Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hi.ngar] | هيڠر

Definisi : sangat bising: majlis itu ~ dgn suara orang bercakap-cakap dan bertepuk sorak; ~-bangar = ~ bingar sangat bising, riuh-rendah, hiruk-pikuk; menghingari mengganggu orang dgn mem­buat bising: jangan ~ budak kecil yg sedang tidur itu; menghingarkan menimbulkan suasana yg hingar, membisingkan: jeritan kanak-kanak itu sungguh ~; kehingaran keadaan yg hingar, kebisingan: ~ itu dibauri dgn jerit pekik yg meng­gamatkan (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hi.ngar] | هيڠر

Definisi : sangat bising: Suasana ketika itu begitu ~ hingga sukar utk mendengar peng­umuman yg dibuat. ~-bangar, ~ bingar bising sekali; riuh-rendah; hiruk-pikuk: Semua orang berteriak-teriak sehingga suasana menjadi ~. menghingar­kan menimbulkan suasana hingar; membisingkan: Jerit pekik budak-budak nakal itu ~ lagi suasana di dlm dewan. kehi­ngaran keadaan hingar: ~ di pasar itu membuat dia tidak selesa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hingar (adjektif)
Bersinonim dengan bising, riuh, bingar, kecoh, ribut, gempar, gamat, gegak, honar, hiruk, bebar, taru;,
Kata Terbitan : hingar-bangar, menghingarkan, kehingaran,

Peribahasa

Penyu itu bertelur beribu-ribu,
     seorang pun tidak tahu;
ayam bertelur sebiji,
     pecah khabar sekampung.

Bermaksud :

Keuntungan yang diperoleh orang kaya sedikit pun tidak menjadi sebutan orang, tetapi keuntungan yang diperoleh orang miskin walaupun sedikit riuhlah orang memperkatakannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Penyu bertelur beratus-ratus banyaknya, senyap; ayam bertelur sebutir saja hingar sekampung).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
babeln 1. confusion of sounds or voices, hingar-bingar, bising; 2. scene of confusion, /keadaan, suasana/ /hingar-bingar, sibuk dan bising/.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
clamourn 1. loud, confused outcry of human voices or animal sounds, bunyi riuh; (extremely loud) bunyi /riuh-rendah, hingar-bingar/: the ~ of voices coming from the other room, bunyi riuh suara dr bilik sebelah; 2. loud, continued noise, bunyi bising: she closed the window to shut out the ~ of the traffic, dia menutup tingkap supaya bunyi bising lalu lintas tdk kedengaran; 3. loud, insistent demand or complaint, suara desakan ramai: the ~ for independence grew more insistent, suara desakan ramai yg menuntut kemerdekaan menjadi bertambah kuat;Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas