Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ra.nap] | رانڤ

Definisi : I 1. berada dlm keadaan (hampir) rata dgn tanah (kerana roboh, tumbang, dll): rumah Pak Dollah ~ ditimpa pohon kelapa yg tumbang; 2. ki rosak binasa, jahanam, musnah: motokarnya habis ~ ditimpa pohon kayu; apabila cinta sudah tidak ada lagi, maka kebahagiaan hidup berumah tangga turut ~; ~ petulang, ijuk penebal prb pen­carian tambahan selain gaji (tetap); meranapkan menjadikan ranap, meratakan sehingga sama dgn tanah (memukul kayu ke dlm tanah sehingga sama dgn permukaan tanah dll), memusnahkan: angin sekencang itu boleh ~ rumah papan beratap nipah di kampung-kampung di Malaysia; keranapan perihal ranap, keadaan ranap, keruntuhan, kebinasaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.nap] | رانڤ

Definisi : Mn sunyi (senyap). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.nap] | رانڤ

Definisi : (hampir) sama rata dgn paras tanah kerana roboh atau runtuh: Pohon-pohon padi di sawah habis ~ ditiup angin. meranap menjadi ranap: Akibat gempa bumi, beberapa buah rumah ~. meranapkan meratakan sehingga sama dgn paras tanah; menjadikan ranap: Gempa bumi telah ~ rumah-rumah di kawasan yg terlibat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ranap (adjektif)
Bersinonim dengan roboh, tumbang, runtuh, jahanam, binasa, musnah, rosak, punah, ranah, hancur, berkecai, meledos;,
Kata Terbitan : meranapkan, keranapan,

Puisi
 

Kalau ke sini tumbang keranji,
     Habislah ranap pokok pinang;
Kalau begini rupanya janji,
     Bilalah cakap boleh dipegang.


Lihat selanjutnya...(2)

Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
WTC ranap angkara siapa?Suria JanibDewan Masyarakat1 September 2006
Yang Rebah dan Yang RanapSiti Zaleha M. HashimDewan Sastera1 November 2001

Kembali ke atas