Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ning] | ڤنيڠ

Definisi : 1. sakit kepala, pusing kepala; ~ kepala berasa sakit dan seakan-akan berpusing­-pusing; ~-~ lalat = ~-~ pikat berasa pening­-pening sedikit; 2. ki habis akal (fikiran dll), bingung, runsing; memeningkan = ~ kepala 1. memusingkan (menyakitkan) kepala; 2. ki menyebabkan tidak tahu apa yg hendak dibuat, membi­ngungkan, merunsingkan: Sharifah makin sehari makin liar terhadapnya, makin pendiam dan makin ~ kepalanya; kepeningan kesakitan kerana pening, rasa pening: ubat ini juga berkesan melegakan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ning] | ڤنيڠ

Definisi : (péning) IB bulatan drpd timah dll yg bercap sbg tanda sudah membayar lesen anjing dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ning] | ڤنيڠ

Definisi : 1 berasa sakit kepala; pusing kepala: ~ lalat berasa pening sedikit. 2 tidak dpt berfikir panjang lagi; suntuk fikiran; bingung. memeningkan 1 menyebabkan kepala berasa sakit; memusingkan kepala. 2 menyebabkan tidak tahu akan apa yg hendak dibuat; membingungkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pening (adjektif)
1. Bersinonim dengan sakit kepala: pusing kepala, berat kepala, lengar, tergayang, mumet, puyeng, pitam,

2. Bersinonim dengan bingung: keliru, runsing, celaru, serabut, buntu, habis akal, habis fikiran,

Kata Terbitan : memeningkan,

Puisi
 

Burung belatuk kepalanya kuning,
     Hendak merapat di kaki dulang;
Mata mengantuk kepalanya pening,
     Hendak melepas si hajat orang.


Lihat selanjutnya...(5)

Glosari Dielek Melaka

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
sanggol lintang[sAN.gol lin.tAN] sanggul yang dipakai melintang dari kiri ke kanan oleh pengantin perempuan semasa majlis bersanding.Pening kepale aku pakai sanggol lintang, berat![p«.niN k«.pA.l« A.ku pA.kAj sAN.gol lin.tAN b«.ÄAt]Pening kepala aku pakai sanggul lintang kerana berat!
mengopes[m«.No.pes]kata adjektifberkenaan budak yang degil dan tidak tahu duduk diam.Budak ni mengopes aje le, buat peneng kepale aku.[bu.dA/ ni m«.No.pes A.dZ« l« bu.wAt p«.neN k«.pA.l« A.ku]Budak ini degil dan tak tahu duduk diam, buat pening kepala aku.
mengandong burokkan tikau bantal[m«.NAn.doN bu.Äo/.kAn ti.kAw bAn.tAl] kiasan bagi perempuan mengandung yang melepek selama berbulan-bulan disebabkan oleh pening, mabuk, dan muntah-muntah.Aje lorat bini kau ni, ni le yang orang kate mengandong burokkan tikau bantal.[A.dZ« lo.ÄAt bi.ni kAw ni ni l« jAN o.ÄAN kA.t« m«.NAn.doN bu.Äo/.kAn ti.kAw bAn.tAl]Sungguh teruk keadaan isteri engkau ini, inilah yang dikatakan orang mengandung burukkan tikar bantal.

Kembali ke atas