Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
putih (adjektif)
1. Dalam konteks warna
bersinonim dengan semerdanta, bulai, andan, kinantan, abiad, sabun, senantan, melepak, jelepak,
Berantonim dengan hitam

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan bersih, suci, kudus, murni, nirmala, tulen, ceria,
Berantonim dengan tercemar

Kata Terbitan : memutihkan, keputihan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
glissandoglissandoMuzikTiada

 Kaedah memainkan skel secara menaik dan menurun dengan lancar. Pada skor muzik, glissando biasanya ditulis dengan notasi yang kecil. Dari aspek teknik persembahan, glissando merujuk kepada keratan muzik bercorak skel yang dimainkan dengan cepat. Glissando boleh dimainkan pada papan nada, alat hap dan alat bertali. Bahagian ibu jari digelincirkan merentasi kekunci putih pada papan nada. Sementara alat muzik hap pula, jari digelongsorkan ke atas tali. Untuk alat muzik bertali glissando digesek secara lancar. Sinonim gliss.

arsenic poisoningkeracunan arsenikKimiaForensikKeracunan akibat pengingesan atau penyedutan unsur atau sebatian arsenic (As), iaitu unsur bukan logam yang merupakan pepejal berhablur. Bahan ini digunakan dalam racun semut, insektisid, racun rumpai, aloi, dan seramik. Dos maut bagi arsenik trioksida adalah lebih kurang 120 mg, bagi arsenik tak organik pula ialah 0.5 mg/m3 manakala bagi arsenik organik 0.1 g/kg - 0.5 g/kg. Keracunan kronik akibat pengingesan atau penyedutan arsenik mengakibatkan loya, pening, kulit berwarna dan bersisik, kulit tebal, kurang selera makan, dan garis putih pada kuku jari, keabnormalan kardiovaskular dan kesan ke atas saraf. Bagi keracunan akut akibat pengingesan arsenik, gejalanya ialah sakit usus dan perut yang teramat, cirit-birit, muntah, bengkak pada kaki dan tangan, kemungkinan kerosakan buah pinggang, jantung dan organ lain, serta kejutan.

Kembali ke atas