Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. rupa; 2. nampaknya, (kalau) mengamat-amati keadaannya (bentuknya, kelakuannya, dll): ~ kita akan berhari raya pd hari Sabtu; ~ Marsdenlah orang yg mula-mula sekali menggunakan perkataan “utas” dlm kamusnya; 3. agaknya, kiranya, barang­kali, gerangan, konon: siapa pula ~ yg suka mencoret-coret dinding ini? 4. kiranya, alih-alih, sebenarnya, sebetulnya: kusangka ia sedang membaca dlm bilik, ~ tidur; spt dicanai ~ prb perihal keelokan sesuatu benda; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 kelihatannya; tampaknya: Bagaimana ~ perempuan itu? 2 pd zahirnya; nampaknya: ~ kita akan berhari raya pd hari Sabtu. 3 sebenarnya; sebetulnya: Kusangka dia ada di rumah, ~ dia sudah keluar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rupa (kata nama)
1. Bersinonim dengan paras: muka, wajah, roman, raut, tampang muka, air muka,

2. Bersinonim dengan bangun: bentuk, tokoh,

3. Bersinonim dengan jenis: macam, bangsa, bagai,

Kata Terbitan : rupanya, rupa-rupanya, serupa, menyerupai, menyerupakan, keserupaan, berupa, berupa-rupa, merupakan, terupa, rupawan, kerupawanan,

Puisi
 

Nak bah rupanya hari,
     Anak dara di muka pintu;
Sangat berubah rupanya diri,
     Telah sekala tidak begitu.


Lihat selanjutnya...(28)
Peribahasa

Hitam-hitam gajah,
     putih-putih udang kepai.

Bermaksud :

Yang hina tetap hina walaupun elok rupanya, yang mulia itu tetap mulia walaupun hodoh rupanya. udang kepai = udang kecil untuk dibuat belacan.

 

Lihat selanjutnya...(13)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Rupa-rupanya Susah Berlakon BangsawanSiti Jasmina IbrahimTunas Cipta1 May 2004
Mutiaraku Rupanya KacaSiti Subahiah Md. NohDewan Siswa1 April 1979
Rupa-rupanya Tak LamaGhazali al JadidiAl Islam1 March 1987
Baju kotro,rupanya comotLatifah OthmanPelita Bahasa1 April 1992
Ke Pulau Matlamat Juga Rupanya AkuMohamad Arshad A. BakarMastika1 September 1980
Melayu dan Islam tak sama rupanya - Aisyah Standley setelah 20 tahun memeluk IslamMaizura Mohd EderisMilenia Muslim1 February 2006
Seorang Mantan Doktor Seorang Mantan PTD Bersahabat Rupa-rupanya tak RasiMalim Ghozali PKDewan Sastera1 February 2007

Kembali ke atas