Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[han.cur] | هنچور

Definisi : 1. pecah menjadi kecil-kecil (ber­serpihan, berkecai-kecai), remuk: rumahnya ~ kena bom sewaktu perang dahulu; tubuhnya ~ dan isi perutnya terburai akibat kemalangan itu; 2. pecah berderai-derai (bkn benda-benda rapuh spt biskut dll), relai: biskut di dlm tin itu ~ apabila tinnya jatuh terhempas ke lantai; 3. menjadi cair, melarut, encer: ketul ais mudah ~; istana itu terbakar dan timah atapnya ~ turun spt hujan; 4. pecah kecil-kecil atau halus-halus (kerana di­tum­buk, dikisar, dikunyah, dsb): makanan yg ~ senang dihadam; 5. ki sedih sekali, putus asa: ~ rasa hatinya; ~ hati terlalu sedih; 6. ki rosak binasa, cerai-berai, tidak bersatu (kukuh dll): kerana dia, rumah tangga kita menjadi ~; negara akan ~ jika rakyatnya tidak bersatu padu; 7. hilang atau tidak ada sama sekali (kepercayaan, harapan, dsb), len­yap: kepercayaanku kepadanya sudah ~ dan tidak mungkin dapat dipulihkan kembali; menghancurkan 1. menjadikan hancur (pecah berserpihan, remuk), meremukkan: letupan bom itu telah ~ kubu pertahanan mereka; 2. menjadikan hancur (pecah berderai-derai, relai), merelaikan (biskut dsb); 3. menjadikan hancur (makanan): ~ ma­kan­an utk bayi; 4. menjadikan cair, me­larut­kan, mengencerkan: bijih yg digali itu dihan­cur­kan supaya timahnya dapat dikum­pul­kan; gula itu dihancurkan di dlm air yg panas; 5. ki merosakkan, mem­binasakan: perang besar akan ~ dunia; ~ hati ki sangat menyedihkan hati, meremuk­kan hati; 6. menghilangkan sama sekali (kepercayaan, harapan, dsb), melenyapkan: perbuatannya menggelapkan wang itu telah ~ kepercayaan saya kepa­da­nya; hancuran 1. pecahan kecil-kecil, remukan: sungai itu menghanyutkan ~ berbagai-bagai jenis batu-batan; 2. larutan, enceran; kehancuran perihal hancur (rosak binasa), kebinasaan, kemusnahan: ~ rumah tangga; ~ ekonomi negara; penghancuran perihal (perbuatan dsb) meng­hancurkan; penghancur 1. sesuatu yg digunakan utk menghancurkan sesuatu: gigi sbg alat ~ makanan; mesin ~ batu; 2. orang yg meng­hancurkan (merosakbinasakan, me­musnah­kan): dialah ~ kebahagiaan rumah tangga kami; merekalah petualang negara, ~ ke­amanan negara ini. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[han.cur] | هنچور

Definisi : 1 pecah menjadi kecil-kecil kerana dikunyah, ditumbuk dll; lumat; remuk: Batu sekeras itu akan ~ juga apabila dipalu dgn tukul besi. 2 menjadi cair atau larut (bkn garam, gula dll dlm air); melarut: Kacau air itu perlahan-lahan supaya gula di dlmnya ~. 3 ki menjadi rosak atau binasa sama sekali; tidak bersatu; bercerai-berai. ~ hati terlalu sedih. ~ lebur (luluh) rosak atau hancur sama sekali. menghancurkan 1 menjadikan hancur (dgn menumbuk dll); melumatkan: ~ makanan utk bayi. 2 menjadikan cair (bkn gula dll); melarutkan: ~ gula dlm air panas. 3 ki merosakkan; membinasakan. hancuran 1 pecahan yg kecil-kecil. 2 benda yg sudah cair; cairan; larutan. kehancuran keadaan hancur (rosak binasa; musnah dll): Negara itu hampir menemui ~ dlm peperangan. penghancuran perbuatan atau hal menghancurkan: ~ gula dpt dilakukan dgn mengacaunya dlm air panas. penghancur orang yg menghancurkan; alat utk menghancurkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hancur (adjektif)
1. Bersinonim dengan pecah kecil-kecil: pecah halus-halus, lumat, pecah berderai, remuk, berkecai-kecai, berserpihan, relai,

2. Bersinonim dengan cair: larut, encer,

3. Bersinonim dengan rosak: musnah, binasa, roboh, runtuh, jahanam, lenyap,

4. Bersinonim dengan hancur hati: hancur luluh, remuk redam, putus asa, putus harap, kecewa,

Kata Terbitan : menghancurkan, hancuran, kehancuran, penghancuran, penghancur,

Puisi
 

Tak boleh kuda di ladang,
     Hancur belum dalam padi;
Kalau tak boleh adinda kucadang,
     Habis fikir kubunuh diri.


Lihat selanjutnya...(28)
Peribahasa

Garam dikulum tak hancur.

Bermaksud :

Orang yang pandai menyimpan rahsia.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
disintegratevi 1. hancur /bersepai, berkecai/, hancur, luluh: the rocket ~d before our very eyes, roket itu hancur berkecai di hadapan mata kami; 2. (fig.) berkecai: the party ~d after the death of its leader, parti itu berkecai selepas kematian pemimpinnya; their marriage ~d after only a few years, perkahwinan mereka berkecai selepas beberapa tahun sahaja;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
griefcome to ~, a. be destroyed, damaged, etc, hancur, musnah: the company came to ~ due to its ambitious expansion plans, syarikat itu hancur disebabkan oleh rancangan pengembangannya yg terlalu hebat; b. fall, jatuh: the horse came to ~ after clearing several fences, kuda itu jatuh selepas melompati beberapa pagar.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
heart-brokenadj /patah, hancur, remuk/ hati: she was ~ when he left her, dia patah hati setelah lelaki itu meninggalkannya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
heart-breakn /patah, hancur, remuk/ hati.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
blow1~ hot and cold, hangat-hangat tahi ayam; ~ /me, me down/, I’ll be ~ed, (colloq), (expressing surprise) aduh; ~ to /blazes, glory, kingdom come/, (act.) menyebabkan hancur berkecai; (pass.) hancur berkecai; st ~ wide open, membongkar sst: an incident which blew the scandal wide open, peristiwa yg telah membongkar skandal itu; ~ the whistle on st, put an end to st, menghentikan sst;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bash~up, (accidentall/y) remuk, musnah, hancur: he ~ed up his motor cycle in the race, motosikalnya remuk dlm perlumbaan itu; ~ so. up, /menghentam, memukul/ sso: he was ~ed up by thugs and left by the side of the road, dia dihentam oleh samseng-samseng dan ditinggalkan di tepi jalan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
disappointedadj 1. unhappy because expectation is not fulfilled, kecewa, hampa: he’s ~ that you turned down the offer, dia kecewa krn kamu menolak tawaran itu; 2. frustrated, hancur: ~ hopes, harapan yg hancur.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bust2~ up, come to collapse, musnah, hancur; ~ st up, bring st to collapse, /memusnahkan, menghancurkan /sst.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
debrisn rubble, wreckage, a. (of aircraft, car, etc) serpihan(-serpihan): ~ from a wrecked plane, serpihan-serpihan dr kapal terbang yg hancur itu; b. (of building) reruntuhan puing.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
atomn 1. (phys) atom; 2. very small quantity, sedikit pun: there’s not an ~ of truth in what he said, kata-katanya itu sedikit pun tdk ada kebenarannya; 3. very small fragments, hancur: to smash st to ~s,memecahkan sst sehingga hancur.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
123

Kembali ke atas