Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[u.mur]/[Öu.mur] | عمور

Definisi : 1. jangka masa hidup atau hayat seseorang (sesuatu) mulai dilahirkan (diada-kan dsb), jangka waktu sejak dilahirkan (diadakan dsb), usia: ~ budak ini baharu enam tahun; cukup (sampai) ~ sudah dewasa; di bawah ~ belum dewasa; dimakan ~ sudah tua; dlm ~ tuanya pd ketika dia telah tua; lanjut (lewat) ~ sudah tua; panjang ~ lama hidupnya; pendek (singkat) ~ tidak lama hidupnya (mati semasih muda); 2. ki hidup, hayat, nyawa: kalau ada ~, kita akan bertemu lagi; ~ setahun jagung (darah setampuk pinang) prb seseorang yg masih muda, kurang berakal dan belum berpendapat; seumur 1. sama umurnya (dgn), sama tua, sebaya: budak itu ~ dgn adik saya; 2. sama lamanya, sama lama adanya, selama; ~ hidup selama hidup; ~ jagung a) setahun jagung, (jangka masa) tiga atau empat bulan; b) tidak lama, sekejap sahaja; berumur 1. mempunyai umur, berusia: tiap-tiap ahli Dewan Negara mestilah ~ tidak kurang drpd tiga puluh tahun; puisi Melayu moden telah ~ lima dekad; 2. sudah agak tua (lanjut) umurnya, tidak dapat dianggap muda lagi; penuntut-penuntut itu termasuk orang-orang muda dan juga yg sudah ~, dan drpd berbagai-bagai lapangan hidup. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.mur]/[Öu.mur] | عمور

Definisi : 1 lama masa sejak dilahirkan (diadakan dsb); usia: ~ anaknya sudah empat tahun. panjang ~ lama hidupnya; pendek ~ tidak lama hidupnya. 2 nyawa, hayat: Ada ~ ada rezeki. berumur 1 mempunyai umur; umurnya; usianya. 2 sudah agak tua atau sudah dewasa. seumur sama umurnya; sebaya: ~ hidup selama hidup. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
umur (kata nama)
1. Bersinonim dengan jangka masa hayat: usia, baya,

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan hidup, hayat, nyawa, jiwa, roh,

Kata Terbitan : berumur,

Puisi
 

Bunga melur berjinjang-jinjang,
     Bunga mawar dalam raga;
Minta doa umur panjang,
     Lambat laun bertemu juga.


Lihat selanjutnya...(26)
Peribahasa

Ada umur ada rezeki.

Bermaksud :

Asal masih hidup, tentu akan beroleh rezeki. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Ada hari, ada nasi, b. Ada nyawa ada rezeki).

 

Lihat selanjutnya...(11)


MOD

VirtPathDisplayNameSynopsisWebURL
https://www.mod.gov.my:443/index.php/maklumat/plkn-3-0PLKN 3.0Agensi Kerajaan. 3. Siapa yang layak menyertai PLKN 3.0? Peserta yang layak menyertai PLKN 3.0 adalah seperti berikut: • Semua remaja warganegara atau pemastautin tetap di Malaysia. • Telah mencapai umur tidak kurang daripada 16 tahun dan tidak melebihi 35 tahun (bergantung kepada kategori program sama ada Pra PLKN, Latihan Asas atau Khidmat Negara). • Berada dalam keadaan sihat dari segi fizikal sekolah yang memerlukan latihan kemahiran tambahan. 9. Jelaskan lebih lanjut mengenai Kerahan Bersyarat? Berikut adalah penjelasan lebih lanjut mengenai kerahan bersyarat: Pemilihan Berdasarkan Kriteria i. Tidak semua individu dalam kumpulan umur tertentu akan dipanggil untuk menyertai PLKN 3.0. Pemilihan dilakukan secara rawak (sistem berkomputer) atau berdasarkan kriteria tertentu. ii. Pelatih akan dipilih daripada remaja Malaysia yang dilahirkan pada tahun remaja Highlighter.aspx?DocId=76&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cindekGMod&HitCount=4&hits=23a+4e1+612+caf+
https://www.mod.gov.my/index.php/en/others/qlink-pekeliling-perkhidmatanQLink - Pekeliling PerkhidmatanTurun Pindaan Skim Perkhidmatan Pembantu Wartawan/wartawan Muat Turun Pindaan Skim Perkhidmatan Penjaga Jentera Elektrik Muat Turun Pindaan Skim Perkhidmatan Penolong Pegawai Perpustakaan Muat Turun Pindaan Terma Dan Perubahan Had Umur Kenaikan Pangkat Secara Lantikan Muat Turun Skim Perkhidmatan Pembantu Kemahiran Muat Turun Skim Perkhidmatan Pembantu Operasi Dan Pembantu Awam Muat Turun Skim Perkhidmatan Pembantu Pentadbir Tanah/penolong Pentadbir Tanah Bagi Highlighter.aspx?DocId=166&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cindekGMod&HitCount=1&hits=209+
https://www.mod.gov.my/index.php/lain-lain/qlink-pekeliling-perkhidmatanQLink - Pekeliling PerkhidmatanTurun Pindaan Skim Perkhidmatan Pembantu Wartawan/wartawan Muat Turun Pindaan Skim Perkhidmatan Penjaga Jentera Elektrik Muat Turun Pindaan Skim Perkhidmatan Penolong Pegawai Perpustakaan Muat Turun Pindaan Terma Dan Perubahan Had Umur Kenaikan Pangkat Secara Lantikan Muat Turun Skim Perkhidmatan Pembantu Kemahiran Muat Turun Skim Perkhidmatan Pembantu Operasi Dan Pembantu Awam Muat Turun Skim Perkhidmatan Pembantu Pentadbir Tanah/penolong Pentadbir Tanah Bagi Highlighter.aspx?DocId=162&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cindekGMod&HitCount=1&hits=202+

Kembali ke atas