| ala kadar(nya) | menurut daya atau kemampuan (seseorang); menderma ~nya menderma menurut kemampuannya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| kadar I | 1. daya, kemampuan, keupayaan: dia sudah mulai memakai fahamku, iaitu menghadapi hidup dgn ~ yg terdaya; ala ~(nya) menurut daya atau kemampuan (seseorang); menderma ~nya menderma menurut kemampuannya; 2. perkiraan yg memberikan (menyatakan) sesuatu kuantiti dlm hubungannya dgn sesuatu unit tertentu sbg asas: ~ kelajuannya ialah 100 km sejam; bilangan penduduk yg bertambah pd ~ 2% setahun; ~ kelahiran (kematian) bilangan yg dilahirkan (mati) dlm jangka waktu tertentu (lazimnya satu tahun) berbanding dgn jumlah penduduk; 3. jumlah atau banyaknya bayaran (cukai dll) yg dikenakan dsb: ~ cukai pendapatan makin meningkat apabila pendapatan seseorang itu makin tinggi; kerajaan juga menaikkan ~ faedah pinjaman bank drpd 6% kpd 8% utk menarik simpanan asing; ~ faedah kadar yg ditetapkan terhadap sesuatu pinjaman atau deposit; ~ pertukaran asing nilai pertukaran sesuatu mata wang dgn mata wang yg lain; 4. perbandingan (berat, darjah, kuantiti, saiz), nisbah: sebatian kimia yg sama terdiri drpd unsur-unsur yg sama yg berpadu antara satu sama lain dlm ~ berat yg sama; kedua-dua oksida mengandungi unsur yg sama (magnesium dan oksigen) yg berpadu dlm ~ berat yg sama (3:2); 5. bahagian yg tulen (sejati) yg terkandung dlm sesuatu (spt emas, perak, dll): ~ emas dlm mata wang emas ini ialah 0.9; 6. harga, nilai, pangkat, taraf (darjat): semuanya dianugerahi baginda persalinan masing-masing pd ~nya; 7. lebih kurang, kira-kira: tahu juga patik barang ~nya; memohonkan berhutang ~ lima puluh rial; 8. hitung panjang, rata-rata: jika saya membeli daun teh 3 kati dgn harga 9 ringgit, saya membeli dgn ~ 3 ringgit satu kati; 9. = sekadar cuma, hanya (utk): akan Tun Ibrahim, hendak masuk takut, ~ berkeliling istana itu juga; sekadar 1. selaras dgn (keperluan dll), secara, sepadan, sesuai dgn: ~ yg diperlukan; 2. = sekadarkan cuma, hanya (utk): berjalan-jalan ini pun ~ menanti waktu maghrib; hanya ~ berolok-olok belaka; 3. seperlunya (seadanya, semampunya, dll): sajian ~nya; sekadar-kadaran seada-adanya, seadanya: permintaan ini hanya ~ sahaja; berkadar berimbang kadarnya atau nisbahnya (dgn sesuatu), menurut kadarnya atau nisbahnya (dgn sesuatu): darjah pemanjangan sesuatu benda kenyal adalah ~ dgn isi padunya; ~ songsang menurut kadar yg sebaliknya; ~ terus menurut kadar yg sebenarnya; kadaran (Tadb) cukai yg perlu dibayar oleh pemilik harta tanah kpd pihak berkuasa tempatan; perkadaran perihal berkadar, perimbangan mengikut kadar: jika ~ yg serupa dipindahkan pd setiap peringkat umur, pola yg lain masih tetap terhasil. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| berkadar | berimbang kadarnya atau nisbahnya (dgn sesuatu), menurut kadarnya atau nisbahnya (dgn sesuatu): darjah pemanjangan sesuatu benda kenyal adalah ~ dgn isi padunya; ~ songsang menurut kadar yg sebaliknya; ~ terus menurut kadar yg sebenarnya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| kadar | 1 kebolehan atau kekuatan utk membuat sesuatu; keupayaan; daya; kemampuan: Tiap-tiap pekerja telah berderma dgn ala ~nya. 2 perbandingan atau perimbangan (berat, darjah dll); nisbah: Kedua-dua bahan itu bersebati dlm ~ berat yg sama. 3 lebih kurang; kira-kira: ~ sesaat kemudian, muncullah tuan puteri itu. 4 bahagian yg tulen atau yg jati dlm sesuatu (spt emas, perak). 5 sukatan yg dibuat dgn berdasarkan pertalian antara dua nilai yg berlainan: Ia berjalan dgn ~ tiga batu sejam. ~ pertambahan kadar bertambahnya sesuatu nilai dsb berbanding dgn masa dan jumlah yg ada. berkadar berimbang dgn kadarnya; menurut atau mengikut kadarnya: Tekanan gas ~ songsang dgn isi padunya. sekadar 1 sesuai atau seimbang dgn; sepadan dgn: ~ yg diperlukan. 2 hanya; cuma: ~ menunggu perintah ketua utk menyerang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| kadar | 1. kebolehan atau kekuatan utk membuat sesuatu; keupayaan; daya; kemampuan: Tiap-tiap pekerja telah berderma dgn ala ~nya. 2. perbandingan atau perimbangan (berat, darjah dll); nisbah:Kedua-dua bahan itu bersebati dlm ~ berat yg sama. 3. lebih kurang; kira-kira: ~ sesaat kemudian, muncullah tuan puteri itu. 4. bahagian yg tulen atau yg jati dlm sesuatu (spt emas, perak dll). 5. sukatan yg dibuat dgn berdasarkan pertalian antara dua nilai yg berlainan:Ia berjalan dgn ~ tiga batu sejam. ~ pertambahan kadar bertambahnya sesuatu nilai dsb berbanding dgn masa dan jumlah yg ada. berkadar berimbang dgn kadarnya; menurut atau mengikut kadarnya:Tekanan gas ~ songsang dgn isi padunya. sekadar 1. sesuai atau seimbang dgn; sepadan dgn: ~ yg diperlukan. 2. hanya; cuma:~ menunggu perintah ketua utk menyerang. | Kamus Pelajar |
| faedah | /faédah/ 1 sesuatu yg mendatangkan kebaikan; guna: Buah kelapa banyak ~nya. 2 sejumlah wang yg diperoleh apabila menyimpan wang di sesebuah bank dll (utk jangka masa tertentu); bunga; laba; untung: Bank perdagangan memberikan kadar ~ yg tinggi utk wang simpanan para pelanggannya. 3 sejumlah wang yg perlu dibayarkan apabila meminjam wang dr bank dll: Kebanyakan bank mengenakan kadar ~ 10% utk wang yg dipinjamkannya. berfaedah mendatangkan faedah; memberikan kebaikan atau keuntungan; berguna: Tidak ~ lagi kita menunggu di sini kerana sudah sebegini lama, yg ditunggu tak kunjung tiba. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| takaran | banyaknya sesuatu bahan dlm sukatan; kadar: Baja yg ditabur itu mestilah tidak melebihi ~nya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| faedah | /faédah/ 1. sesuatu yg mendatangkan kebaikan; guna: Buah kelapa banyak ~nya. 2. sejumlah wang yg diperoleh apabila menyimpan wang di sesebuah bank dll (utk jangka masa tertentu); bunga; laba; untung:Bank perdagangan memberikan kadar ~ yg tinggi utk wang simpanan para pelanggannya. 3. sejumlah wang yg perlu dibayarkan apabila meminjam wang dr bank dll: Kebanyakan bank mengenakan kadar ~ 10% utk wang yg dipinjamkannya. berfaedah mendatangkan faedah; memberikan kebaikan atau keuntungan; berguna: Tidak ~ lagi kita menunggu di sini kerana sudah sebegini lama, yg ditunggu tak kunjung tiba. | Kamus Pelajar |
| takar II | banyaknya sesuatu bahan dlm sukatan; kadar: Baja yg ditaburkan itu mestilah tidak melebihi ~nya. | Kamus Pelajar |
| takar II | ; takaran banyaknya sesuatu bahan dlm sukatan; kadar: Baja yg ditabur itu mestilah tidak melebihi ~nya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |