Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : I segala kegiatan yg memerlukan ketangkasan atau kemahiran serta tenaga (spt berenang, permainan bola sepak, tenis, lumba lari, dll) yg dilakukan sbg acara hiburan (acara pertandingan, kegiatan utk menyihatkan badan, dll); ~ lapangan aktiviti sukan yg dilakukan di lapangan, mis memancing, menembak dan memburu; ~ laut acara-acara sukan yg berlangsung (dipertandingkan) di laut (spt perlumbaan perahu dll); S~ Olimpik sukan sedunia yg diadakan empat tahun sekali; ahli ~ orang yg giat bermain dlm sukan; bersukan melakukan atau menyertai akti­viti sukan: Andy sering mengajaknya ~ di kawasan itu; kesukanan perihal sukan: semangat ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : sj tumbuhan (herba), Coleus amboi­nicus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : segala jenis latihan gerak badan dan permainan (spt bola sepak, be­renang) yg memerlukan tenaga dan ketangkasan: ~ Olimpik sukan seluruh dunia yg diadakan empat tahun sekali. ~ lapangan aktiviti sukan yg dilakukan di lapangan, mis memancing dan menembak. bersukan bergiat dlm sukan; melakukan atau menyertai akti­viti sukan: Dia sentiasa kelihatan sihat kerana sering ~. kesukanan hal-hal yg berkaitan dgn sukan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Peribahasa

480

Practice makes perfect

Perkara yang sukar akan menjadi mudah, dan akhirnya kita menjadi mahir jika kita berlatih selalu dan sering melakukannya.

Alah bisa tegal biasa

''Do not despair. I know that this sport is not easy, but if you train hard, surely you will become a better player. Remember practice makes perfect,'' the coach said to the young talent.

''Jangan berputus asa. Saya tahu yang sukan itu bukan mudah tetapi kalau kamu berlatih bersungguh-sungguh, tentu kamu akan menjadi lebih handal. Ingat, alah bisa tegal biasa,'' kata si jurulatih kepada bakat muda itu.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(15)

Kependekan

Kependekan RumiKependekan JawiEjaan RumiPadanan Jawi
MASUMماسومMajlis Sukan Universiti Malaysiaمجليس سوكن اونيۏرسيتي مليسيا
MSNعيم.ايس.عين.Majlis Sukan Negaraمجليس سوكن نڬارا
MAKSWIPمكسويڤMajlis Kebajikan dan Sukan Anggota-anggota Kerajaan Wilayah Persekutuanمجليس كباجيقن دان سوكن اڠڬوتا٢ كراجاءن ولايه ڤرسكوتوان
MAKSAKمكسکMajlis Kebajikan dan Sukan Anggota-anggota Kerajaanمجليس كباجيقن دان سوكن اڠڬوتا٢ كراجاءن
ISNاءي.ايس.عين.Institut Sukan Negaraاينستيتوت سوكن نڬارا
MSSMعيم.ايس.ايس.عيم.Majlis Sukan Sekolah Malaysiaمجليس سوكن سكوله مليسيا
MSATعيم.ايس.أي.تي.Majlis Sukan Angkatan Tenteraمجليس سوكن اڠكتن تنترا
KBSكي.بي.ايس.Kementerian Belia dan Sukanكمنترين بليا دان سوكن
ILKBSاءي.ايل.كي.بي.ايس.Institut Latihan Kemahiran Belia dan Sukanاينستيتوت لاتيهن كماهيرن بليا دان سوكن

Kembali ke atas