Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ru.pa] | بروڤا

Definisi : 1. ada rupanya yg boleh dilihat (nyata, kelihatan), wujud: roh ialah suatu kejadian Allah yg tidak ~; 2. rupanya, bentuk­nya (bangunnya) sbg: lambang ne­gara­­nya ~ sebuah bintang berbucu tiga belas; 3. terjadi drpd, terdiri drpd: memberi bantuan yg ~ mata benda; 4. elok rupanya, cantik: bakal isterinya itu hendaklah orang yg berbangsa dan ~; 5. dlm keadaan (bentuk): undang-undang yg diluluskan oleh mereka itu biasanya ~ rangka yg me­ngandungi dasar undang-undang yg kasar sahaja; 6. ber­kelakuan, berperangai: orang yg sistem saraf­nya terganggu itu ~ spt orang mabuk; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ru.pa] | بروڤا

Definisi : 1 ada rupanya; berwujud: Roh dpt berfikir dan berperasaan tetapi tidak ~. 2 berbentuk sbg: Lambang persatuan itu ~ bulan sabit merah. 3 terdiri atau terjadi drpd; dlm bentuk: Bantuan ~ wang dan makanan telah diberikan kpd mangsa-mangsa banjir itu. 4 elok rupanya; cantik: Gadis yg berada, berpelajaran dan ~ sukar dicari. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rupa (kata nama)
1. Bersinonim dengan paras: muka, wajah, roman, raut, tampang muka, air muka,

2. Bersinonim dengan bangun: bentuk, tokoh,

3. Bersinonim dengan jenis: macam, bangsa, bagai,

Kata Terbitan : rupanya, rupa-rupanya, serupa, menyerupai, menyerupakan, keserupaan, berupa, berupa-rupa, merupakan, terupa, rupawan, kerupawanan,

Puisi
 

Surabaya berupa-rupa,
     Sapu tangan jatuh ke lumpur;
Hendak kulupa tak dapat lupa,
     Lupa sebentar di waktu tidur.


Lihat selanjutnya...(3)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
laudatoryadj (fml), /berupa, mengandungi/ pujian: it was a ~ article, itu merupakan makalah yg berupa pujian.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
laudatoryadj (fml), /berupa, mengandungi/ pujian: it was a ~ article, itu merupakan makalah yg berupa pujian.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
propheticadj /bersifat, berupa/ ramalan: the ~ writings of Nostradamus, tulisan-tulisan Nostradamus yg bersifat ramalan; his words, uttered as a joke, were ~, kata-kata yg diucapkannya sbg gurauan, ialah kata-kata yg berupa ramalan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
magisterialadj 1. rel to magistrate, majistret: a ~ enquiry, penyiasatan majistret; 2. authoritative, (berupa) memerintah: the headman’s ~ voice, nada suara penghulu yg berupa memerintah.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
introspectiveadj 1. inclined to introspection, suka mengkaji diri; 2. (of behaviour) marked by introspection, berupa kaji diri: ~ observation, pengamatan yg berupa kaji diri.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
gimmickyadj berupa /muslihat, gimik/.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
calumniousadj /bersifat, berupa/ fitnah, fitnah(an).Kamus Inggeris-Melayu Dewan
representational artn seni berupa.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
oracularadj (fml) of, like an oracle, /berupa, bersifat/ramalan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
idiomaticadj 1. in accordance with the idioms of a language, idiomatik: he speaks fluent, ~ French, dia bercakap dlm bahasa Perancis yg lancar dan idiomatik; 2. consisting of an idiom, berupa /idiom, ungkapan, simpulan bahasa/: an ~ phrase, frasa yg berupa ungkapan; 3. full of idioms, berbunga-bunga: an ~ style of writing, gaya penulisan yg berbunga-bunga.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12

Kembali ke atas