| batu li’ee, *batu liid* Bd | sejenis batu dari sungai yang berwarna keputih-putihan. Permukaannya licin, saiznya kecil dan berbentuk bulat. | Abui menyeluk ke dalam beg kain tepung gandumnya. Dikeluarkannya sebiji batu li’ee yang putih licin dari dalam. Batu itu agak bulat sebesar biji guli. | Antologi Pilihan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| juki Bj Sm | orang yang menguruskan ayam sabung dalam pertandingan sabung ayam. | Ayam hitam-merah berlari hendak keluar dari gelanggang. Dengan cepat juki ayam hitam-merah mengangkat ayam itu dan membawanya ke arah baldi yang berisi air. Orang ramai yang penuh minat menyaksikan sabung ayam waktu itu kedengaran riuh, menceritakan ketangkasan ayam putih. | Dugaan Terakhir | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |