Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mo.go/] | موݢوق

Definisi : 1. tidak bergerak (berjalan dll), ber­henti: motokarnya ~ di tengah jalan raya; 2. tidak mahu bekerja: kalau tidak dipenuhi tuntutan kita ini, kita ~; ~ duduk mogok dgn tidak meninggalkan tempat kerja; ~ kilat mogok yg dilancarkan secara tiba-tiba tanpa memberikan apa-apa amaran sebelumnya; ~ lapar = ~ makan Id mogok dgn tidak mahu makan (sbg bantahan dll); ~ liar mogok yg dianjurkan oleh se­kumpulan ahli kesatuan sekerja, biasanya tanpa kelulusan rasmi pemimpin kesatuan sekerja, dan kadang-kadang tidak mengikut atur cara yg biasa; pemogokan perihal mogok: ~ buruh kereta api; pemogok orang yg mogok. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mo.go/] | موݢوق

Definisi : 1 tidak mahu bekerja: Pekerja-pekerja syarikat perikanan itu telah ~. 2 tidak berjalan; berhenti; rosak: Keretanya ~ di tengah jalan. pemogokan perbuatan atau hal mogok. pemogok orang yg mogok. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mogok (kata kerja)
Bersinonim dengan berpiket, memulaukan, membantah, memprotes, menentang, menunjuk perasaan, memberontak, merusuh;,
Kata Terbitan : pemogokan, pemogok,


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Mogok Degupan BerpinarSiti Hajar Mohd. ZakiDewan Sastera1 November 2003
'Mogok seni' A. Samad Said: apa kata Usman Awang?Noritah SulaimanMastika1 January 1990
Berakhirnya mogok seni A. Samad SaidTiadaDewan Sastera1 September 1990
Kontroversi 'mogok seni' ada 'politik' dalam sastera?TiadaMastika1 January 1990
Dan berakhirlah mogok seni A. Samad Said..Johan JaaffarDewan Sastera1 August 1990
Rahimi N. S: mogok menulis kerana bosanA. Latiff YusoffMastika1 April 1991
Samad Said akhiri mogok untuk mencari yang jernihTiadaMastika1 September 1990
Samad Said hurai sebab sebenar 'mogok seni': saya rasa terhinaWahbaMastika1 January 1990

Kembali ke atas