Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. rupa; 2. nampaknya, (kalau) mengamat-amati keadaannya (bentuknya, kelakuannya, dll): ~ kita akan berhari raya pd hari Sabtu; ~ Marsdenlah orang yg mula-mula sekali menggunakan perkataan “utas” dlm kamusnya; 3. agaknya, kiranya, barang­kali, gerangan, konon: siapa pula ~ yg suka mencoret-coret dinding ini? 4. kiranya, alih-alih, sebenarnya, sebetulnya: kusangka ia sedang membaca dlm bilik, ~ tidur; spt dicanai ~ prb perihal keelokan sesuatu benda; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 kelihatannya; tampaknya: Bagaimana ~ perempuan itu? 2 pd zahirnya; nampaknya: ~ kita akan berhari raya pd hari Sabtu. 3 sebenarnya; sebetulnya: Kusangka dia ada di rumah, ~ dia sudah keluar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rupa (kata nama)
1. Bersinonim dengan paras: muka, wajah, roman, raut, tampang muka, air muka,

2. Bersinonim dengan bangun: bentuk, tokoh,

3. Bersinonim dengan jenis: macam, bangsa, bagai,

Kata Terbitan : rupanya, rupa-rupanya, serupa, menyerupai, menyerupakan, keserupaan, berupa, berupa-rupa, merupakan, terupa, rupawan, kerupawanan,

Puisi
 

Nak bah rupanya hari,
     Anak dara di muka pintu;
Sangat berubah rupanya diri,
     Telah sekala tidak begitu.


Lihat selanjutnya...(28)
Peribahasa

Hitam-hitam gajah,
     putih-putih udang kepai.

Bermaksud :

Yang hina tetap hina walaupun elok rupanya, yang mulia itu tetap mulia walaupun hodoh rupanya. udang kepai = udang kecil untuk dibuat belacan.

 

Lihat selanjutnya...(13)


Glosari Dialek Johor

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
bapok[bA.po/]kata namalelaki yang berperangai dan berpakaian seperti perempuan.Ingatkan pempuan rupenye bapok.[i.NAt.kAn p«m.pu.wAn Äu.p«.ø« bA.po/]Disangkakan perempuan, rupa-rupanya lelaki yang berkelakuan dan berpakaian seperti perempuan.
bego II[b«.g]kata adjektifberkenaan perempuan yang mempunyai sifat atau ciri kelaki-lakian.Aku sangke die ni jantan, rupenye bego.[A.ku sAN.k« di.j« ni dZAn.tAn Äu.p«.ø« b«.g]Saya sangka dia ini lelaki, rupanya perempuan yang mempunyai sifat kelaki-lakian.
gibas[gi.bAs]kata namahujan lalu.Penat aje ngangkat beridai, ingatkan ujan, rupenye gibas.[p«.nAt A.dZ« NAN.kAt b«.Äi.dAj i.NAt.kAn u.dZAn Äu.p«.ø« ]Penat sahaja mengangkat kain baju yang tersidai di ampaian, disangkakan hujan, rupa-rupanya hujan lalu sahaja.

Kembali ke atas