Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[peng.han.cur] | ڤڠهنچور

Definisi : 1. sesuatu yg digunakan utk menghancurkan sesuatu: gigi sbg alat ~ makanan; mesin ~ batu; 2. orang yg meng­hancurkan (merosakbinasakan, me­musnah­kan): dialah ~ kebahagiaan rumah tangga kami; merekalah petualang negara, ~ ke­amanan negara ini. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[peng.han.cur] | ڤڠهنچور

Definisi : orang yg menghancurkan; alat utk menghancurkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hancur (adjektif)
1. Bersinonim dengan pecah kecil-kecil: pecah halus-halus, lumat, pecah berderai, remuk, berkecai-kecai, berserpihan, relai,

2. Bersinonim dengan cair: larut, encer,

3. Bersinonim dengan rosak: musnah, binasa, roboh, runtuh, jahanam, lenyap,

4. Bersinonim dengan hancur hati: hancur luluh, remuk redam, putus asa, putus harap, kecewa,

Kata Terbitan : menghancurkan, hancuran, kehancuran, penghancuran, penghancur,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
crusherpenghancurKejuruteraanKejuruteraan KimiaUnit pengurang saiz ketulan pepejal yang digunakan pada peringkat awal untuk memecahkan tongkolan pepejal yang besar ke saiz 6 hingga 10 inci. Penghancur kedua digunakan untuk menghasilkan ketulan bersaiz � inci. Alat ini menghancurkan pepejal dengan menggunakan mampatan pada kadar yang perlahan. Penghancur jenis ini termasuk penghancur rerahang, penghancur berputar dan penghancur gelungan.
ultrafine crusherpenghancur ultrahalusKejuruteraanKejuruteraan KimiaPenghancur yang menghancurkan ketulan pepejal yang bersaiz kurang daripada � inci hingga ke saiz 1 � 50 mikron dengan menggunakan prinsip geseran.
agitated mill crusherpenghancur kisar teradukKejuruteraanKejuruteraan KimiaPenghancur untuk zarah ultrahalus yang keras, seperti silika atau titania. Alat ini terdiri daripada satu silinder 1 � 300 gelen yang dilengkapi dengan bebilah. Buburan pepejal tersebut disuap di bahagian atas silinder dan dihancurkan oleh bebilah yang berputar lebih kurang 20 putaran/saat. Serbuk halus dalam bentuk buburan di keluarkan daripada bahagian bawah silinder.
pebble millpengisar kelikirKejuruteraanKejuruteraan MekanikAlat penghancur bahan pepejal yang mempunyai kelompang berbentuk silinder atau kon yang berputar pada paksi mendatar. Elemen penghancur dan pengisar terdiri daripada bebola batu dan keluli atau tembikar. Alat ini biasanya digunakan untuk menghasilkan serbuk arang batu.
choked crushingpenghantaran tercekikKejuruteraanKejuruteraan KimiaKaedah penghancuran ketulan pepejal yang tidak cekap apabila ketulan pepejal yang sama beberapa kali melalui penghancur sebelum dikeluarkan sebagai produk kerana alat penghancur tidak dilengkapi dengan saluran pengeluaran produk.
free crushingpenghantaran percumaKejuruteraanKejuruteraan KimiaKaedah penghancuran yang direka bentuk dan dikendalikan supaya ketulan pepejal yang telah pecah boleh dikeluarkan secepat mungkin daripada alat penghancur. Saiz ketulan produk yang tidak menepati saiz tertentu akan disuap balik ke dalam penghancur. Kaedah ini merupakan kaedah penghancuran cekap dan dengan itu dikatakan proses penghancuran percuma.
crusherpenghancurGeologiTiadaTiada
communitorpenghancurKejuruteraanTiadaTiada
comminutorpenghancurKejuruteraanTiadaTiada
crusherpenghancurKejuruteraanTiadaMesin untuk memecahkan batuan dan bahan-bahan pukal yang lain.
123

Kembali ke atas