Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ning] | ڤنيڠ

Definisi : 1. sakit kepala, pusing kepala; ~ kepala berasa sakit dan seakan-akan berpusing­-pusing; ~-~ lalat = ~-~ pikat berasa pening­-pening sedikit; 2. ki habis akal (fikiran dll), bingung, runsing; memeningkan = ~ kepala 1. memusingkan (menyakitkan) kepala; 2. ki menyebabkan tidak tahu apa yg hendak dibuat, membi­ngungkan, merunsingkan: Sharifah makin sehari makin liar terhadapnya, makin pendiam dan makin ~ kepalanya; kepeningan kesakitan kerana pening, rasa pening: ubat ini juga berkesan melegakan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ning] | ڤنيڠ

Definisi : (péning) IB bulatan drpd timah dll yg bercap sbg tanda sudah membayar lesen anjing dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ning] | ڤنيڠ

Definisi : 1 berasa sakit kepala; pusing kepala: ~ lalat berasa pening sedikit. 2 tidak dpt berfikir panjang lagi; suntuk fikiran; bingung. memeningkan 1 menyebabkan kepala berasa sakit; memusingkan kepala. 2 menyebabkan tidak tahu akan apa yg hendak dibuat; membingungkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pening (adjektif)
1. Bersinonim dengan sakit kepala: pusing kepala, berat kepala, lengar, tergayang, mumet, puyeng, pitam,

2. Bersinonim dengan bingung: keliru, runsing, celaru, serabut, buntu, habis akal, habis fikiran,

Kata Terbitan : memeningkan,

Puisi
 

Burung belatuk kepalanya kuning,
     Hendak merapat di kaki dulang;
Mata mengantuk kepalanya pening,
     Hendak melepas si hajat orang.


Lihat selanjutnya...(5)

Glosari Dialek Kelantan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
lakyoh[lA/.joh]kata adjektifterhuyung-hayang.Mung pening lagi nih, jale pong lakyoh.[muN p«.niN lA.gi nih dZ:A.lE poN lA/.joh]Kau masih lagi pening ni, berjalan pun terhuyung-hayang.

Kembali ke atas