Definisi : bising, gempar, ramai (bunyi, suara, dll): suara di dapur orang sebelah masih ~; mulut ~ bp bercakap banyak (kuat), suka bercakap; ~-rendah sangat riuh, gegak, gempita, hiruk-pikuk; meriuhkan menjadikan riuh, membisingkan, menggemparkan: suara kanak-kanak menjerit lebih ~ lagi suasana; keriuhan perihal riuh, kebisingan, kegemparan: orang dapat merasakan kehadiran mereka hanya apabila mereka mengadakan parti-parti kerana ~nya mengganggu orang sebelah; tiba-tiba berlaku ~ dan orang ramai pun tergesa-gesa ke arah gereja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)