nombor berarah | directed number | Nombor dengan tanda positif (+) atau negatif (−). Contohnya, −3 merupakan nombor negatif 3 manakala +10 merupakan nombor positif 10. Lazimnya, nombor positif tidak diletakkan tanda (+). | Menengah Atas |
akas | converse | Pernyataan yang merupakan kebalikan bagi pernyataan yang lain. Contohnya, "Jika A dan B ialah nombor ganjil, maka hasil darab A dengan B ialah nombor ganjil". Akasnya ialah "Jika hasil darab A dengan B ialah nombor ganjil, maka A dan B ialah nombor ganjil". | Menengah Atas |
lilitan | circumference | Lengkung tertutup yang merupakan sempadan suatu bentuk bulat. Lihat Contoh | Menengah Rendah |
faktor perdana | prime factor | Faktor yang merupakan nombor perdana. Contohnya, 2 dan 3 ialah faktor perdana bagi 18, tetapi 6 bukan faktor perdana bagi 18. | Menengah Atas |
operasi songsang | inverse operation | Operasi yang merupakan songsangan bagi sesuatu operasi lain. Contohnya, operasi songsang bagi 10 + 9 = 19 ialah 19 − 9 = 10. Maka operasi tolak ialah songsangan bagi operasi tambah. | Menengah Rendah |
gandaan sepunya | common multiple | Nombor yang merupakan gandaan kepada dua nombor atau lebih. Contohnya, 6, 12, 18 ialah gandaan sepunya bagi 2 dan 3. | Menengah Rendah |
faktor perdana | prime factor | Faktor yang merupakan nombor perdana. Contohnya, 2 dan 3 ialah faktor perdana bagi 18, tetapi 6 bukan faktor perdana bagi 18. | Menengah Rendah |
kamiran | integral | Konsep asas dalam kalkulus yang merupakan satu proses songsangan kepada pembezaan. Simbol kamiran ialah ∫. Kamiran digunakan untuk mencari persamaan lengkung, luas di bawah graf dan isi padu kisaran. | Menengah Atas |
punca persamaan | root of an equation | Nilai yang merupakan penyelesaian kepada sesuatu persamaan. Contoh: x² − x − 2 = 0. Nombor −1 dan 2 ialah punca persamaan ini. | Menengah Rendah |
pecahan termudah | simplest fraction | Pecahan yang pengangka dan penyebutnya merupakan angka yang paling kecil. Lihat Contoh | Sekolah Rendah |