Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ka.wan] | برکاون

Definisi : 1. = berkawan-kawan, berka­wanan berkelompok-kelompok atau ber­kumpulan-kumpulan (bkn binatang atau manusia), beramai-ramai, bergerombolan: dia terpandang-pandang ikan kecil dan besar berkawan-kawan; orang telah ramai datang berpasang-pasang, berkawan-kawan; burung pipit yg berterbangan berkawanan dr dahan ke dahan; 2. bergaul dan berbaik-baik dlm hubungan sehari-hari, menjadikan (menganggap atau melayani sbg) kawan, bersahabat, berteman: tidak pernah ia menolak orang-orang yg mahu ~ dengannya; tak usah ~dgn dia; 3. mempunyai pasangan hidup (suami atau isteri), sudah berkawan (bersuami atau beristeri); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ka.wan] | برکاون

Definisi : 1 = berkawan-kawan berkelompok-kelompok; beramai-ramai: Gajah biasanya hidup ~ di dlm hutan. 2 bersahabat; berteman: Dia jahat, tak usah ~ dgn dia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kawan (kata nama)
1. Bersinonim dengan sahabat: rakan, teman, kenalan, handai, taulan, konco, pengikut, sekutu, penyokong, kumpulan, pasangan, kelompok, geng, komrad,
Berantonim dengan musuh

2. Bersinonim dengan aku: saya, kami, beta, hamba, kita, teman,

3. Bersinonim dengan pasangan: suami, isteri, teman hidup,

4. Dalam konteks makanan
bersinonim dengan judu, jodoh,

Kata Terbitan : berkawan, kawanan, mengawani, memperkawankan,

Puisi
 

Berkawan melayang ke kuala,
     Hinggap mari di dahan duku;
Manakala dikenang hatiku gila,
     Cintakan puteri belahan jiwaku.


Lihat selanjutnya...(16)
Peribahasa

Bagai bersahabat dengan ular bisa.

Bermaksud :

Berkawan dengan orang yang jahat.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Glosari Dialek Kelantan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
kacoh[k:A.tSoh]kata kerjaberkawan antara satu sama lain, bercampur.Mung masok maktak tu, kacohla getek denge ore luwa, jange dok saeng denge ore Kelate jah.[muN mA.so/ mA/.tA/ tu k:A.tSoh.lA gE.tE/ d«.NE .ÄE lu.wA dZA.NE do/ s:AeN d«.NE .ÄE k«.lA.tE dZAh]Kamu belajar di maktab tu, bercampurlah juga dengan orang berkawan dengan orang Kelantan saja.
kaca[kA.tSA]kata adjektifjahat, khianat.Jange dok maeng denge diyo, diyo tu kaca.[dZA.NE do/ m:A.eN d«.NE di.j di.j tu kA.tSA]Jangan berkawan dengan dia, dia tu jahat.
hamla[hAm.lA]kata namapenipu, pembohong.Ore tok saeng denge diyo, pasa diyo hamla.[.ÄE t/ s:AeN d«.NE di.j pA.sA di.j hAm.lA]Orang tak berkawan dengan dia sebab dia penipu.
juma[dZ:u.mA]kata kerjamencuba untuk melakukan sesuatu (yang diketahui keburukannya), cuba-cuba.Jange juma saeng denge budok jahak tu.[dZA.NE dZ:u.mA s:AeN d«.NE bu.d/ dZA.hA/ tu]Jangan cuba-cuba berkawan dengan budak jahat tu.
narak ko[n:A.ÄA/ k] takkanlah (kerana sebab tertentu yang sebelumnya).Kito ke saeng lamo doh, narak ko kih tu pong mung nok maroh.[ki.t kE s:AeN lA.m dh n:A.ÄA/ k kih tu poN muN n/ mA.čh]Kitakan dah lama berkawan, takkanlah kerana perkara tu pun kamu dah nak marah.

Kembali ke atas