kuasa tiga sempurna | perfect cube | Nombor yang bersamaan dengan kuasa tiga bagi suatu nombor bulat. Contohnya, 27 ialah kuasa tiga sempurna kerana 27 = 3³. | Menengah Rendah |
kuasa dua sempurna | perfect square | Nombor yang bersamaan dengan kuasa dua bagi suatu nombor bulat. Contohnya, 25 ialah kuasa dua sempurna kerana 25 = 5². | Menengah Rendah |
punca kuasa dua | square root | Jika a = b × b, maka b ialah punca kuasa dua a. Simbol bagi punca kuasa dua ialah √ . Oleh itu, √ a = b. | Menengah Atas |
punca kuasa tiga | cube root | Jika a = b × b × b, maka b ialah punca kuasa tiga a. Simbol bagi punca kuasa tiga ialah ∛ . Oleh itu, ∛ a = b. | Menengah Atas |
kuasa dua sempurna | perfect square | Nombor yang boleh ditulis sebagai kuasa dua satu nombor bulat. Lihat Contoh | Menengah Atas |
kuasa tiga | cube | "Nilai yang didapati jika satu nombor didarabkan sebanyak 3 kali. Contohnya, kuasa tiga bagi empat ditulis sebagai 4³. 4³ = 4 × 4 × 4 = 64 | Menengah Atas |
kuasa dua | square | Nombor yang menunjukkan sesuatu nombor didarabkan dengan nombor itu sendiri. Contohnya, kuasa dua bagi 4 ditulis sebagai 4², yang bermakna 4 × 4. | Menengah Rendah |
kuasa | power | Nombor yang menunjukkan berapa kali sesuatu nombor itu didarabkan dengan nombor itu sendiri. Contohnya, kuasa empat bagi 6 ditulis sebagai 64, yang bermakna 6 × 6 × 6 × 6. Lihat Contoh | Menengah Rendah |
kuasa tiga | cube | Nombor yang menunjukkan sesuatu nombor didarabkan dengan nombor itu sendiri sebanyak dua kali. Contohnya, kuasa tiga bagi 4 ditulis sebagai 4³, yang bermakna 4 × 4 × 4. | Menengah Rendah |
sebutan tak serupa | unlike terms | Sebutan yang mempunyai pemboleh ubah yang sama dengan kuasa yang berbeza, atau mempunyai pemboleh ubah yang berbeza dengan kuasa yang sama. Contohnya, (i) 5x dan 5x² (ii) 2x² dan 3y². | Menengah Atas |