Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.ya] | ڤايا

Definisi : 1. kawasan tanah bencah (digenang air) yg ditumbuhi berbagai-bagai jenis tumbuhan, rawa: tukang canang berbelok ke kanan menuju tanah lembah yg penuh dgn ~ dan rawa; ~ bakau kawasan paya yg ditumbuhi pokok bakau, hutan bakau; ~ kumbuh kawa­san paya yg ditumbuhi sj rumpai (yg daunnya boleh dianyam); 2. Ph kawasan tanah bencah yg ditanami padi, bendang, sawah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.ya] | ڤايا

Definisi : 1 kawasan tanah bencah yg digenangi air dan ditumbuhi pelbagai tumbuh-tumbuhan; rawa. 2 kawasan tanah bencah yg ditanami padi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
paya (kata nama)
Bersinonim dengan rawa, rawang, redang, bencah, lopak, kubang.,

Puisi
 

Jika puan pergi ke paya,
     Jangan ke paya dengan Cik Siti;
Jika tuan kurang percaya,
     Saya rasa berkecil hati.


Lihat selanjutnya...(95)
Peribahasa

Menggali paya menimbun bukit.

Bermaksud :

Membantu orang kaya dengan jalan menganiaya orang-orang miskin. (Peribahasa lain yang sama makna: Menimbun tanah yang tinggi, menggali tanah yang lekuk).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Paya PurnamaS.M. ZakirDewan Siswa1 March 2009
Ke Paya Sang BuayaKen RubeliDewan Pelajar1 March 1981
Kampung Paya KamiSiti Zainon IsmailDewan Sastera1 May 1995
Potret Paya Terubong (Pasak Bumi"ii")Badaruddin M. ZDewan Sastera1 August 1995
Hidangan dari paya dan hutanSalwani OthmanDewan Siswa1 December 1987
Perjudian: latar belakangnya mengenai petani Paya Kedondong dengan'esprit de corpsnya'Ayob YaminDewan Sastra15 December 1973
Menghimbau sesuatu yang Menghilang [Ulasan buku Kasih Bonda: Kampung Paya Kami karya Siti Zainon Ismail]H. AdryDewan Sastera1 October 2008

Kembali ke atas