Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. amat sangat (bkn penyakit, keadaan pesakit, dll), keras sekali, tenat: tiba-tiba khabar buruk tiba mengatakan bapaku sakit ~; 2. hebat sekali (perkelahian, pukulan, dll), terlalu sangat: kalau Hasan tidak pulang, dipukulnya Hasan sampai ~; 3. susah, sukar: negeri ini sudah mengalami keganasan komunis selama dua belas tahun dan cukup ~ dibuatnya; 4. bp amat sangat buruknya (hodohnya, tidak baiknya, dsb sesuatu): ~ betul tulisannya;keterukan keadaan teruk. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : bunyi spt bunyi kain robek. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 sangat kuat atau sangat berat (ttg penyakit): Bapanya sedang sakit ~. 2 hebat sangat atau terlalu sangat (ttg pergaduhan dll). 3 berat atau susah (ttg pekerjaan dll); sukar: Mereka terpaksa membuat kerja yg ~ utk menanggung nafkah hidup keluarga mereka. berteruk-teruk bersusah payah (dlm melakukan sesuatu): Si ibu sanggup ~ utk membesarkan anak-anaknya. menerukkan menjadikan atau menyebabkan teruk: Sikap orang ramai yg enggan memberikan kerjasama telah ~ lagi keadaan yg kelam-kabut itu. keterukan keadaan atau hal teruk. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
teruk (adjektif)
1. Bersinonim dengan tenat: parah, genting, berat, melarat, akut, keras, kuat, kritikal, serius,
Berantonim dengan ringan

2. Bersinonim dengan sukar: susah, payah, sulit, pahit, getir, jerih, pedih,
Berantonim dengan senang.


Puisi
 

Gok-gok minum di kendi,
     Dalam kendi dibubuh bunga;
Saya teruk kerana budi,
     Dalam budi saya terkena.


Lihat selanjutnya...(2)

Glosari Dielek Melaka

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
   2. terpaksa melakukan sesuatu pekerjaan yang membebankan.Menyelanak aku kene buat kerje terok-terok.[m«.ø«.lA.nA/ A.ku k«.n« bu.wAt k«Ä.dZ« t«.Äo/.t«.Äo/]Menyelanak aku kena buat kerja teruk-teruk.
mengoyakmengoyak [m«.No.jA/] kata adjektifmengoyak [m«.No.jA/] kata adjektifkeadaan kudis yang semakin teruk, ngelocak.Kkudes anak kau ni dah mengoyak, baek bawak gi kelenek cepat.[ku.des A.nA/ kAw ni dAh m«.No.jA/ bAe/Kudis anak engkau ini sudah semakin teruk, baik dibawa ke klinik cepat.
ngelocot[N«.lo.tSot]kata adjektifmelecur teruk akibat terkena benda-benda panas atau api.Kaki aku ngelocot kene ekzos moto.[kA.ki A.ku N«.lo.tSot k«.n« e/.zos mo.to]Kaki aku melecur terkena ekzos motosikal.
ngelocak[N«.lo.tSA/]kata adjektifberkenaan kudis yang semakin teruk; mengoyak.Wah, dah ngelocak kudes budak ni![wAh dAh N«.lo.tSA/ ku.des bu.dA/ ni]Wah, sudah ngelocak kudis budak ini.
culek arang[tSu.le/ A.ÄAN] amalan menyimbah air serta melumurkan arang periuk, kuali dan sebagainya pada bahagian muka seseorang termasuk pasangan pengantin setelah majlis perkahwinan selesai.Terok penganten perempuan kene culek arang dengan laki die.[t«.Äo/ p«.NAn.ten p«.Ä«m.pu.wAn k«.n« tSu.le/ A.ÄAN d«.NAn lA.ki di.j«]Teruk pengantin perempuan kena culik arang oleh suaminya.
barah urat[bA.ÄAh u.ÄAt] bisul yang teruk.Kau ni bukan kene bisol biase ni, barah urat aku rase.[kAw ni bu.kAn k«.n« bi.sol bi.yA.s« ni bA.ÄAh u.ÄAt A.ku ÄA.s«]Engkau ni bukan kena bisul biasa ni, barah urat aku rasa.
mengandong burokkan tikau bantal[m«.NAn.doN bu.Äo/.kAn ti.kAw bAn.tAl] kiasan bagi perempuan mengandung yang melepek selama berbulan-bulan disebabkan oleh pening, mabuk, dan muntah-muntah.Aje lorat bini kau ni, ni le yang orang kate mengandong burokkan tikau bantal.[A.dZ« lo.ÄAt bi.ni kAw ni ni l« jAN o.ÄAN kA.t« m«.NAn.doN bu.Äo/.kAn ti.kAw bAn.tAl]Sungguh teruk keadaan isteri engkau ini, inilah yang dikatakan orang mengandung burukkan tikar bantal.
mengangkop[m«.NAN.kop]kata adjektifberkenaan orang atau haiwan yang tercungap-cungap kerana sangat keletihan atau sakit teruk, nazak atau tidak cukup udara.Napas pon dah mengangkop, tak de harapan le orang tue tu.[nA.pAs pon dAh m«.NAN.kop tA/ d« hA.ÄA.pAn l« o.ÄAN tu.w« tu]Nafas pun sudah mengangkop, tidak ada harapanlah orang tua itu.

Kembali ke atas