

Definisi : perihal jujur, kelurusan hati, keikhlasan: dia masih ragu-ragu tentang ~ anak muda yg baru dikenalinya itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ju.ju.ran] | کجوجورن

Definisi : sifat jujur; kelurusan hati; ketulusan hati: Ia yakin pd kebenaran dan ~ suaminya itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jujur (adjektif)
Bersinonim dengan lurus hati, tulus, ikhlas, tulus ikhlas, suci hati, putih hati, benar, boleh dipercayai, mukhlis, sadiq, mustakim;,
Kata Terbitan : kejujuran,

Peribahasa

Melanting menuju tampuk,
     berkata menuju benar.

Bermaksud :

Setiap usaha tentu ada maksudnya; dalam perundingan hendaklah ada kebenaran dan kejujuran. lanting = lempar, lonjak, lompat.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Kejujuran perlukisan "antara dua keadaan"Rohman ShaaryDewan Siswa1 December 2006
Kejujuran Jelaskan SegalanyaAzman JIbu1 December 2002
Kejujuran yang kabut bulan sabit yang sirna [Ulasan buku "Kabut dan Bulan Sabit di Demak" oleh...]Suria JanibDewan Sastera1 October 2004
Kejujuran, kecekapan dan kreativiti dalam pentadbiran awamMohd Affandi HassanDewan Masyarakat15 May 1980
Kejujuran dalam penulisanTiadaMastika1 December 1987
Kejujuran di Kuala LumpurL-AdisRemaja1 June 1995
Kejujuran?Anggerik DesaRemaja15 April 1995
Kejujuran dalam penulisanWahbaMastika1 December 1987
Menilai kejujuran dalam estetikaNasriah Abdul SalamDewan Sastera1 December 2006
Menggenggam KejujuranMohd. Hashim OsmanMajalah i1 November 2006
12

Kembali ke atas