Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. berasa sesak dlm perut (kerana terlalu kenyang, kerana ditumbuk dll): dia mem-percepat langkahnya sehingga terasa ~ pula perutnya; 2. berasa sesak dada (kerana susah bernafas dll); 3. ki berasa sesak (hati, fikiran, perasaan, dll); 4. tergenang dan menjadi penuh (air); menyenakkan 1. menjadikan senak (perut, dada, dll), menyesakkan: waktu malam, minumlah yg saya perbanyak, sehingga ~ perut; bau ikan bakar ~ hidungnya; 2. ki mendatangkan rasa senak (pd fikiran, perasaan, dsb): timbullah rasa hiba ~ dadanya; tersenak 1. = tersenak-senak tersesak (hingga tidak dapat mengeluarkan kata-kata dsb), tersedu-sedu: maka ia pun menangislah dgn teramat sangat tersenak-senak dan teresak-esak sehingga bercucuran air mata-nya; 2. = ~ hati berasa penuh hiba, terharu; 3. tersekat, tergenang dan menjadi penuh (air dll): lehernya ~ hendak menangis; kesenakan, kesenak-senakan menderita senak (perut, dada, perasaan, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 sesak dlm perut kerana terlalu kenyang (kena tumbuk dll); sesak dada kerana susah bernafas: Perutnya ~ kerana terkena bola. 2 (bkn air dsb) tidak dpt mengalir kerana terlalu penuh; tergenang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
senak (adjektif)
1. Dalam konteks perut
bersinonim dengan mengah, senuh, sebak, segah, sangih, sekak, sendat, sebu, merasak,
Berantonim dengan lega

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan hiba, terharu, rawan, gundah-gulana, pilu, susah hati, murung, masyghul, dukacita, sengsai, walang, lara, duka nestapa, duka lara, murum, suram,
Berantonim dengan gembira

3. Bersinonim dengan tergenang: penuh air, sebak, sabak, melimpah, bah, banjir, ampuh, lembak, banyak air, empoh, kojoh,
Berantonim dengan kering

Kata Terbitan : menyenak, tersenak, tersenak-senak, kesenakan,


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
merekam I[m«.Ò«.kAm]kata namasakit perut, senak perut, sakit hulu hati, pedih perut.Lepaeh makan rojak, perot dia merekam saja.[l«.pAEh mA.kAn Òo.dZA/ p«.Òot di.jA m«.Ò«.kAm sA.dZA]Selepas makan rojak perutnya sentiasa berasa senak.
mengkam[m«N.kAm]kata namasakit perut, senak perut.Jangan dok makan buah kelubi muda banyak sangat, satni perot hang mengkam.[dZA.NAn do/ mA.kAn bu.wAh k«.lu.bi mu.dA bA.øA/ sA.NAt sAt.ni p«.Òot hAN m«N.kAm]Jangan makan buah kelubi muda terlalu banyak, kelak perut dapat mengkam.
misin[mi.sin]kata namamemulas, sakit perut kerana keracunan makanan dan sebagainya, senak merekan.Depa makan kerang cicah ayaq asam banyak sangat malam tu sampai misin perot.[dE.pA mA.kAn k«.ÒAN tSi.tSAh A.jA)Ö A.sAm bA.øA/ sA.NAt mA.lAm tu sAm.pAj mi.sin p«.Òot]Mereka makan kerang dengan cicah air asam banyak sangat pada malam itu sehingga perut memulas.

Kembali ke atas