Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.li.ti] | تليتي

Definisi : 1. cermat (melakukan sesuatu), hemat, saksama: kumpulan buku yg ada, hendaklah diselidiki dgn ~; 2. dgn sungguh-sungguh, hati-hati, waspada: gadis yg manis itu turut me­mer­hati dgn amat ~ benar; meneliti 1. memeriksa (mengkaji, menye­lidik) dgn cermat: mereka ~ pendidikan dan pengalaman kerja yg sudah kulalui; 2. me­mer­hati dgn sungguh-sungguh, memandang tepat-tepat; ketelitian perihal teliti, kecermatan, kesak­samaan: dia sedar tentang ~nya menjalan­kan tugas sbg seorang ketua parti; penelitian perihal (kerja dsb) meneliti, peng-kajian, penyelidikan, pemeriksaan; peneliti orang yg meneliti, penyelidik, peng­kaji, pemeriksa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.li.ti] | تليتي

Definisi : 1 cermat dan hati-hati (melakukan sesuatu): Dia membaca soalan-soalan itu dgn ~ sebelum menjawabnya. 2 sungguh-sungguh (ketika melakukan sesuatu); cermat; hati-hati: Direnungnya muka anaknya dgn ~. meneliti 1 memeriksa atau mengkaji sesuatu dgn teliti. 2 memperhatikan dgn sungguh-sungguh; memandang dgn tepat. ketelitian keadaan atau hal teliti; kecermatan. penelitian perbuatan atau hal meneliti. peneliti orang yg meneliti. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Peribahasa

Sarap sehelai dituilkan,
     batu sebuah digulingkan.

Bermaksud :

Menyelidiki dan memeriksa sesuatu dengan teliti. tuil = buang.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Glosari Dialek Kelantan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
be dengabE) d«.NA] mendengar dengan teliti dan berhati-hati (secara rahsia).Acu be denga ore dok kecek bowoh rumoh.[A.tSu bE) d«.NA .ÄE d/ k:E.tSE/ b:.wh Äu.mh]Cuba dengar dengan teliti orang bercakap di bawah rumah.
tebolah[t«.b.lA)h]kata adjektifberkenaan sikap seseorang yang sentiasa tidak teliti apabila melakukan sesuatu.Budok ni wak krijo gak, tebolah sokmo.[bu.d/ ni wA/ kÄi.dZ gA/ t«.b.lA)h s/.m]Budak ni kalau buat kerja, selalu tidak teliti.
juruh II[dZ:u.Äuh]kata kerjamelakukan sesuatu dengan teliti.Aku buwak juruh bena doh ni, kalu tok jadi lagi, tok tahu lah.[A.ku bu.wA/ dZ:u.Äuh b«.nA dh ni kA.lu t/ dZ:A.di lA.gi t/ tA.hu lAh]Saya dah buat dengan teliti, kalau tak jadi juga, tak tahulah.
cakduh[tSA/.duh]kata adjektifberkenaan perangai seseorang yang cuai semasa melakukan sebarang pekerjaan, tidak berhati-hati, tidak teliti, tidak bertanggungjawab.Kalu kito wak krijo cakduh, ore tok cayo doh ko kito.[kA.lu ki.t wA/ kÄi.dZ tSA/.duh .ÄE t/ tS:A.j dh k Kalau kita buat kerja tak berhati-hati, orang tak percaya lagi kepada kita.
age[A.gE]kata kerjamembuat persediaan sebelum melakukan sesuatu.Kawe age juruh bena ni, sebak kito nok tandeng wa:]Saya membuat persediaan dengan teliti ni, sebab kita nak masuk pertandingan wau.

Kembali ke atas