Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : batu yg berharga yg diikat pd cincin dan perhiasan-perhiasan lain (intan, berlian, nilam, dll); ~ dibalas dgn senjata prb kebaikan dibalas dgn kejahatan; ~ lekat di pangkur prb tidak kena pd tempatnya (orang, perbuatan, dll); bagai menjaga ~ intan semasa dicanai prb kasih yg amat sangat (suami terhadap isteri dll); spt cincin dgn ~ prb a) bersetujuan dlm segala hal; b) berpadanan (sama-sama cantik dll); berpermata ada permatanya, diikat dgn (bertatahkan dsb) permata: rantai emas ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : batu berharga spt intan, berlian yg biasanya dijadikan perhiasan. berpermata ada permatanya: cincin ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
permata (kata nama)
1. Bersinonim dengan batu permata: manikam, jauhar,

2. Dalam konteks jenis
bersinonim dengan akik, berlian, delima, firus, intan, jed, mutiara, nilakandi, nilam, paret, ratna, topaz, turkois, zamrud.,


Puisi
 

Teluk Jong permata wangsa,
     Dulu tiga Teluk Belati;
Dipatuk tedung haram tak bisa,
     Dijeling janda rasa nak mati.


Lihat selanjutnya...(37)
Peribahasa

Permata dibalas dengan senjata.

Bermaksud :

Kebaikan dibalas dengan kejahatan.

 

Lihat selanjutnya...(12)

Lihat selanjutnya...(1)

Peribahasa Inggeris Melayu

RujukanPeribahasa InggerisMaknaPeribahasa MelayuContoh Bahasa InggerisContoh Bahasa MelayuSumber
53Don't bite the hand that feeds youJangan khianati atau bersikap tidak mengenang budi terhadap orang yang telah membantu kita.Permata dibalas dengan senjataWe gave then them jobs and fed their children. But when we failed to do the same this year, they threatened to harm us. We told them, don't bite the hand that feeds youKami memberi mereka pekerjaan dan makanan kepada anak mereka. Namun, apabila kami tidak dapat berbuat demikian pada tahun ini, mereka mengancam hendak mencederakan kami. Kami beritahu mereka, takkanlah permata dibalas dengan senjata .Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu

Kembali ke atas