tepong | [t«.poN] | kata nama | kuih (pelbagai jenis). | Gi beli tepong keda Mek Ye duwo amah. | [gi b«.li t«.poN k:«.dA mE/ jE du.w A.mAh] | Pergi beli kuih di kedai Mek Yam seringgit. |
sema | [sE.mA] | kata nama | sejenis kuih yang dibuat daripada gula dan tepung gandum. | | | |
poli | [p.li] | kata nama | sejenis kuih yang diperbuat daripada ubi kayu yang diparut dan dikukus, kemudian disalut dengan kelapa parut dan dimakan bersama air gula melaka. | | | |
nekbak | [nE/.bA/] | kata nama | sejenis kuih berbentuk bulat leper berwarna kuning dibuat daripada tepung gandum dan kuning telur itik. Cara memakannya ialah dengan memasukkan nekbat ke dalam air gula yang mendidih sehingga menjadi kembang. | | | |
ladu | [lA.du] | kata nama | sejenis kuih yang dibuat daripada tepung beras, lada hitam dan gula. | | | |
jalo mah | [dZA.l mAh] | | sejenis kuih yang dibuat daripada telur kuning dan gula. | | | |
gine | [gi.nE] | kata nama | sejenis kuih yang dibuat daripada pulut dan digoreng, inang-inang. | | | |
getah | [g:«.tAh] | kata nama | sejenis kuih yang diperbuat daripada ubi, santan dan gula. | | | |
akok | [A.k/] | kata nama | sejenis kuih bakar yang dibuat daripada telur, tepung gandum, gula dan dibakar di dalam acuan. | | | |
lopak tike | [l.pA/ ti.kE] | | sejenis kuih daripada tepung beras, pulut yang dimasak dan dimakan bersama-sama kuah santan dan gula melaka. | | | |