Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ka.dar] | سقدر

Definisi : 1. selaras dgn (keperluan dll), secara, sepadan, sesuai dgn: ~ yg diperlukan; 2. = sekadarkan cuma, hanya (utk): berjalan-jalan ini pun ~ menanti waktu maghrib; hanya ~ berolok-olok belaka; 3. seperlunya (seadanya, semampunya, dll): sajian ~nya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ka.dar] | سقدر

Definisi : cuma, hanya (utk): akan Tun Ibrahim, hendak masuk takut, ~ berkeliling istana itu juga; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ka.dar] | سقدر

Definisi : 1 sesuai atau seimbang dgn; sepadan dgn: ~ yg diperlukan. 2 hanya; cuma: ~ menunggu perintah ketua utk menyerang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kadar (kata nama)
1. Bersinonim dengan daya: kemampuan, keupayaan, kesanggupan, kebolehan,

2. Bersinonim dengan nilai: harga, taraf, pangkat, kualiti, status,

3. Bersinonim dengan kira-kira: rata-rata, lebih kurang, hitung panjang,

4. Bersinonim dengan nisbah: perbandingan berat, perbandingan darjah, perbandingan kuantiti, perbandingan saiz,

Kata Terbitan : sekadar,

Puisi
 

Dang ding dang cabai Melaka,
     Kulit kaki tumpang tenggiri;
Sakit hati berpandang mata,
     Sekadar menyakit hati sendiri.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Calak-calak ganti asah,
     menanti tukang belum datang.

Bermaksud :

Dipakai untuk sementara waktu saja, sementara belum ada yang lebih baik; sekadar untuk mencukupi keperluan saja. calak-calak = lampas.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
jeret[dZ«.Òet]kata kerjameminum sekadar membasahkan tekak, minum sedikit.Dia tu tengah leteh, bagi dia jerit ayaq sikit.[di.jA tu t«.NAh l«.teh bA.gi di.jA dZ«.Òet A.jA)Ö si.kit]Dia sedang keletihan, berilah dia minum sedikit air.
makan cekak[mA.kAn tS«.kA/] sanggup dan berkeupayaan melakukan sesuatu.Kalu takat nak tebaeh kelilin kampong hang tu aku makan cekak la.[kA.lu tA.kAt nA/ t«.bAEh k«.li.lin kom.poN hAN tu A.ku mA.kAn tS«.kA/ lA]Jika sekadar hendak menebas di sekeliling kampung engkau tu sangguplah aku.

Kembali ke atas