Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. amat sangat (bkn penyakit, keadaan pesakit, dll), keras sekali, tenat: tiba-tiba khabar buruk tiba mengatakan bapaku sakit ~; 2. hebat sekali (perkelahian, pukulan, dll), terlalu sangat: kalau Hasan tidak pulang, dipukulnya Hasan sampai ~; 3. susah, sukar: negeri ini sudah mengalami keganasan komunis selama dua belas tahun dan cukup ~ dibuatnya; 4. bp amat sangat buruknya (hodohnya, tidak baiknya, dsb sesuatu): ~ betul tulisannya;keterukan keadaan teruk. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : bunyi spt bunyi kain robek. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 sangat kuat atau sangat berat (ttg penyakit): Bapanya sedang sakit ~. 2 hebat sangat atau terlalu sangat (ttg pergaduhan dll). 3 berat atau susah (ttg pekerjaan dll); sukar: Mereka terpaksa membuat kerja yg ~ utk menanggung nafkah hidup keluarga mereka. berteruk-teruk bersusah payah (dlm melakukan sesuatu): Si ibu sanggup ~ utk membesarkan anak-anaknya. menerukkan menjadikan atau menyebabkan teruk: Sikap orang ramai yg enggan memberikan kerjasama telah ~ lagi keadaan yg kelam-kabut itu. keterukan keadaan atau hal teruk. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
teruk (adjektif)
1. Bersinonim dengan tenat: parah, genting, berat, melarat, akut, keras, kuat, kritikal, serius,
Berantonim dengan ringan

2. Bersinonim dengan sukar: susah, payah, sulit, pahit, getir, jerih, pedih,
Berantonim dengan senang.


Puisi
 

Gok-gok minum di kendi,
     Dalam kendi dibubuh bunga;
Saya teruk kerana budi,
     Dalam budi saya terkena.


Lihat selanjutnya...(2)

Glosari Dialek Johor

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
luti[lu.ti]kata adjektifteruk (terlalu letih).Seminggu bekeje tak henti-henti, luti badan.[s«.miN.gu b«.k«.dZ« tA/ h«n.ti.h«n.ti lu.ti bA.dAn]Seminggu bekerja tidak berhenti-henti, badan terasa teruk.
pireh[pi.Äeh]kata adjektifparah, teruk (kerugian, penyakit dan lain-lain).Bile barang-barang naek harge, pireh kite dibuatnye.[bi.l« bA.ÄAN.bA.ÄAN nAe/ hAÄ.g« pi.Äeh ki.t« di.bu.wAt.ø«]Apabila barang naik harga, teruk kita semua dibuatnya.
menyeman[m«.øe.mAn]kata kerjamenjadi bertambah teruk.Budak ni baru nak baek demam, bejalan pulak, dahle menyeman.[bu.dA/ ni bA.Äu nA/ bAe/ d«.mAm b«.dZA.lAn pu.lA/ dAh.l« Budak ini baru hendak baik demam sudah pergi berjalan, menjadi bertambah teruklah demamnya.
cemamai[tS«.mA.mAj]kata adjektifhancur (kerosakan fizikal yang teruk).Cemamai sekali muke die kene langga.[tS«.mA.mAj s«.kA.li mu.k« di.j« k«.n« lAN.gA]Hancur mukanya akibat kemalangan.

Kembali ke atas