Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
larut II1. menjadi cair (bkn gula dlm air dll), hancur: sebahagian besar drpd makanan yg dimakannya itu tidak ~ dlm air; 2. ki luput: akan hilang namanya dan nama keluarga­nya, semuanya ~ dlm nama suaminya; berlarut; ~ hati (fikiran) ki bersedih dgn amat sangat (perasaan hati yg hancur luluh); melarut menjadi hancur atau cair dlm air dll: garam ~ dlm air; melarutkan menghancurkan (spt gula dgn air dll), menjadikan cair: kadang-kadang benda-benda spt gula atau garam dapat dilarutkan dgn jalan memanaskannya; air yg ~ garam itu kemudiannya dipanaskan; terlarut telah atau dapat larut: nutrien yg ~ mengalir ke permukaan tanah dan dibawa ke tempat lain; kawasan ini mengandungi garam ~; keterlarutan perihal (keadaan atau sifat) boleh larut: ~ karbon monoksida di dlm air adalah sangat sedikit; larutan 1. benda yg sudah dicairkan, cairan; 2. (Kim) campuran sekata satu atau lebih bahan dlm pelarut: masukkan buli-buli jangka suhu itu ke dlm ~ garam yg sedang mendidih; ~ akueus larutan yg pelarutnya air; kelarutan perihal larut atau melarut: ~ sesuatu benda itu makin bertambah apabila suhunya ditinggikan lagi; pelarutan proses melarutkan; pelarut benda (biasanya cairan spt air dll) yg boleh melarutkan benda-benda yg lain.Kamus Dewan Edisi Keempat
mempertaruhkanmempertaruhkan 1. menyuruh orang lain menyimpan (menyelenggarakan, menjaga, dll), mengamanahkan (kpd), menitipkan: ia hendak ~ anak cucunya kpd aku; 2. menyerahkan (jabatan, pekerjaan, dll) kpd: sudah tiba masanya utk ~ jawatan itu kpd seorang yg lebih muda; 3. mencagarkan, meng-gadaikan: kerismu itu cukup utk diper­taruh-kan dgn rialku seratus ini; 4. memasang sbg taruhan (dlm perjudian): raja itu ~ negerinya dlm persabungan; 5. menyabung nyawa, mengorbankan (nyawa dll): dia sanggup ~ jiwanya utk menjaga nama baik keluarga-nya; 6. = menaruh menanam modal (dlm pasaran saham): dgn ~ RM2000 dlm stok, kamu boleh mendapat mendapat keuntungan yg banyak;Kamus Dewan Edisi Keempat
jiranorang yg tinggal berhampiran dgn rumah seseorang, tetangga: ~nya ialah keluarga Cina yg telah memeluk agama Islam; kawan se~ kawan-kawan yg rapat; berjiran tinggal berhampiran dgn rumah seseorang, bertetangga; negeri-negeri yg ~ negeri-negeri yg berhampiran (berdekatan); berjirankan 1. mempunyai seseorang sbg jiran: mereka ~ keluarga Melayu yg prihatin; 2. ki mempunyai sesuatu tempat (kawasan, daerah dsb) sbg kawasan yg berdekatan atau bersebelahan: sebuah kawasan perumahan yg ~ Putrajaya dan Cyberjaya; kejiranan yg berhubungan dgn jiran atau hidup sbg jiran: pertalian sejarah dan ~ adalah amat penting dan perlu diambil kira dlm sebarang usaha promosi dlm ASEAN; jalinan ~ antara keluarga di kawasan setinggan.Kamus Dewan Edisi Keempat
timpabertimpa-timpa = timpa-bertimpa 1. bertindih-tindih atau bersusun-susun banyak-banyak; 2. berturut-turut datangnya (berlakunya): penyakit pun ~lah datang; mendapat keuntungan dan kemujuran timpa-bertimpa; menimpa 1. menghempap, jatuh menindih (ke atas) sesuatu: bunyi derauan air hujan ~ atap rumah; 2. mengenai (biasanya bkn se-suatu yg menyebabkan kesusahan, penyakit, dll): mengikut kepercayaan mereka jika adat ini dilangkahi, bahaya dan bencana akan ~; tubuhnya ditimpa panas; 3. memukul (dgn senjata dll); 4. Jk mencuri, merompak; menimpai menimpa pd: titik-titik embun ~ daun; besarlah kerugian yg akan ~ mereka; menimpakan 1. menjatuhkan sesuatu supaya menindih (menghempap) sesuatu, menjadi-kan menimpa; 2. mempertang­gungkan (me-ngenakan, memikulkan) sesuatu yg tidak menyenangkan (hukuman, kesalahan, dll): begitu berat hukuman yg ditimpakan pada-nya; 3. Jk mengenakan (pukulan, tetakan): ia ~ parangnya pd bahu pencuri itu; tertimpa 1. ditimpa (oleh), tertanggung (ter-beban, terkena) sesuatu yg menyukarkan (spt penyakit, kemalangan, dll): setelah ia besar tanggungjawab mengurus hal-hal keluarga-nya ~ di atas dirinya; badannya menjadi kurus setelah ~ penyakit tersebut; 2. = ketimpaan Jk terpukul, dicuri, dirompak; timpaan 1. tindihan, himpitan (yg kuat): perkara yg aku tanggung ini lebih berat drpd ~ sebuah gunung; 2. beban atau tanggungan (yg menyukarkan); 3. Jk (barang) curian.Kamus Dewan Edisi Keempat
keluarga1 suami isteri serta anak-anaknya; seisi rumah tangga: Ia berasal dr ~ orang baik-baik. 2 = kaum ~ saudara-mara; kaum kerabat: Ia ingin bertemu dgn kaum ~nya di kampung. ~ sedarah keluarga yg seketurunan. 3 kelas atau golongan benda hidup: ~ reptilia. berkeluarga 1 mempunyai keluarga; berfamili: Wang sebanyak itu tidak cukup bagi orang-orang yg ~. 2 bersaudara-mara (dgn); bersanak saudara; berkerabat. kekeluargaan hal mengenai keluarga: masalah ~.Kamus Pelajar Edisi Kedua
perhubungan1. hubungan: seluruh hidup manusia terdiri drpd ~nya dgn keluarga, jiran dan tetangga; pegawai ~ pegawai per­antaraan (utk menyelaraskan tugas bahagian-bahagian yg berlainan dlm ketenteraan, pejabat, dll); 2. alat lalu lintas (jalan raya, kereta api, surat-menyurat, pos, telegram, telefon, penerbangan, pelayaran, dll): ~ udara antara Malaysia dgn Indonesia dipulihkan sebaik-baik sahaja Perjanjian Bangkok ditandatangani; Kementerian P~ kemen­teri­an yg mengurus soal lalu lintas dll; 3. perihal berhubung(an) antara satu dgn yg lain (bkn negara dll): ~ diplomatik antara India dgn China semakin genting; perkara-per­kara mengenai ~ dagang antara kedua-dua negara dibincangkan dgn sedalam-dalam­nya;Kamus Dewan Edisi Keempat
keluarga1. = kaum ~ saudara-mara, kaum kerabat, sanak saudara: ia sekarang telah berjauhan dr kaum ~nya; ~ diraja sanak saudara raja yg memerintah; ~ sedarah sekalian orang yg mempunyai perhubungan keturunan antara satu sama lain (sama nenek moyang mereka); ~ semenda sekalian orang yg bertalian (menjadi sanak saudara) kerana perkahwinan; 2. seisi rumah tangga (yg terdiri drpd suami dan isteri atau berserta anak-anak), kelamin, famili: ada beberapa ~ sahaja dlm kampung itu yg hidup mewah; ia berasal drpd ~ yg kaya; kepala ~ orang yg menjadi kepala (ketua) isi rumah tangga; 3. saudara; ~ angkat saudara angkat; 4. kelas hidup­hidupan, famili: ~ merpati; ~ reptilia; berkeluarga 1. mempunyai keluarga (famili, sanak saudara), bersaudara-mara, berkerabat, bersanak saudara: rumah itu tempat penginapan segala dagang yg gharib yg tiada ~; 2. berumah tangga dan hidup berkeluarga, berkelamin, beranak bini, berfamili: tak akan kau membujang selama-lamanya, suatu masa nanti akan ~ juga; kekeluargaan yg berkaitan dgn keluarga atau hubungan sbg anggota di dlm sesuatu keluarga (berasaskan perhubungan keturunan atau disebabkan perkahwinan): itu urusan dan masalah ~ semata-mata; hubungan ~ hu­bungan atau pertalian antara seorang dgn seorang yg lain sbg anggota sesuatu keluarga (famili, kaum kerabat, dsb); perkeluargaan persaudaraan, perhubungan (pertalian, yg bersangkutan dgn) keluarga.Kamus Dewan Edisi Keempat
keluarga1. suami isteri serta anak-anaknya; seisi rumah tangga:Ia berasal dr ~ orang baik-baik. 2.= kaum ~ saudara-mara; kaum kerabat:Ia ingin bertemu dgn kaum ~nya di kampung. ~sedarah keluarga yg seketurunan. 3. kelas atau golongan benda hidup: ~ reptilia berkeluarga 1. mempunyai keluarga; berfamili; Wang sebanyak itu tidak cukup bagi orang-orang yg ~. 2. bersaudara-mara (dgn); bersanak saudara; berkerabat. kekeluargaan hal mengenai keluarga:masalah ~.Kamus Pelajar
hubungan1 kaitan; pertalian: Pd masa ini, banyak hal dlm kehidupan kita yg ada ~nya dgn sains. 2 hasil berhubung: ~ antara kedua-dua negara itu masih baik. 3 ikatan atau pertalian (keluarga dsb): Saya mempunyai ~ keluarga dgn dia.Kamus Pelajar Edisi Kedua
taruh1. wang dll yg dipasang dlm perjudian, tagan: tidaklah berani orang Kemboja me-lawan ayam Raja Chulan sebab ayamnya sangat bertuah konon, lagipun ~nya terlalu besar; 2. cagaran utk barang yg digadai dll, sandaran, tanggungan: diberikannya gelang emasnya sbg ~; 3. bp = menaruh menem­patkan, meletakkan, membubuh: tempat ~ basikal; 4. bp = menaruh menyimpan: saya ada ~ satu bungkusan surat kepunyaan saudara saya; ~ beras dlm padi prb menyimpan rahsia baik-baik; ~ mata melihat, memerhatikan, meng-awasi; ada beras ~ dlm padi, ada ingat ~ dlm hati prb kalau ada sesuatu cita-cita yg diingin-kan tidak perlulah dikhabarkan kpd orang sebelum dikerjakan; tidak dapat ~ muka malu melihat (dilihat) orang;bertaruh 1. memasang taruh (dlm perjudian), bertagan: adakah orang hendak menyabung ~ begitu kecil? 2. memastikan (menjamin) dgn membubuh taruh: saya berani ~ mereka itu masih bersekolah; ~ sirih menghantar sirih utk menempah bidan; bertaruhan saling memasang taruh (dlm perjudian), saling bertagan: mereka secara berkelakar ~ seorang dua puluh lima ringgit; bertaruhkan 1. bertaruh (bertagan) dgn, me-masang taruh dgn: mereka ~ wang; 2. sl menyerahkan supaya dididik, menyuruh me-me­­lihara, mengamanahkan, menitipkan: maka Bendahara pun ~ anak raja itu kpd saudagar itu; menaruh 1. meletakkan, menempatkan: ada sebuah rumah batu tempat ~ barang dagangan; 2. membubuh, menambah: lemang itu lebih sedap rasanya jikalau ditaruh banyak santan kelapa; 3. memberi atau membubuh (nama dll): maka ditaruhnya nama anaknya itu Syeikh Abdul Kadir utk mengambil berkat nama bapanya; 4. menentukan atau meletak-kan (harga): harga yg ditaruhnya itu terlalu tinggi; 5. memasang taruh, bertaruh: dia ~ lima ringgit dgn kawannya dlm perlawanan tinju itu; 6. menyuruh simpan (bela, pelihara), meng­amanahkan, menitip: murid-murid boleh ~ basikal mereka di sini; 7. menyimpan (wang dll), menabung (wang), menanam (modal): mereka digalakkan supaya ~ wang di dlm bank tersebut; 8. memelihara (binatang dll), membela: adalah Raja Iskandar Shah itu ~ seorang gundik; 9. memiliki, mempunyai: anakanda hendak mencari orang yg ~ burung borak; 10. menyimpan (dlm hati), merahsiakan sesuatu: dia itu tidak boleh dipercayai kerana tidak pandai ~ rahsia; 11. mempunyai perasaan (kasih, sayang, cinta, dendam, benci, dll), mempunyai (minat, kepercayaan, dll): ada juga seorang dua yg masih ~ belas kasihan terhadap nasibnya ini; 12. tidak menggunakan (barang-barang), menyimpan: bagaimana datuk ini bagai pak si Bendul, diberi raja usungan ditaruh?~ bimbang berasa bimbang; ~ dendam ber-perasaan dendam; ~ fikiran mempertim­bangkan; ~ hati mencintai, suka kpd; ~ kasihan berasa kasihan; ~ keberatan berasa enggan; ~ mata melihat, memerhatikan; ~ perhatian memberi perhatian; ~ syak berasa syak (curiga, waswas);menaruhi 1. menaruh (meletakkan, me-n­yimpan, dll) di; 2. memasang taruh pd: dia ~ ayam putih itu;menaruhkan menaruh atau menyimpan utk orang lain;mempertaruhkan 1. menyuruh orang lain menyimpan (menyelenggarakan, menjaga, dll), mengamanahkan (kpd), menitipkan: ia hendak ~ anak cucunya kpd aku; 2. menye-rahkan (jabatan, pekerjaan, dll) kpd: sudah tiba masanya utk ~ jawatan itu kpd seorang yg lebih muda; 3. mencagarkan, meng-gadaikan: kerismu itu cukup utk diper­taruh-kan dgn rialku seratus ini; 4. memasang sbg taruhan (dlm perjudian): raja itu ~ negerinya dlm persabungan; 5. menyabung nyawa, mengorbankan (nyawa dll): dia sanggup ~ jiwanya utk menjaga nama baik keluarga-nya; 6. = menaruh menanam modal (dlm pasaran saham): dgn ~ RM2000 dlm stok, kamu boleh mendapat mendapat keuntungan yg banyak; taruhan 1. = pertaruh, petaruhan wang dll yg dipasang dlm perjudian, tagan: 50 sen sahaja ~ saya pd nombor 21; 2. sesuatu yg disuruh simpan (selenggara dll), titipan; 3. cagaran, gadaian: adat orang berhutang, tiada ~ ditangguh, tiada tangguhan cagaran, tiada cagaran ikutkan; 4. simpanan: wang ~; 5. (barang) yg hanya dipakai utk sesuatu upacara (spt pesta, majlis perkahwinan, dll): ayuhai Kembang, inilah kain ~ beta; 6. pengorbanan (nyawa dll), sabungan nyawa: termakan budi besar celakanya, kadang-kadang nyawa dan badan jadi ~nya; 7. (anak) yg dicintai (dikasihi): segala anak-anak dara ~ sekaliannya ber-terpaan hendak melihat Raja Zainal; anak ~; gadis ~ gadis pingitan; 8. hadiah yg ditawar-kan (kpd orang yg menangkap pengganas dll); pertaruhan 1. perihal bertaruh; 2. = pena-ruhan tempat menaruh, tabungan: bertahun-tahun kemudian, barulah wang itu keluar drpd ~, kadang-kadang utk belanja ke sekolah; 3. simpanan, titipan; berpenaruhan ark berada, berharta, kaya; pertaruh 1. sesuatu yg dipertaruhkan (cagaran, tanggungan, dll); 2. titipan: adapun ~ akulah anak kita Hussain kpd Bendahara; 3. nasihat (ajaran) yg baik; 4. amanat, pesanan, wasiat: segala ~nya itu dijalankan; petaruh orang yg bertaruh; berpetaruh 1. memberi petaruh, menasihat; 2. berpesan, berwasiat: dia ~ benar melarang orang menyentuh barang itu.Kamus Dewan Edisi Keempat
123456789

Kembali ke atas