Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mim.pi] | ميمڤي

Definisi : 1. sesuatu yg terlihat atau dialami dlm tidur: ia melihat segala-galanya dlm ~; 2. ki angan-angan; berkelahi dlm ~ prb sesuatu perbuatan atau perkataan dgn tiada usul periksa tiba-tiba menjadi gaduh; bermimpi 1. melihat sesuatu dlm mimpi: maka ia ~ dirinya berpandangan dgn Rasulullah; 2. ki berangan-angan; memimpikan 1. = bermimpikan bermim­pi akan sesuatu: malam itu Bidin tidur bermimpikan lampu-lampu hijau merah bergayutan; 2. ki mencita-citakan atau mengharap-harapkan sesuatu (yg bukan­bukan atau yg amat sukar dicapai): drpd sikap acuh tak acuh itu, terkeluar kata-kata yg sama sekali tidak kumimpikan; Sigmund Freud mengatakan seniman selalu ~ ke-hormatan, kekuasaan, kekayaan, kemasy-huran, dan cinta wanita; termimpi terlintas dlm fikiran, terfikirkan sbg sesuatu yg mungkin dapat dicapai (diper­oleh dsb): kalau dahulu tidak ~ manusia boleh menjejakkan kaki ke bulan, kini rancangan sedang disusun utk pengembaraan ke bin-tang yg lain pula; termimpi-mimpi 1. bermimpi kerana ter­ingat-ingat atau terkenang-kenang akan se­suatu; 2. tampak terbayang-bayang dlm inga­tan; termimpikan dimimpikan: satu ketika da-hulu, dia tidak pernah ~ hak ini; mimpian 1. apa yg dilihat (dialami) dlm mimpi, khayalan; 2. ki cita-cita (yg mus­tahil); impi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mim.pi] | ميمڤي

Definisi : 1 sesuatu yg seolah-olah dialami atau dilihat sewaktu tidur. 2 khayalan; angan-angan. bermimpi 1 melihat atau mengalami sesuatu dlm mimpi: Ia ~ bermandi-manda di sebuah sungai. 2 berangan-angan; berkhayal. memimpikan 1 bermimpi akan sesuatu. 2 mencita-citakan atau mengharapkan sesuatu (yg bukan-bukan): Ia selalu ~ kehidupan yg mewah. termimpi-mimpi 1 bermimpi kerana selalu teringat-ingat atau terkenang-kenang akan sesuatu. 2 terbayang-bayang dlm ingatan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mimpi (kata nama)
Bersinonim dengan igauan, sempena, angan-angan, khayalan, bayangan, imaginasi, fantasi, ilusi, halusinasi, maya, rasian;,
Kata Terbitan : bermimpi, memimpikan, termimpi-mimpi, mimpian,

Puisi
 

Semalam mimpi bulan,
     Mimpi nyiur patah tandan;
Semalam mimpi tuan,
     Mimpi beriba sebelah kanan.


Lihat selanjutnya...(27)
Peribahasa

Siang menjadi angan-angan,
     malam menjadi buah mimpi.

Bermaksud :

Tak pernah dilupakan.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Mimpi-Mimpi RetakHalisa SayangkuIRTV1 June 1993
Mobiliti sosial dalam cerita rakyat. mimpi-mimpi yang dipenuhi ranjauZainal Abidin BakarDewan Masyarakat15 December 1979
Mimpi oh mimpiUmar JunusDewan Budaya1 July 2007
Mimpi Seri RamaNasirazaliDewan Budaya1 June 2007
Mimpi Rama-rama (Apologi Buat Zhuangi)Lim Kim HuiDewan Sastera1 January 2002
Mimpi yang PecahA. Rahim AbdullahDewan Sastera1 September 2002
Mimpi IndahSyiqa RahmatRemaja1 February 2007
Mimpi Yang DipadamkanWan Ahmad Wan IsmailDewan Sastera1 October 2006
Mimpi NgeriDharmalingam a/l VyapuryDewan Pelajar1 September 1982
MimpiFaridah IsmailDewan Pelajar1 January 1978
12345678910...

Kembali ke atas