Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
rupa (kata nama)
1. Bersinonim dengan paras: muka, wajah, roman, raut, tampang muka, air muka,

2. Bersinonim dengan bangun: bentuk, tokoh,

3. Bersinonim dengan jenis: macam, bangsa, bagai,

Kata Terbitan : rupanya, rupa-rupanya, serupa, menyerupai, menyerupakan, keserupaan, berupa, berupa-rupa, merupakan, terupa, rupawan, kerupawanan,

Puisi
 

Singapura serupa-rupa,
     Anak Bugis jalan bertiga;
Hendak lupa tak boleh lupa,
     Hitam manis dikenang juga.


Lihat selanjutnya...(15)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
asphaltic pyrobitumenpirobitumen berasfaltGeologiTiadaBitumen, biasanya berwarna hitam dan tidak berstruktur. Dari segi komposisinya, bitumen ini serupa dengan asfaltit tetapi tidak terlakur dan tidak larut di dalam karbon disulfida, dan biasanya mengandungi kurang daripada 5 peratus oksigen.
flowmeter loggingrakaman meter alirHidrogeologiTiadaPengukuran, dengan menggunakan meter alir khas, halaju gerakan air yang berubah-ubah dalam sesuatu perigi disebabkan oleh masukkan dan keluaran air. Alat ini serupa dengan meter arus kecil dan mampu mengukur halaju yang rendah. Ruj.: Margat 1973
water-borne infectionjangkitan bawaan airMakanan dan PemakananTeknologi MakananJangkitan yang terjadi apabila organisma penyakit dibawa melalui air kepada perumah. Organisma jangkitan seperti Vibrio cholerae dan Escherichia coli menyerang tisu perumah dan membiak sehingga menyebabkan penyakit. Gejala am jangkitan ini serupa dengan gejala am intoksikasi makanan. Lihat juga intoksikasi makanan.
abdomenabdomenBiologiEntomologiBahagian posterior badan serangga yang terbahagi kepada beberapa segmen yang biasanya serupa. Bahagian ini biasanya tidak mempunyai apendaj bersendi, kecuali serkus dan genitalia.
signtandaPerubatanTiadaManifestasi sesuatu penyakit yang ketara kepada doktor yang memeriksa pesakit yang berkenaan. Manifestasi ini mungkin serupa atau berbeza dengan gejala yang dikemukakan oleh pesakit kepada doktor. Lihat juga gejala.
affinity chromatographykromatografi afinitiHerbaFitokimiaKaedah kromatografi yang berasaskan interaksi biokimia antara ligan yang terikat pada fasa pegun dengan zat terlarut dalam fasa gerak. Interaksi biokimia ini termasuklah antigen-antibodi, enzim-substrat dan drug-reseptor. Fungsi ligan dalam kaedah ini serupa dengan kumpulan berfungsi yang digunakan dalam kromatografi penukaran ion. Kaedah ini digunakan untuk memisahkan bahan yang mempunyai kecenderungan yang lebih kuat pada ligan berkenaan berbanding zat terlarut yang lain dalam satu larutan. Zat terlarut yang terperangkap pada ligan dilalukan dengan fasa gerak yang mengandungi ligan yang sama. Zat terlarut tulen kemudian dihasilkan melalui penguraian kompleks zat terlarut-ligan dengan cara menukar pH atau kekutuban fasa gerak. Contoh penggunaan kaedah ini ialah penulenan bahan lektin daripada ekstrak tumbuh-tumbuhan dengan menggunakan ligan gula.
thermal conductivitykeberaliran habaKejuruteraanKejuruteraan KimiaSifat fizikal pengaliran haba sesuatu bahan dan merupakan pemalar kadar hukum Fourier. Sifat ini adalah serupa dengan sifat kelikatan dalam pemindahan momentum yang menandakan magnitud rintangan bahan terhadap pengaliran haba.
Reiner-Philipoff modelmodel Reiner-PhilipoffKejuruteraanKejuruteraan KimiaModel tegasan ricih bagi bendalir bukan Newtonan yang dijelaskan sebagai dengan dux/dy = kadar tegasan m* = pemalar, m0 = pemalar, t0 = pemalar, tyx = tegasan ricih. Model ini mengandungi tiga parameter yang boleh diubahsuai untuk pengkorelasian data eksperimen. Model ini serupa dengan hukum kelikatan Newtonan pada kadar ricih yang rendah dan tinggi.
prestomumprastomumBiologiEntomologiStruktur tempat bertumpunya salur makanan atau pseudoktrakea di pangkal dua labela atau lobus mulut pada langau hijau, lalat rumah, atau serangga yang serupa. Struktur ini bukan mulut sebenar.
simian immunodeficiencysimian immunodeficiency virusAIDSTiadaRetrovirus yang merupakan ciri-ciri yang serupa dengan HIV. Virus ini menyebabkan penyakit yang menyerupai jangkitan HIV pada monyet.
12345678910...

Kembali ke atas