Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sung.guh] | سوڠݢوه

Definisi : 1. tidak bohong, tidak lancung,benar, betul: ~ demikianlah yg sebenar­-benarnya kejadian; 2. = ~ hati = sungguh-sungguh tidak main-main, dgn segenap hati, dgn tekun: kelemahan inilah yg harus diketahui, yg harus dicari sungguh-sungguh jika ia mahu berjaya; 3. amat, sangat, terlalu: bising ~ bunyi kedua-duanya bertengkar; letih ~ rasa badan saya; 4. memang, sebenar­nya, sebetulnya: ~ ada bapamu mening­galkan engkau emas; sesungguhnya 1. bahawasanya, sebenarnya, sebetulnya: ~ dua hari yg lalu, laki-laki perem­puan banyak datang menemui dia; 2. memang (begitu), sememangnya: ~ hari telah rembang petang, matahari sudah condong benar ke barat; bersungguh-sungguh (berusaha, bekerja) dgn segenap hati, dgn penuh minat, tidak main-main: apakah pengakuannya itu satu penga­kuan yg dibuat ~ atau kerana paksaan? menyungguhi, menyungguh-nyungguhi, mempersungguhi Mn mengerjakan sesuatu dgn sungguh-sungguh (tidak main-main, dgn sedaya upaya): maka diangkat tiada ter­angkat, maka disungguhi, terangkat se­hingga lutut; menyungguhkan 1. mengakui, membe­narkan, mengesahkan: sekalian yg mende­ngar itu ~; 2. = mempersungguhkan mengusahakan benar-benar (dgn segenap hati): segala amalan mengutamakan peng­gunaan bahasa kebangsaan akan dima­jukan terus, bahkan mustahak dipersung­guhkan lagi; 3. = ~ diri menjaga diri supaya selamat (drpd musuh dll); kesungguhan perihal (sikap dsb) sungguh­-sungguh, kebulatan hati, minat serta kete­kunan (melakukan sesuatu), ketulusan: ia mendengarnya dgn penuh ~; satu persoalan yg dapat kita lihat amat relevan sekarang ialah ketegasan dan ~ kerajaan dlm usaha­nya melaksanakan penggunaan bahasa Melayu; penyungguhan perihal menyungguhkan (membenarkan, mengiakan), pembenaran, pengesahan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sung.guh] | سوڠݢوه

Definisi : 1 sesuai dgn keadaan sebenar­nya; benar; betul: Adakah ~ engkau hendak pergi ke Kuantan? 2 terlalu sekali; amat; sangat: Panas ~ hari ini. sungguh-sungguh tidak main-main; dgn segenap hati; dgn tekun: Belajarlah ~. sungguhpun di samping perkara itu…; juga; walaupun; meskipun: ~ begitu, telur penyu tetap menjadi barang perniagaan yg menguntungkan. bersungguh-sungguh bekerja atau berusaha dgn sepenuh hati: Pasukan Askar Melayu telah ~ mempertahankan Tanah Melayu drpd serangan Jepun. menyungguhkan 1 mengakui ke­benar­an sesuatu; membenarkan; meng­iakan: Kami semua mengangguk, ~ kata-katanya. 2 mengusahakan benar-benar supaya tercapai apa-apa yg dicita-cita­kan; berusaha sungguh-sungguh utk. kesungguhan 1 keadaan sungguh; kebenaran: ~ pengakuannya itu masih diragui. 2 perbuatan yg bersungguh-sungguh; ketekunan: Dgn berkat ~ hatinya, sampailah Marco Polo di Negeri China. sesungguhnya sebenarnya; se­betul­nya: ~ hanya Engkaulah tempat kami meminta pertolongan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sungguh
1. Bersinonim dengan benar
( betul, tepat, sah, sahih, jola, sengoti, tahkik, temen, )
(adjektif:)

2. Bersinonim dengan sangat
( amat, terlalu, nian, betul, )
(kata tugas:)

3. Bersinonim dengan memang
( sememangnya, sebenarnya, sebetulnya, )
(kata tugas:)

Kata Terbitan : sesungguhnya, bersungguh-sungguh, kesungguhan, penyungguhan,

Puisi
 

Ogah-ogah di dalam bandul,
     Batang kelapa dalam padinya;
Sungguh-sungguh tiada padul,
     Manakan lupa dalam hatinya.


Lihat selanjutnya...(188)
Peribahasa

Sungguh kawat yang dibentuk,
     ikan ditebat yang diadang.

Bermaksud :

Tipu muslihat yang tersembunyi untuk mencari keuntungan diri sendiri.

 

Lihat selanjutnya...(23)

489

Promises, like piecrust, are made to be broken

Jangan percaya atau berharap kepada janji kerana ia sering dimungkiri

Titian biasa lapuk, janji biasa mungkir

She promised not to mention the incident again, but promises, like piecrust, are made to be broken. I was shocked and humiliated when she retold the story in front of my fiancée.

Dia berjanji tidak akan menyebut lagi peristiwa itu, tetapi titian biasa lapuk, janji biasa mungkir. Aku sungguh terkejut dan naik malu apabila dia menceritakan semula kisah itu di hadapan tunangku.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(8)

Peribahasa Inggeris Melayu

RujukanPeribahasa InggerisMaknaPeribahasa MelayuContoh Bahasa InggerisContoh Bahasa MelayuSumber
539There's no smoke without fireKhabar angin yang didengar mengenai sesuatu perkara itu tentu sedikit sebanyak ada kebenarannya kerana jika tidak, masakan orang bercakapTak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kataThe government refuted the allegations made by the local newspaper that were would be a coup d’’etat by a new junta, but there’’s no smoke without fire, and the public remained concerned.Kerajaan menyangkal dakwaan akhbar tempatan bahawa junta baru akan membuat rampasan kuasa, tetapi tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata, dan orang ramai tetap resah.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
489Promises, like piecrust, are made to be brokenJangan percaya atau berharap kepada janji kerana ia sering dimungkiriTitian biasa lapuk, janji biasa mungkirShe promised not to mention the incident again, but promises, like piecrust, are made to be broken. I was shocked and humiliated when she retold the story in front of my fiancée.Dia berjanji tidak akan menyebut lagi peristiwa itu, tetapi titian biasa lapuk, janji biasa mungkir. Aku sungguh terkejut dan naik malu apabila dia menceritakan semula kisah itu di hadapan tunangku.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
488Promises are like piecrust: easy made and easy brokenJangan percaya atau berharap kepada janji kerana ia sering dimungkiriTitian biasa lapuk, janji biasa mungkirShe promised not to mention the incident again, but promises are like piecrust: easy made and easy broken. I was shocked and humiliated when she retold the story in front of my fiancée.Dia berjanji tidak akan menyebut lagi peristiwa itu, tetapi titian biasa lapuk, janji biasa mungkir. Aku sungguh terkejut dan naik malu apabila dia menceritakan semula kisah itu di hadapan tunangku.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
487Promises and piecrusts are made to be brokenJangan percaya atau berharap kepada janji kerana ia sering dimungkiriTitian biasa lapuk, janji biasa mungkirShe promised not to mention the incident again, but promises and piecrusts are made to be broken. I was shocked and humiliated when she retold the story in front of my fiancée.Dia berjanji tidak akan menyebut lagi peristiwa itu, tetapi titian biasa lapuk, janji biasa mungkir. Aku sungguh terkejut dan naik malu apabila dia menceritakan semula kisah itu di hadapan tunangku.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
486A promise is only made to be brokenJangan percaya atau berharap kepada janji kerana ia sering dimungkiriTitian biasa lapuk, janji biasa mungkirShe promised not to mention the incident again, but a promise is only made to be broken. I was shocked and humiliated when she retold the story in front of my fiancée.Dia berjanji tidak akan menyebut lagi peristiwa itu, tetapi titian biasa lapuk, janji biasa mungkir. Aku sungguh terkejut dan naik malu apabila dia menceritakan semula kisah itu di hadapan tunangku.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
480Practice makes perfectPerkara yang sukar akan menjadi mudah, dan akhirnya kita menjadi mahir jika kita berlatih selalu dan sering melakukannya.Alah bisa tegal biasa''Do not despair. I know that this sport is not easy, but if you train hard, surely you will become a better player. Remember practice makes perfect,'' the coach said to the young talent.''Jangan berputus asa. Saya tahu yang sukan itu bukan mudah tetapi kalau kamu berlatih bersungguh-sungguh, tentu kamu akan menjadi lebih handal. Ingat, alah bisa tegal biasa,'' kata si jurulatih kepada bakat muda itu.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
481Practice makes perfectPerkara yang sukar akan menjadi mudah, dan akhirnya kita menjadi mahir jika kita berlatih selalu dan sering melakukannya.Pasar jalan kerana diturut, lancar kaji kerana diulang''Do not despair. I know that this sport is not easy, but if you train hard, surely you will become a better player. Remember practice makes perfect,'' the coach said to the young talent.''Jangan berputus asa. Saya tahu yang sukan itu bukan mudah tetapi kalau kamu berlatih bersungguh-sungguh, tentu kamu akan menjadi lebih handal. Ingat, pasar jalan kerana diturut, lancar kaji kerana diulang,'' kata si jurulatih kepada bakat muda itu.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
479Custom makes all things easyPerkara yang sukar akan menjadi mudah, dan akhirnya kita menjadi mahir jika kita berlatih selalu dan sering melakukannya.Alah bisa tegal biasa''Do not despair. I know that this sport is not easy, but if you train hard, surely you will become a better player. Remember custom makes all things easy ,'' the coach said to the young talent.''Jangan berputus asa. Saya tahu yang sukan itu bukan mudah tetapi kalau kamu berlatih bersungguh-sungguh, tentu kamu akan menjadi lebih handal. Ingat, alah bisa tegal biasa,'' kata si jurulatih kepada bakat muda itu.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu

Kembali ke atas