Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[in.tan] | اينتن

Definisi : 1. batu permata yg sangat indah (utk permata cincin dll), berlian yg kurang baik asahannya; ~ air beras intan yg putih; ~ mentah batu intan yg belum dicanai; 2. ki orang yg dicintai, buah hati, kekasih, kesayangan: amboi, gunung payung, ~ gemala, urat rambut batu kepala emak; ~ payung ki buah hati, kesayangan; ~ berlian jangan dipijakkan prb untung bahagia jangan dielakkan; ~ itu jika terbenam dlm pelimbahan sekalipun tidak akan hilang cahayanya = jikalau ~ itu biar keluar drpd mulut anjing sekalipun, bernama ~ juga prb perkataan yg baik itu, biarpun keluar drpd mulut orang yg hina, baik juga; dahulu ~, sekarang jadi batu belanda prb perihal orang berbangsa yg sudah tidak berharga lagi; berintan berhias intan: cincin ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[in.tan] | اينتن

Definisi : akronim bagi Institut Tadbiran Awam Negara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[in.tan] | اينتن

Definisi : sj batu permata yg cantik (utk cincin dll): ~ air beras intan yg putih; ~ mentah intan yg belum digosok. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
intan
1. Rujuk permata

2. Rujuk kasih kekasih


Puisi
 

Jangan dibuka ikat ikan,
     Dayang Intan hendak ke perigi;
Hilang ikut permata intan,
     Intan belum terbit lagi.


Lihat selanjutnya...(86)
Peribahasa

Intan itu jika terbenam di pelimbahan sekalipun,
     tiada akan hilang cahayanya.

Bermaksud :

Kebenaran akan ternyata juga, walapun disembunyikan; orang yang baik akan ketahuan juga walaupun hidupnya melarat.

 

Lihat selanjutnya...(15)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
diamondn 1. (precious stone) berlian; (of lower quality) intan: ~ ear-rings, subang berlian; ~ cutting tool, perkakas pemotong intan; ~ drill, gerudi intan; 2. rhombus-shaped figure, bentuk potongan wajik; 3. figure printed on playing card, daiman: eight of ~s, lapan daiman; 4. playing card with this figure on it, kad daiman;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
diamond jubileen jubli intan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
jubileen anniversary, jubli: diamond ~, jubli intan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
ablazeadj 1. on fire, terbakar, dijilat api: the building was still ~ two hours after the fire brigade arrived, bangunan itu masih lagi terbakar dua jam selepas pasukan bomba tiba; be set ~, terbakar; set st ~, a. (accidentally) menyebabkan sst terbakar; b. (deliberately) membakar; 2. brightly illuminated, radiant, a. (with lights) terang-benderang: the hall was ~ with lights, dewan itu terang-benderang dgn cahaya lampu; b. (with colour, jewels) berkilauan: at sunset the sky is ~ with colour, pd waktu senja langit berkilauan dgn warna; a crown ~ with jewels, mahkota yg berkilauan dgn intan permata; 3. excited, wrought up, meluap-luap: he was ~ with anger, kemarahannya meluap-luap.Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas