Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kré.dit] | کريديت

Definisi : (krédit) 1. wang yg dipinjamkan, jumlah atau kemudahan pinjaman, piutang: ~ di atas kadar bunga yg sebanyak itu hanya dapat diberi jika bank mahu menjamin pinjaman itu; bank-bank perdagangan tidaklah bebas membesarkan atau mengecilkan ~nya; 2. kemudahan membayar terkemudian drpd penerimaan barang, penangguhan pembayaran (bagi barang yg dibeli); menjual (membeli) dgn ~ menjual (membeli) barang dgn pem­bayarannya ditangguhkan; memberi ~ mem­beri pinjaman (hutang), membenarkan (mem­bolehkan) penangguhan pembayaran; tukang ~ Jk tukang menjual barang-barang dgn bayaran beransur-ansur; 3. butir perakaunan (spt bayaran dll) yg dicatatkan di ruang sebelah kanan buku kira-kira; mengkreditkan 1. mencatatkan butir per­akaunan (spt bayaran dll) di ruang sebelah kanan buku kira-kira; 2. Id, bp memberi pinjaman wang dgn cagaran barang; 3. bp menjual barang dgn bayaran beransur-ansur; perkreditan yg berkaitan dgn kredit atau segala urusan kredit. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kré.dit] | کريديت

Definisi : /krédit/ 1 jumlah wang yg dipinjamkan; pinjaman: Bank Pertanian mengadakan ~ bagi semua bidang pertanian. 2 kemudahan menangguhkan pembayaran barang yg dibeli: Apabila membeli secara ~, nama pembeli, tarikh dan banyaknya belian direkodkan. 3 butir perakaunan atau catatan di sebelah kanan buku akaun. 4 (jumlah) wang dlm sesuatu akaun kepunyaan seseorang, sesebuah syarikat dll. 5 darjah kelulusan bagi sesuatu mata pelajaran yg diikuti; kepujian. mengkreditkan mencatat butir perakaunan di ruang sebelah kanan buku akaun; mencatat atau memasukkan sbg kredit (dlm sesuatu akaun). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kredit (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
1. Bersinonim dengan pengiktirafan: penghargaan, penilaian, pujian,

2. Bersinonim dengan piutang: pinjaman, ansuran, kemudahan pinjaman.,



Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Kredit Grameen cabar perbankan konvensionalAbd. Razak Abu BakarDewan Ekonomi1 January 2007
Kad kredit Islam MaybankJunaidah Ahmad Ghazali dan Muhamad Rafiq Abdul RahmanDewan Ekonomi1 October 2008
Pembiayaan kredit mikro AIM bebas riba?Raziah Md TahirDewan Ekonomi1 June 2008
Pengurusan kredit sewaktu ekonomi sukarZulnaidi YaacobDewan Ekonomi1 January 2009
Kad kredit,cara moden untuk berhutang ?Ong Hiong LoiDewan Masyarakat1 April 1997
Peranan kredit dalam pelancongan taniAbd. Rahaman A. RasidDewan Ekonomi1 October 1994
Kad kredit - manfaat atau mudarat?Lynette Chiew Soon JinDewan Masyarakat1 December 1996
Penggunaan kad kreditLee Mei HwaDewan Masyarakat1 February 1998
Muflis angkara kad kreditJeniri AmirDewan Masyarakat1 December 2005
Kunci berbentuk kad kreditTiadaDewan Siswa1 March 1986

Kembali ke atas