| sungkup | 1 = penyungkup benda spt tudung saji yg digunakan utk menutup sesuatu; tutup; tudung. 2 = sungkupan bahan-bahan organik (spt rumput kering) yg digunakan utk menutup permukaan tanah di sekeliling anak pokok dsb utk mengekalkan kelembapan tanah. menyungkup menutup atau menudung seluruhnya sekali: Dia telah ~ hidangan itu dgn tudung saji. menyungkupkan menjadikan sesuatu sbg sungkup; menutupkan sesuatu pd. tersungkup tertutup dgn sungkup; telah disungkup. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| dulang I | 1. sj talam drpd kayu (kadang-kadang berkaki): pd dicecah dgn kuku, biar terletak di atas ~; 2. talam; ~ alas talam utk pengalas makanan dll; ~ pelanda talam pelimbang emas (bijih dll); bagai ~ dgn tudung saji prb sesuatu yg berpadanan (spt suami isteri yg sama elok parasnya dll); lain ~ lain kaki, lain orang lain hati prb tiap-tiap orang berbeza kesukaannya; mengata ~ paku serpih, mengata orang awak (aku) yg lebih prb mencela orang tetapi diri sendiri lebih buruk drpd yg dicela; berdulang mempunyai (beralaskan) dulang, bertalam: hidangan itu dibawa ke dlm tanpa ~; berdulang-dulang beberapa banyak dulang (berserta lauk-pauk di dalamnya): sekawah nasi dan ~ lauk musnah dlm banjir kilat itu; mendulang melanda (melimbang) emas atau bijih dgn dulang: banyak orang yg didapati ~ bijih di anak-anak sungai dlm kawasan hutan simpan; pendulangan perbuatan mendulang, pelimbangan; pendulang 1. dulang utk melanda (melimbang); 2. orang yg kerjanya mendulang (emas, bijih, dsb). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| dayung | 1. sj alat yg berdaun pd hujung batangnya utk menggerakkan perahu (sampan dsb), pengayuh; anak ~ orang yg mengayuh (perahu); batang ~ tangkai dayung (bahagian dayung selain daunnya); daun ~ bahagian (papan) yg pipih pd hujung dayung; 2. ridip pd dada ikan; 3. Id pengayuh pd basikal (utk menggerakkannya); ~ batang dayung yg panjang batangnya; ~ burit dayung di bahagian belakang (perahu, sampan, dsb); ~ gebeng dayung yg daunnya sudah dipakukan pd hujung batangnya; ~ haluan dayung di bahagian hadapan (perahu, sampan, dsb); ~ kebas (kibas) dayung yg panjang dan lebar daunnya; ~-mayung berbagai-bagai jenis dayung; ~ merpati sekawan dayung yg daunnya berwarna putih; ~ peminggang dayung yg di bahagian pertengahan perahu (sampan dsb); ~ tudung belanga dayung yg bulat daunnya; sekali merengkuh ~, dua tiga pulau terlampau prb sekali membuat pekerjaan dua tiga maksud tercapai; berdayung 1. berperahu (berkapal, bersampan, dll) dgn menggunakan dayung, menggerakkan perahu dsb dgn menggunakan dayung, berkayuh: sesudah beberapa lama mati angin, kapal layar itu tidak bergerak dr tempatnya, sehingga anak buahnya terpaksa ~; 2. Id berkayuh basikal; mendayung 1. menggerakkan (perahu dsb) dgn menggunakan dayung, mengayuh (dgn dayung): sukan-sukan yg diadakan ialah lumba lari, ~ sampan, menembak, berenang, dll; 2. Id mengayuh basikal; mendayungkan 1. menggerakkan (perahu, sampan, dll) dgn dayung, mengayuhkan; 2. Id mengayuhkan basikal; pendayung 1. orang yg mendayung, anak dayung; 2. alat utk mendayung, pengayuh, dayung. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| kain | 1 barang yg ditenun drpd benang kapas, bulu kambing dsb secara umum: ~ bulu kambing kain kasar yg dibuat drpd buku kambing. 2 barang yg ditenun yg digunakan utk sesuatu tujuan. ~ baju pakaian (spt baju, seluar). ~ basahan a. kain yg selalu atau sering dipakai (sehari-hari). b. kain yg dipakai ketika mandi. ~ cadar kain utk menutup tilam. ~ cita kain kapas yg halus, berbunga-bunga dan berwarna. ~ kaca ist kain bersalut serbuk kaca yg digunakan utk melicinkan atau menggilap sesuatu. ~ kasa kain yg halus dan jarang tenunannya (biasanya digunakan utk membuat kelambu dsb). ~ lampin kain utk membedung anak kecil. ~ selimut kain utk menutup tubuh ketika tidur; gebar. ~ sutera kain yg halus yg dibuat drpd (benang) sutera. ~ tudung kain yg dipakai utk menutup kepala. berkain memakai kain. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| kain | 1. barang yg ditenun drpd benang kapas, bulu kambing dsb secara umum:~ bulu kambing kain kasar yg dibuat drpd buku kambing. 2. barang yg ditenun yg digunakan utk sesuatu tujuan, ~ baju pakaian (spt baju, seluar dll). ~ basahan a. kain yg selalu atau sering dipakai (sehari-hari). b. kain yg dipakai ketika mandi. ~ cadar kain utk menutup tilam. ~ cita kain kapas yg halus, berbunga-bunga dan berwarna. ~ kasa kain yg halus dan jarang tenunannya (biasanya digunakan utk membuat kelambu dsb). ~ lampin kain utk membedung anak kecil. ~ selimut kain utk menutup tubuh ketika tidur; gebar. ~ sutera kain yg halus yg dibuat drpd benang ulat sutera. ~ tudung kain yg dipakai utk menutup kepala. berkain memakai kain. | Kamus Pelajar |
| kain | 1. barang yg ditenun drpd benang kapas dll: ~ bulu kambing; ~ cita; ~ linen; ~ sutera; ~ kapur kain putih yg berkanji; 2. barang tenunan yg digunakan utk pakaian atau utk kegunaan lain; ~ baju pakaian (spt seluar, baju, dll); ~ basahan a) kain yg dipakai sehari-hari; b) kain yg dipakai pd masa mandi; ~ buruk kain (baju lama, tuala lama, dsb) yg digunakan utk mengelap; ~ cadar kain berbentuk segi empat bujur (utk melapik tilam dll); ~ dagang dalam kain samping yg dipakai di bawah baju kurung Teluk Belanga; ~ dagang luar kain samping yg dipakai di luar baju kurung Teluk Belanga; ~ kaca (Kej) kain bersalut serbuk kaca yg digunakan utk melicinkan atau menggilap sesuatu; ~ kembang payung kain yg dipotong serong dan kelihatan spt payung kembangnya (apabila dipakai); (mendapat) ~ kotor (cemar) datang haid; ~ lampin kain lembut (utk membalut bayi atau anak kecil); ~ lurik kain yg ditenun dgn tangan (bukan dgn mesin di kilang); ~ sarung kain yg dijahitkan (dicantumkan) hujung dan pangkalnya dan dipakai utk menutup tubuh dr pinggang ke bawah; ~ selimut kain utk menutup tubuh semasa tidur; ~ tudung kain utk menutup kepala; ~ basah kering di pinggang = ~ ditangkap maka duduk = ~ tak bertepi = ~ dibakar tiada berbau = spt ~ buruk dibakar berbau prb peri kemiskinan yg amat sangat; ~ dlm acar (di)kutip cuci, dia hendak masuk ke longkang juga prb orang yg bertabiat jahat itu tidak dapat diperbaiki lagi; ~ jadi basahan prb orang yg jatuh martabatnya atau orang kaya jatuh miskin; ~ lama dicampak buang, ~ baru pula dicari prb isteri lama diceraikan kerana telah jemu, kemudian berkahwin baru pula; ~ sehelai berganti-ganti prb perihal kemiskinan dua orang suami isteri; ~ sehelai peminggang habis prb kehabisan harta kerana kecurian dll; laksana ~ putih prb pekerti (orang yg lembut hati) yg dapat dipengaruhi orang; mengalih ~ ke balik rumah, me-ngalih kata berhadapan prb memutar perkataan (mungkir janji) mudah sahaja dilakukan; se~ sebaju, selauk senasi, sebantal sekalang ulu, setikar seketiduran prb tersangat erat atau rapat (bkn persahabatan); spt ~ dlm lipatan prb perihal perempuan yg pd zahirnya baik tetapi berbuat jahat dgn diam-diam; spt ~ khasah di atas duri prb perihal penyakit (perkara) yg amat susah diubati (diselesaikan); spt berselimut ~ sehasta prb tiada cukup (serba tanggung); sudah tahu di ~ beragi prb perihal orang susah yg mulai baik penghidupannya; tak tahu akan ~ lagi = telah meraba-raba tepi ~ prb perihal orang yg sakit payah; berkain memakai kain; ~ dua sudah cukup umur atau akil baligh (bkn anak perempuan); (bagai) ~ tiga hasta prb tiada cukup, serba tanggung; ~ tak cukup sebelit pinggang = tak ~ sehelai benang prb sangat miskin. | Kamus Dewan Edisi Keempat |